Penanda aras merupakan satu piawaian yang mana prestasi sekuriti, dana bersama ataupun pengurus pelaburan dapat dinilai. Secara umumnya, pasaran luas dan segmen pasaran stok dan bon digunakan untuk tujuan ini.

Dalam menilai dan mengukur prestasi apa-apa pelaburan, ianya amat penting untuk membandingkannya dengan penanda aras yang sesuai. Terdapat puluhan indeks yang digunakan oleh para penganalisis dalam bidang kewangan untuk mengukur prestasi pelaburan-pelaburan tertentu. Ianya termasuk S&P 500, Dow Jones Industrial Average dan Indeks Lehman Brothers Aggregate Bond.

Tambahan lagi, bilangan penanda aras telah berkembang sejajar dengan pertambahan inovasi produk. Penanda aras sering digunakan sebagai faktor utama untuk pengurusan portfolio dalam industri pelaburan. Dana pelaburan yang pasif dan dana beta” pintar adalah dua strategi yang diperolehi daripada penanda aras.

Strategi pengulangan mengikut penanda aras yang telah diubahsuai juga sudah menjadi satu kebiasaan. Pengurus-pengurus yang aktif juga berada di pasaran untuk menggunakan strategi-strategi yang diuruskan secara aktif menggunakan indeks secara tradisional, sebagai penanda aras yang mereka cuba untuk melepasi.

Rujukan

Penulis: safwanrazali

safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.