Dana dagangkan bursa atau dalam bahasa Inggerisnya, “Exchange-Traded Fund (ETF)”, merupakan satu jenis dana bersama tertutup yang berdagang seperti sebuah saham pada sesebuah bursa. ETF biasanya dibina untuk menjejaki indeks, komoditi atau set aset seperti dana indeks. Selain itu, ETF berubah-ubah di dalam harga ketika hari dagangan kerana ianya dibeli dan dijual pada sesebuah bursa seperti satu saham.
Oleh kerana ia didagangkan seperti satu saham, ETF tidak mempunyai nilai aset bersih (NAB) atau dalam bahasa Inggerisnya, “net asset value (NAV)” yang dihitung setiap hari seperti yang dilakukan di dalam dana bersama terbuka. Dengan memiliki ETF, seorang pelabur mendapat kepelbagaian (diversification) untuk satu dana indeks serta kemampuan untuk menjual singkat (sell short), membeli margin dan membeli serendah satu saham.
Antara kelebihan lain ialah nisbah perbelanjaan untuk kebanyakan ETF adalah lebih rendah daripada dana bersama sederhana. Apabila membeli dan menjual ETF, seseorang itu membayar komisen broker, sama seperti seseorang itu perlu lakukan untuk satu saham. Salah satu ETF yang paling dikenali adalah Spider (SPDR), yang menjejaki indeks S&P 500 dan berdagang di bawah simbol SPY.