Kadar diskaun (discount rate) merupakan kadar faedah yang dikenakan kepada institusi pendeposit yang layak untuk membuat pinjaman dana jangka pendek secara lansung dari Bank Rizab Persekutuan. Namun begitu, jenis pinjaman daripada Persekutuan ini adalah terhad. Kebanyakan institusi selalunya mencari cara lain untuk memernuhi keperluan kecairan jangka pendek. Kadar diskaun dana Persekutuan adalah satu daripada dua kadar faedah yang ditetapkan oleh Persekutuan, satu lagi adalah kadar pinjaman semalaman (overnight lending rate), atau kadar dana Persekutuan.

Selain itu, kadar diskaun juga merupakan kadar faedah yang digunakan dalam menentukan nilai semasa aliran tunai masa depan. Katakan anda menjangkakan RM1,000 dalam masa satu tahun. Bagi menentukan nilai sekarang untuk RM1,000 tersebut, iaitu nilai pada hari ini, anda perlu mendiskaunkan jumlah tersebut kepada satu kadar faedah tertentu, biasanya kadar bebas risiko tetapi tidak semestinya. Andaikan kadar diskaun adalah sebanyak 10%, RM1,000 tersebut akan bersamaan dengan RM909.09 dalam masa satu tahun (1,000 ÷ [1.00 + 0.10]).

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.