Pernah terfikir dibuang kerja?

Kata orang, malang tidak berbau. Adakah anda pernah terfikir apa yang akan terjadi kalau ini benar-benr berlaku?

Huh! Takut bukan.

Penulisan ini berkongsi tentang kenapa kita takut dibuang kerja.

Orang yang takut dibuang kerja.

Tiada Simpanan Kecemasan

Simpanan kecemasan sangat penting. Level newbie, kau dapatkan dulu simpanan kecemasan sama dengan 3 bulan gaji.

Nak lebih okay, simpan sampai cukup 6 bulan gaji. Dapat 12 bulan punya gaji lagilah okay.

 

Tiada Income Pelaburan

Ilmu pelaburan kau kena ada walau kau rasa kerjaya kau dah stabil. Sebab kalau duit yang kau ada tak dilaburkan, macam mana nak berkembang.

Kalau dibuang kerja, income dari pelaburan inilah kau guna untuk sara hidup.

 

Tiada Side Income

Bila dah ada side income, kau akan rasa lebih selamat kalau dibuang kerja. Lagi-lagi kalau side income tu sama dengan gaji sebulan kau. Ala, buat sambil-sambil je. Kalau rasa tak cukup dengan satu side income, buat dua.

 

Tiada Rumah Sendiri

Buatnya betul-betul kena buang kerja, mesti kau paling takut tak dapat bayar sewa rumah. Lebih tragis, tuan rumah kau tu garang takde hati perut. Habis dihalau kau dan keluarga. Kalau dapat yang baik hati, untunglah kau.

 

Tiada Ilmu

Tiada ilmu
Imej via Pexels

Kalau takda ilmu, memang haru hidup kau. Sepatutnya awal-awal kerja dah mula cari ilmu pelaburan dan hartanah. Bila ada ilmu, kau takkan ada masalah 1, 2, 3 dan 4 tu.

Belajar cepat-cepat sebelum terlambat.

 

Kesimpulan

Kalau dah namanya makan gaji, kita kena jangka apa benda buruk yang bakal berlaku kat kita. Dimarahi boss, jangan melawan. Itu dah masuk dalam job skop kita. Layankan je. Kalau dah tak tahan, resignlah. Buat apa tunggu.

Dibuang kerja. Bersedialah daripada awal. Bila kita dah tak diperlukan dan menambah beban kat syarikat, takkan boss masih nak simpan kita. Mestilah dia akan buang kita secara terhormat walau tanpa kita relakan.

Jadi, cepat-cepatlah tangani 5 ciri-ciri kat atas tu. Kawan ofis semua baik-baik, lunch sama-sama. Tapi bila kau dah dibuang kerja, tak adanya dorang nak bank in RM3K sebulan kat kau. Pandai-pandailah kau teruskan hidup.

Haha!

Copy

Penulis: HarithFaisal

Berkongsi tip hartanah santai terutamanya untuk 'freshgraduate', motivasi kewangan sempoi & rahsia tarik 60,000 follower dalam 12 bulan. Penulis buku Hipster Hartanah dan juga Bajet Power.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.