Di zaman sekarang, majoriti wanita mempunyai pendapatan dan kerjaya tersendiri. Bukan seperti zaman dahulu, wanita tidak bekerja hanya duduk di rumah dan melakukan kerja-kerja di rumah sahaja. Selepas itu, tunggu orang masuk meminang kemudian berkahwin pada usia yang muda. Biarkan suami sahaj yang bekerja untuk menampung kewangan keluarga.
Itu yang berlaku pada zaman dahulu, berbeza dengan zaman kini yang majoriti wanita bekerja untuk mendapatkan pendapatan sendiri. Di alam pekerjaan juga, kita dapat lihat ramai wanita yang bekerja walaupun sudah berkahwin dan mempunyai anak. Lebih-lebih lagi di alam pekerjaan perguruan kerana majoriti cikgu adalah wanita.
Tetapi masih ada juga wanita yang berhenti bekerja selepas berkahwin atas alasan ingin menjaga anak dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Perkara itu tidak salah kerana ia bagus untuk membantu suami menguruskan hal di rumah. Pada masa yang sama, makan minum anak dan suami juga akan terjaga dengan baik.
Namun, isteri perlu membuat persediaan awal jika berlaku perkara yang tidak diingini. Apakah perkara tersebut?
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 5 dugaan yang akan menggugat kewangan seorang isteri. Info ini dikongsikan oleh Encik Azizul Azli Ahmad. Encik Azizul bekerja merupakan penulis dan Rumah Buku. Selain itu, Encik Azizul selalu berkongsi tips kewangan dan membeli rumah di laman Facebooknya.
Mintak suami beli Takaful Perlindungan Pendapatan, jika suami meninggal isteri dapat pampasan 10 tahun pendapatan. Pujuklah dengan baik bermula sekarang.
Ada perlindungan serendah RM25 sebulan.
Ushakan beli sebuah rumah kecil sewaktu mula kerja, biar buruk pun tak mengapa. Jika apa berlaku kita ada pendapatan sewa atau jika dihalau suami durjana ada kediaman sendiri.
Pastikan ada Takaful perlinduanga atau jika mampu kad perubatan. Keutamaan adalah Takaful perlindungan dari kad perubatan jika kita bajet kecil.
Kawal hutang kita, jangan bina hutang lebih dari 40% gaji walau suami pujuk suruh beli kereta Honda Siti.
Bila dia nak goda, mesti kena tabur duit sini sana. Duit buat keluarga mesti susut punya.
“Alah, makanlah apa yang ada” itu pasti bini kena. Maka menabunglah sebelum suami tergilakan janda dari Indonesia.
*Kesimpulannya, isteri perlu membuat simpanan sendiri kerana jika berlaku salah satu dugaan di atas kepada diri, sekurang-kurangnya isteri masih ada pendapatan sendiri. Isteri boleh membuat simpanan di Tabung Haji atau ASB dengan memasukkan sedikit wang yang diberikan oleh suami. Jangan guna duit yang diberikan oleh suami sehingga habis. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepnuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.