Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), mengisytiharkan pengagihan pendapatan tahun 2018. ASNB mengumumkan dividen ASB 2018 dan ASN 2018.
Kedua-dua pengagihan pendapatan ASB dan ASN adalah untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018.
Pengumuman juga telah dibuat tentang pelaburan dalam ASB dan ASN ditangguhkan bermula 21 Disember 2018. Urus niaga akan bermula semula pada 2 Januari 2019.
Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) dengan bayaran dividen 6.50 sen seunit dan bonus 0.5 sen bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018.
Tahun lepas, PNB mengumumkan dividen ASB 2017 adalah 7.00 sen seunit dan bonus sebanyak 0.25 sen seunit dan ‘bonus istimewa ulang tahun’ sebanyak 1.00 sen sesaham bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB)
Cara Kira Dividen ASB.
Dividen = 6.50% (kiraan berdasarkan purata baki minimum bulanan terendah 12 bulan)
Bonus = 0.50% (kiraan baru bonus berdasarkan purata baki minimum bulanan terendah 12 bulan)
Contoh dari awal 2018 anda mempunyai RM200,000 dalam Akaun ASB.
1.Dividen
—————
RM200,000 x 6.50% = RM13,000
2.Bonus
————-
RM200,000 x 0.50% = RM1,000
🔹1 & 2 akan dikreditkan pada Jan 2019
——————————————
Total pulangan = RM14,000
Ini senario jika tiada pengeluaran berlaku sepanjang 12 bulan. Jika ada pengeluaran ia akan dikira berdasarkan purata baki minimum bulanan terendah.
Bagi Amanah Saham Nasional (ASN) pula, diumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 3.25 sen seunit bagi Amanah Saham Nasional (ASN) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018 dengan hasil dividen 5.1 peratus berdasarkan Nilai Aset Bersih dana tersebut setakat 20 Disember 2018.
Secara teknikalnya ASB juga adalah unit trust yang diuruskan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB). ASB adalah nama produk unit trust dari PNB.
Unit Trust dari Public Mutual Berhad ada macam2 nama seperti Public Asia Ittikal Fund (PAIF), Public Islamic Equity Fund (PIEF), Public China Ittikal Fund (PCIF ) & macam2 lagi.
Soalan yang lebih tepat adalah “ASB vs PAIF. Mana lebih untung?”
Untuk menjawab persoalan mana yang lebih untung, kita perlu clear dengan objektif pelaburan kita dan tempoh pelaburan kita.
Jika kita nak melabur untuk jangka pendek iaitu kurang dari 3 tahun, ASB lebih untung sebab ASB menawarkan perlindungan capital (capital protected). Ini bermaksud modal pelaburan kita kekal dan ASB memberikan dividen setiap tahun.
Namun jika matlamat pelaburan kita nak simpan untuk persaraan @ pendidikan anak, PAIF lebih untung sebab PAIF adalah platform simpanan untuk jangka masa panjang. Jadi dengan menyimpan dalam unit trust untuk objektif jangka panjang dapat membantu kita memaksimakan keuntungan kita.
Secara ringkasnya, jika matlamat simpannan kita jangka pendek pilih ASB. Jika matlamat simpanan kita jangka panjang melebihi 5 tahun seperti persaraan & pendidikan anak, pilih unit trust kategori ekuiti seperti PAIF. Lagi tinggi pulangan untuk jangka masa panjang.
Pelbagaikan platform simpanan mengikut objektif dan matlamat simpanan kita.