Langkau ke kandungan
iLabur
Menu

Definisi Kadar Diskaun (Discount Rate) Dalam Pasaran Kewangan

Kadar diskaun (discount rate) merupakan kadar faedah yang dikenakan kepada institusi pendeposit yang layak untuk membuat pinjaman dana jangka pendek…

Istilah & KonsepKemas kini terakhir: 28 Mac 2020oleh safwanrazali
Ilustrasi konsep kadar diskaun dalam pasaran kewangan

Kadar Diskaun (Discount Rate)

kadar faedah yang dikenakan kepada institusi pendeposit yang layak untuk membuat pinjaman dana jangka pendek secara lansung dari Bank Rizab Persekutuan serta kadar faedah yang digunakan dalam menentukan nilai semasa aliran tunai masa depan.

Jenis dan Kategori

istilah kewangan

Contoh Ayat

  • Andaikan kadar diskaun adalah sebanyak 10%, RM1,000 tersebut akan bersamaan dengan RM909.09 dalam masa satu tahun.

Kadar diskaun (discount rate) merupakan kadar faedah yang dikenakan kepada institusi pendeposit yang layak untuk membuat pinjaman dana jangka pendek secara lansung dari Bank Rizab Persekutuan. Namun begitu, jenis pinjaman daripada Persekutuan ini adalah terhad. Kebanyakan institusi selalunya mencari cara lain untuk memernuhi keperluan kecairan jangka pendek. Kadar diskaun dana Persekutuan adalah satu daripada dua kadar faedah yang ditetapkan oleh Persekutuan, satu lagi adalah kadar pinjaman semalaman (overnight lending rate), atau kadar dana Persekutuan. Selain itu, kadar diskaun juga merupakan kadar faedah yang digunakan dalam menentukan nilai semasa aliran tunai masa depan. Katakan anda menjangkakan RM1,000 dalam masa satu tahun. Bagi menentukan nilai sekarang untuk RM1,000 tersebut, iaitu nilai pada hari ini, anda perlu mendiskaunkan jumlah tersebut kepada satu kadar faedah tertentu, biasanya kadar bebas risiko tetapi tidak semestinya. Andaikan kadar diskaun adalah sebanyak 10%, RM1,000 tersebut akan bersamaan dengan RM909.09 dalam masa satu tahun (1,000 ÷ \1.00 + 0.10).

Rujukan

Rujukan

Maklumat dalam artikel ini disediakan berdasarkan sumber yang boleh dipercayai. Pengguna digalakkan merujuk sumber asal untuk kepastian lanjut.