Hartanah adalah salah satu aset penting dalam kehidupan kita kini. Hartanah adalah sebuah istilah undang-undang yang merujuk tanah bersama dengan apa pun yang tinggal tetap di atas tanah tersebut, seperti bangunan, beserta sumber aslinya. Oleh sebab itu, hartanah adalah aset penting.

Memiliki hartanah pada usia yang muda adalah satu kejayaan yang besar dan merupakan pelaburan yang bagus dan bijak. Tetapi, kita tidak boleh sebarangan membeli hartanah tanpa mengetahui maklumat hartanah berikut dengan lebih lanjut. Hartanah bukan satu pelaburan yang kecil yang hanya beratus tetapi ia boleh mencapai sehingga beratus-ratus ribu.

Oleh itu, kita perlu bijak semasa membeli hartanah. Kita perlu tahu beberapa faktor hartanah sebelum membelinya. Apakah faktor-faktor tersebut?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 7 faktor yang perlu difikirkan semasa pemilihan hartanah. Info ini dikongsikan oleh sini. Beliau gemar berkongsikan tips mengenai ilmu hartanah dan pengurusan wang. Selain itu, beliau juga berkongsikan tentang tips ASBF.

Imej via bharian.com

7 Faktor pemilihan hartanah

1. Faktor lokasi yang betul

Pemilihan lokasi adalah penting untuk memastikan hartanah kita berpotensi meningkat harganya. Kena belajar tips pemilihan lokasi di post dibawah:

https://www.facebook.com/asy2105/posts/1949632851918225

2. Faktor keselamatan

Keselamatan perlu dititikberatkan. Jika hartanah yang ada pos pengawal, CCTV, polis bantuan ataupun berdekatan dengan balai polis akan menarik minat pembeli pada masa akan datang jika kita nak jual hartanah tersebut.

3. Faktor kejiranan

Jika kejiranan kita aman tenteram akan mudah meningkatkan lagi harga rumah tersebut. Sesetengah pembeli lebih suka jika kejiranan yang tidak majoriti kaum lain ataupun dikelilingi penyewa warga asing.

4. Faktor persekitaran

Persekitaran kurang mendapatkan permintaan termasuklah, berdekatan bukit, di kawasan pedalaman, dekat dengan tempat pembuangan sampah, yang kita sendiri rasa tak selesa.

5. Faktor jalan raya & pengangkutan awam

Hartanah terbaik ialah mempunyai laluan jalan raya yang baik. Hartanah berdekatan dengan lebuhraya akan meningkatkan harga rumah dengan cepat. Kemudahan pengangkutan awam seperti bas, teksi, LRT, komuter dan sebagainya dianggap berpotensi besar. Jalan sesak menandakan kepadatan penduduk.

6. Faktor kemudahan prasarana

Antara prasarana penting ialah restoran, kedai runcit, bank, masjid, pasaraya, bangunan perniagaan, dan sebagainya.

7. Faktor bencana alam

Kena kajian kawasan tu mudah banjir ataupun ada sejarah tanah runtuh. Mungkin akan menurunkan nilai hartanah di masa depan.

*Sebelum membuat keputusan untuk membeli hartanah, pembeli perlu menitik beratkan faktor-faktor berikut bagi menjamin hartanah yang dibeli itu mendapat hasil yang lumayan. Jika tidak, kemungkinan untuk rugi akan ada dan mengakibatkan kita tidak mendapat hasil malah menambah hutang bayar tiap-tiap bulan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.