David Ricardo (1772-1823) merupakan seorang ahli ekonomi klasik yang terkenal dengan teori mengenai upah dan keuntungan, teori nilai tenaga kerja, teori kelebihan perbandingan dan teori sewa. Pada masa yang sama dan secara bebas, David Ricardo dan beberapa ahli ekonomi lain telah mengasaskan undang-undang mengurangkan pulangan marjinal (law of diminishing marginal returns). Karya beliau yang paling terkenal adalah Principles of Political Economy and Taxation (1817).

Latar Belakang David Ricardo

David Ricardo dilahirkan di England pada tahun 1772 merupakan salah seorang daripada 17 orang adik beradik. Ricardo mula bekerja dengan bapa beliau sebagai seorang broker saham pada ketika usia beliau 14 tahun. Beliau kemudiannya dibuang oleh bapa beliau pada umur 21 tahun kerana keinginan beliau untuk berkahwin dengan pasangan di luar agama beliau.

Kekayaan beliau datang daripada kejayaan beliau dalam perniagaan yang dimulakan oleh beliau yang mana perniagaan tersebut adalah menguruskan sekuriti-sekuriti kerajaan. Beliau bersara pada usia beliau 41 tahun selepas memperoleh lebih kurang £ 1 juta yang diandaikan hasil daripada Pertempuran Waterloo (battle of Waterloo).

Pada usia beliau 42 tahun iaitu selepas beliau bersara, Ricardo membeli satu kerusi di Parlimen bernilai £ 4,000, dan beliau berkhidmat sebagai ahli Parlimen. Beliau yang dipengaruhi oleh Adam Smith, Ricardo menubuhkan sebuah syarikat bersama-sama dengan tokoh-tokoh pemikir terkemuka yang lain seperti James Mill, Jeremy Bentham dan Thomas Malthus. Di dalam karya beliau, “Essay on the Influence of a Low Price of Corn on the Profits of Stock, (1815), Ricardo memikirkan tentang undang-undang mengurangkan pulangan (law of diminishing returns) berhubung dengan tenaga kerja dan modal.

Ricardo menulis artikel pertama beliau dalam bidang ekonomi yang diterbitkan dalam “The Morning Chronicle” pada waktu usia beliau 37 tahun. Dalam artikel tersebut, beliau menganjurkan supaya Bank England (Bank of England), mengurangkan aktiviti penerbitan wang kertas. Buku beliau pada tahun 1815, “Principles of Political Economy and Taxation”, mengandungi idea-idea beliau yang paling terkenal. Antara sumbangan beliau dalam teori ekonomi adalah seperti berikut:

Kelebihan perbandingan (comparative advantages)

Antara idea-idea penting yang diperkenalkan oleh Ricardo di dalam “Principles of Political Economy and Taxation” adalah teori kelebihan perbandingan atau “comparative advantages), yang menyatakan bahawa sesebuah negara boleh mendapat manfaat daripada perdagangan antarabangsa dengan mengkhususkan negara dalam mengeluarkan atau menghasilkan barangan yang memerlukan kos pengeluaran yang rendah walaupun negara tersebut tidak mempunyai sebarang kelebihan dalam menghasilkan apa-apa barangan.

Sebagai contoh, faedah perdagangan bersama akan direalisasikan antara China dan United Kingdom dengan China menumpukan kepada pengeluaran barangan tembikar dan teh, sementara United Kingdom pula menumpukan kepada bahagian-bahagian mesin. Ricardo amat dikaitkan dengan faedah bersih perdagangan bebas dan bahaya polisi-polisi perlindungan (protectionist policies). Teori beliau tentang kelebihan perbandingan mewujudkan pelbagai cabang perbincangan dan kritikan yang masih dibincangkan sehingga ke hari ini.

Teori nilai tenaga kerja

Satu lagi sumbangan Ricardo yang paling terkenal di dalam ekonomi adalah teori nilai tenaga kerja. Teori nilai tenaga kerja menyatakan bahawa nilai sesebuah barangan patut diukur dengan berapa banyak tenaga kerja yang diperlukan untuk menghasilkannya. Teori tersebut menyatakan bahawa kos itu tidak seharusnya berdasarkan upah yang dibayar kepada tenaga kerja, tetapi kepada jumlah keseluruhan kos pengeluaran.

Salah satu contoh teori tersebut adalah sekiranya sebuah meja mengambil masa dua jam untuk dihasilkan dan satu kerusi mengambil masa satu jam, maka satu meja bernilai dua kerusi, tidak kira berapa upah untuk satu jam yang diterima oleh para pembuat meja dan kerusi. Teori nilai tenaga kerja kemudiannya menjadi salah satu asas kepada Marxisme.

Teori sewa

Ricardo merupakan ahli ekonomi pertama yang membincangkan idea-idea tentang sewa atau faedah yang diperolehi oleh pemilik-pemilik aset disebabkan oleh pemilikan mereka semata-mata, bukan berdasarkan sumbangan mereka kepada sebarang aktiviti pengeluaran. Dalam hujah beliau yang asal, ekonomi pertanian, teori sewa menunjukkan bahawa faedah kenaikan harga bijirin akan lebih dicapai oleh pemilik tanah pertanian dalam bentuk sewa yang dibayar oleh penyewa.

Idea Ricardo kemudiannya digunakan juga untuk ekonomi politik, di dalam idea mencari sewa, (rent seeking), di mana pemilik-pemilik aset yang boleh mendapatkan manfaat daripada dasar-dasar awam yang mengarahkan kenaikan sewa ke atas mereka mempunyai atau berindak sebagai insentif untuk mempengaruhi dasar awam.

Kesetaraan Ricardo (Ricardo Equivalence)

Di dalam kewangan awam, Ricardo menulis bahawa sama ada kerajaan memilih untuk membiayai perbelanjaannya melalui cukai segera atau melalui pinjaman atau defisit perbelanjaan, (spending deficit), yang mana akan menghasilkan kesetaraan dalam ekonomi. Sekiranya para pembayar sewa berfikiran rasional, maka mereka akan mengambil kira peningkatan yang dijangka dalam percukaian pada masa depan bagi membiayai defisit semasa dengan menjimatkan jumlah yang setara dengan perbelanjaan defisit semasa. Dengan itu, perubahan bersih dalam jumlah perbelanjaan akan menjadi sifar.

Oleh yang demikian, sekiranya kerajaan terlibat dalam defisit perbelanjaan, maka perbelanjaan persendirian hanya akan menurun dengan jumlah yang setara dengan masyarakat lebih banyak berjimat, dan kesan bersih kepada ekonomi agregat akan hanyut.

Jemput juga baca artikel tentang:

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.