Pasti tidak sabar dengan dividen KWSP 2019. Harap-harap ianya menunjukkan peningkatan.Tetapi buat masa ini tidak lagi diumumkan apa-apa.
Kita singakt semula sejarah singkat dividen tahun 2017, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah mengumumkan dividen yang agak tinggi. Kadar dividen 6.9 peratus bagi Simpanan Konvensional 2017 dan simpanan Syariah pengisytiharan dividen yang pertama sebanyak 6.4 peratus.
Untuk Simpanan Konvensional, kadar 6.9 peratus merupakan kadar tertinggi yang pernah diumum semenjak 1997. Secara keseluruhannya, jumlah agihan dividen adalah RM48.13 bilion, naik 29.8 peratus berbanding dividen tahun 2016. Bagaimana pula untuk Dividen KWSP 2018.
Dengan keadaan ekonomi dan lanskap politik terkini, ramai yang tertunggu-tunggu pengumuman dividen ini.
Lembaga KWSP biasanya mengumumkan kadar dividen bagi tahun 2019 untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019.
Walaupun Dividen KWSP dikira hanya setahun sekali. Namun, kadar yang dihebahkan tersebut akan dikira secara ‘PRORATA’. Kadar harian ‘daily rest’ terhadap setiap RM yang ada dalam akaun 1 & 2. Walaupun ada pengeluaran pada bulan-bulan yang tertentu, dividen akan tetap dibayar berdasarkan berapa lama tempoh hari pada tahun tersebut.
Tarikh pengumuman kadar dividen 2019 belum lagi diumumkan.
2018 – Dividen 6.15% untuk simpanan konvesional dan 5.90% untuk simpanan syariah.
2017 – Dividen sebanyak 6.9% untuk simpanan konvesional dan 6.4% untuk simpanan syariah.
2016 – 5.7%
2015 – 6.40%
2014 – 6.75%
2013 – 6.35%
2012 – 6.15%
2011 – 6.00%
2010 – 5.80%
2009 – 5.65%
Mungkin ramai yang belum tahu cara untuk menukar akaun konvensional ke akaun syariah.
Bagi yang ingin tahu mengenai kadar dividen KWSP 2019, boleh dapatkan maklumat di Facebook, Twitter atau ke laman sesawang KWSP.