Sebenarnya masih ramai yang kurang tahu untuk hasilkan resume yang baik. Seperti kita sedia maklum resume adalah perkara yang sangat penting dalam permohonan kerja.Ini adalah contoh resume terbaik boleh anda cuba.

Banyak permohonan ditolak kerana resume mereka yang tidak mengikut kehendak majikan. Antara sebab ditolak ialah terlalu banyak perkara dan warna yang dimasukkan sehingga membuatkan majikan menjadi pening. Akhirnya resume tidak dipandang langsung.

contoh resume

Imej via Google

Bagi mengelakkan perkara ini berlaku kami ingin kongsikan beberapa tips penulisan resume yang ringkas dan baik untuk rujukan anda.

Cara Buat Resume – Contoh Resume Lengkap Terbaik

Berikut beberapa tips dan langkah yang perlu anda lakukan untuk mencipta resume yang baik dan disukai majikan.

Format

Pastikan mengikut format normal dalam penulisan seperti penggunaan font, bullet dan bold perkara-perkara yang penting dan yang paling penting kemas dan ringkas.

  • Sila pastikan resume anda tidak melebihi 2 muka surat.
  • Reka bentuk resume bersaiz A4 dan kemas, ringkas dan tidak mempunyai banyak warna.
  • Memilih font yang kemas dan terang.
  • Meletakkan dalam resume objektif kerja.
  • Tidak memasukkan perkara-perkara yang tidak ada kaitan dengan jawatan yang dipohon seperti hobi atau makanan kegemaran (contoh).
  • Untuk bahagian rujukan, boleh guna nama ketua jabatan, penasihat akademik, supervisor FYP atau pensyarah tapi pastikan maklumkan pada mereka.

Isi Kandungan

Gambar

Jika dinegara-negara luar pengguna photo sudah tidak revelan didalam resume. Namun di Malaysia masih lagi diguna pakai.

Oleh itu pastikan anda sediakan satu gambar yang kemas dan profesional untuk dilekatkan sekali dengan resume anda.

Contact

Nama penuh,No telefon dan email adalah perkara wajib yang harus dimasukkan didalam ruangan contact, Alamat hanya perlu nyatakan kawasan tempat anda tinggal tidak perlu masukkan alamat penuh.

Guna nama Email yang profesional seperti nama penuh anda. Jangan guna nama timangan

Pendidikan

Anda tidak perlu masukkan segala kelulusan anda atau sijil anda daripada darjah satu cukup sekadar kelulusan daripada SPM dan keatas termasuk CGPA dan lain-lain yang penting.

Pengalaman Kerja

Tuliskan pengalaman anda berkerja termasuk no telefon rujukan.

Kemahiran

Perkara wajib yang harus anda masukkan adalah kemahiran jadi pastikan anda masukkan kemahiran anda yang boleh membantu anda menjawat jawatan yang hendak dipohon.

Rujukan

Rujukan adalah orang yang boleh dihubungi untuk mengesahkan segala maklumat yang anda berikan adalah benar.

Cover Letter

cover letter

Imej via Pixabay

Cover letter adalah pelengkap kepada resume yang baik jadi pastikan anda menyediakan cover letter anda.

Perlu untuk diingatkan cover letter adalah surat peribadi anda untuk menerangkan tentang kemahiran anda dan menunjukkan anda membuat penyelidikan tentang jawatan yang anda mohon kepada pihak majikan.

Oleh itu pastikan anda tidak mulakan surat anda dengan perkataan “Kepada sesiapa yang berkenaan” atau ”Dear Sir / Madam”. Pastikan anda tahu secara khusus nama orang yang menguruskan pengambilan permohonan kerja anda.

Kesilapan Terbesar Di Dalam Cover Letter

Ramai graduan memandang remeh tentang cover letter. ramai yang hantar resume tanpa cover letter atau surat iringan. ia dihantar tanpa surat iringan, hanya resume atau CV semata-mata. ia resume yang tiada nilai.

Apakah jawatan yang di pohon?

Tidak menulis jawatan di pohon itu kesilapan paling terbesar calon. orang HR tiada kuasa membaca hati anda.

kami juga tidak boleh sewenangnya memilih dan mencadang jawatan untuk anda pilih, biarpun itulah sebenarnya tujuan anda tidak menulis jawatan yang dipohon.

Contoh: jika anda terlalu inginkan kerja dan tidak memilih, tulislah ‘PERMOHONAN JAWATAN SEBAGAI PENYELIA STOR ATAU SETARAF’,

Cara Hantar Resume Melalui Email

Sekarang banyak permohonan kerja melalui email. Ini merupakan contoh yang perlu anda ikut supaya email anda di baca oleh majikan.

Alamat E-mel Professional,

Mohon sangat untuk anda gunakan email yang nampak professional, bukan email yang berbelit belit lidah nak baca.

‘Subject Header’

Bagi saya ini penting, mohon gunakan “Subject di email” untuk tulis apa tujuan anda send email, jika tujuan anda untuk apply kerja, tulis jenis jawatan yang anda ingin mohon.

Isi Kandungan E-mel

Yang ni ramai abaikan, kome ingat cukup dengan hanya send resume tanpa satu ayat pun?

Biasakan tulis:-

  • Pengenalan diri secara ringkas,
  • Pengalaman praktikal/kerja,
  • Kelebihan diri anda yang buatkan majikan perlu mengambil anda bekerja,
  • Butiran untuk dihubungi,

‘Recommendation Letters’ (Jika Ada)

Surat sokongan bertulis dari majikan tempat anda pernah pratikal / latihan industri.

Komunikasi & Penulisan Bahasa Inggeris Penting, Tapi Tak Pandai BI

Ya, memang betul kebolehan komunikasi dan penulisan Bahasa Inggeris sangat dititik-beratkan oleh majikan pada masa kini. Ini kerana pekerja perlu berkomunikasi dengan majikan, rakan sekerja atau pelanggan dari luar negara.

Untuk menilai tahap kebolehan Bahasa Inggeris calon, majikan boleh menilai daripada penulisan Resume/CV dan Cover Letter/Cover Email.

Tips Mudah! Bila kita dah siap resume atau nak balas email jemputan temuduga majikan, minta bantuan daripada orang yang berkebolehan dalam Bahasa Inggeris untuk sebarang idea penulisan yang lebih kemas dan profesional.

3 Perbezaan CV & Resume Yang Masih Ramai Tak Tahu

Cuba semak sama ada anda buat atau tidak 3 Elemen penting ini sebelum anda apply sebarang kerja.

Terdapat tiga perbezaan utama iaitu Panjang, Fokus dan Kegunaan.

Panjang

CV mempunyai sejarah lengkap tentang akademik anda sehingga

biasanya 3-4 halaman muka surat. Manakala Resume adalah

ringkasan pendidikan dan kemahiran dan biasanya 1 muka surat

Fokus

Walaupun CV dan Resume menceritakan tentang kerja dan pendidikan anda, tetapi kedua-duanya memfokuskan aspek yang berbeza.

CV fokus kepada latar belakang akademik seseorang. Contohnya memasukkan tahan pengajian, penyelidikan, pengalaman mengajar, penerbitan, penghargaan dan pencapaian yang berkaitan dengan akademik. Sebaliknya, Resume memberi tumpuan kepada pengalaman kerja, kemahiran dan prestasi kerja lain yang berkaitan.

Abis tak perlu letak education background ke?

Ya, mestila kena letak pada resume cuma fokus utamanya adalah pengalaman kerja anda.

Kegunaan

Kebiasaanya CV digunakan untuk oleh jawatan yang besar atau jawatan berkaitan akademik. Resume pula digunakan untuk semua jawatan dan posisi.

Sumber: Resume Infografik

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.

Copy

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka kongsi bagaimana hobi boleh jadi duit.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.