Bagi tahun 2017, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah mengumumkan dividen yang agak tinggi. Kadar dividen 6.9 peratus bagi Simpanan Konvensional 2017 dan simpanan Syariah pengisytiharan dividen yang pertama sebanyak 6.4 peratus. Untuk Simpanan Konvensional, kadar 6.9 peratus merupakan kadar tertinggi yang pernah diumum semenjak 1997. Secara keseluruhannya, jumlah agihan dividen adalah RM48.13 bilion, naik 29.8 peratus berbanding dividen tahun 2016. Bagaimana pula untuk Dividen KWSP 2018.

Dengan keadaan ekonomi dan lanskap politik terkini, ramai yang tertunggu-tunggu pengumuman dividen ini.

dividen kwsp 2018

Kadar Dividen KWSP 2018

Lembaga KWSP telah mengumumkan kadar dividen bagi tahun 2018 untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018.

Walaupun Dividen KWSP dikira hanya setahun sekali. Namun, kadar yang dihebahkan tersebut akan dikira secara ‘PRORATA’. Kadar harian ‘daily rest’ terhadap setiap RM yang ada dalam akaun 1 & 2. Walaupun ada pengeluaran pada bulan-bulan yang tertentu, dividen akan tetap dibayar berdasarkan berapa lama tempoh hari pada tahun tersebut.

  • Untuk Caruman – Dividen hanya dikira pada hari terakhir pada bulan tersebut tanpa mengambil kira pada mana-mana hari pada bulan tertentu. Contohnya, Dividen hanya akan dikira pada 30hb April dan seterusnya walaupun caruman KWSP dimasukkan pada 20hb Mac pada tahun tersebut.
  • Untuk Pengeluaran – Dividen hanya akan dikira setakat pada hari sebelum hari pengeluaran, tiada dividen pada hari pengeluaran.

Kadar Dividen bagi Tahun 2018 dan Sejarah Dividen KWSP

Tarikh pengumuman kadar dividen 2018 telah diumumkan.

2018 – Dividen 6.15% untuk simpanan konvesional dan 5.90% untuk simpanan syariah.

2017 – Dividen sebanyak 6.9% untuk simpanan konvesional dan 6.4% untuk simpanan syariah.

2016 – 5.7%

2015 – 6.40%

2014 – 6.75%

2013 –  6.35%

2012 – 6.15%

2011 –  6.00%

2010  – 5.80%

2009  – 5.65%

Akaun Konvensional atau Akaun Syariah

Mungkin ramai yang belum tahu cara untuk menukar akaun konvensional ke akaun syariah.

Cara tukar akaun konvensional ke akaun Syariah

  1. Anda hanya perlu ke mana-mana pejabat atau cawangan KWSP berhampiran.
  2. Sila bawa kad pengenalan anda (warganegara) atau passport (warga asing/bukan warganegara).
  3. Anda akan diminta untuk scan dan turunkan cap jari sebagai pengesahan identiti dan pengesahan penerimaan penukaran konsep simpanan.
  4. Pengesahan pendaftaran penukaran simpanan KWSP Syariah akan dimaklumkan menerusi SMS.

Info Tentang KWSP

Bagi yang ingin tahu mengenai kadar dividen KWSP 2018, boleh dapatkan maklumat di Facebook, Twitter atau ke laman sesawang KWSP.

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka kongsi bagaimana hobi boleh jadi duit.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.