Dividen merupakan pengagihan sebahagian daripada pendapatan atau perolehan syarikat yang dibayar kepada para pemegang saham. Dividen paling kerap disebut dalam bentuk amaun dolar untuk setiap saham yang diterima atau dividen setiap saham. Di samping itu, ia juga boleh disebutkan dalam bentuk peratusan harga semasa pasaran, yang juga disebut sebagai hasil dividen dan juga dividen setiap saham atau “dividend per share (DPS)”.

Selain itu, dividen boleh jadi dalam bentuk tunai, stok atau harta. Syarikat-syarikat yang paling selamat dan stabil menawarkan dividen kepada pemegang-pemegang saham syarikat. Harga saham mereka mungkin tidak banyak berubah, namun pengagihan dividen dibuat untuk menebus keadaan tersebut. Syarikat-syarikat yang berkembang hebat sangat jarang menawarkan dividen kerana mereka melabur semula keuntungan mereka kembali untuk mengekalkan pertumbuhan syarikat yang lebih tinggi daripada paras biasa.

Selain itu juga, dividen juga merujuk kepada pengagihan wajib untuk pendapatan dan keuntungan modal yang terealisasi kepada para pelabur dana bersama. Ini bermakna, dividen merujuk kepada dana bersama membayar pendapatan faedah dan dividen yang diterima daripada pengurusan portfolio-portfolio mereka sebagai dividen untuk membiayai pemegang-pemegang saham dana.

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.