Sebagai pelabur apa yang di tunggu-tunggukan adalah pengumuman dividen dan bonus dari Tabung Haji untuk tahun 2018. Dividen Tabung Haji 2018 akan diumumkan tidak lama lagi. Selalunya akan diumumkan pada suku tahun pertama 2019.

dividen tabung haji 2018

 

Dividen Tabung Haji 2018.Apa Perlu Anda Tahu Tentang Dividen dan Bonus Tabung Haji

1) Untuk pengetahuan anda, bonus tabung haji hanya diberikan kepada kalangan yang menyimpan duit masing-masing di Tabung Haji. Tetapi belum menunaikan ibadah haji lagi. Ini dipanggil Hibah Haji.

2) Tahukah anda setiap simpanan anda dengan Tabung Haji, anda tidak perlu bayar zakat. Ini kerana simpanan anda dengan Tabung haji sudah pun dibayar zakat.

3) Hibah TH adalah “hadiah” yang diisytihar oleh TH. Berdasarkan konsep Wadiah Yad Dhamanah iaitu mengikut kemampuan kewangan TH pada tahun semasa.

4) Hibah Haji – Hibah khas yang diberi kepada para pendeposit TH yang belum pernah menunaikan haji dan terhad kepada bayaran haji semasa (RM9,980). Manakala, akaun simpanan dari KWSP TIDAK akan menerima Hibah Haji. Hibah Haji hanya diberikan pada akaun simpanan biasa TH sahaja.

Cara Pengiraan Hibah Tahunan dan Hibah Haji

Berikut adalah cara pengiraan untuk hibah tahunan dan hibah haji.

Semua   pendeposit   yang   mempunyai   akaun   simpanan  TH yang berstatus aktif  sehingga  31  Disember  setiap tahun, layak  menerima  hibah tahunan pada kadar yang diisytiharkan.

Contoh untuk Tahun 2017

hibah th

Hibah Tahunan

(4.50%)

Akaun Pendeposit TH Aktif

Kiraan:

Baki purata minima bulanan X 4.50%

(Januari-Disember 2017/12 Bulan) X 4.50%

Bagi Hibah Haji pula, untuk semua   pendeposit   yang   mempunyai   akaun   simpanan TH yang berstatus   aktif   sehingga   31   Disember   setiap tahun. Dan   belum   pernah  menunaikan haji.

Hibah Haji

(1.75%)

Akaun Pendeposit Belum Tunai Haji

Akaun simpanan yang baki purata RM9,980 atau kurang

Kiraan:

Baki purata minima bulanan (tertakluk kepada maksimum RM9,980.00) X 1.75%

(Januari-Disember 2017/12 Bulan) X 1.75%

Kedua-dua bayaran hibah ini akan dikreditkan terus ke dalam akaun pendeposit.

Sejarah Pembayaran Hibah Tahunan dan Hibah Haji

TAHUN HIBAH TAHUNAN (%) HIBAH HAJI (%)
2011 6.0 1.5
2012 6.5 1.5
2013 6.0 2.0
2014 6.25 2.0
2015 5.0 3.0
2016 4.25 1.5
2017 4.5 1.75
2018 ? ?

Segala pertanyaan dan juga maklumat lanjut boleh ke laman sesawang Tabung Haji.

Jom kita membuat simpanan di Tabung Haji dari usia muda lagi.

Copy

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka kongsi bagaimana hobi boleh jadi duit.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.