Ramai yang bertanya lelaki atau wanita yang kuat berbelanja dan membazirkan wang? Persoalan ini sering dibahaskan oleh masyarakat. Ada yang berpendapat wanita lebih kuta berbelanja, ada yang berpendapat lelaki kurang berbelanja tetapi sekali dia beli barang, kosnya cecah beribu-beribu dan ada yang berpendapat lelaki atau wanita sama saja suka berbelanja.

Kita lihat dari sudut umum, lelaki atau wanita ia terletak pada diri itu sendiri ketika berbelanja. Jika tidak dapat mengawal nafsu ketika berbelanja maka wang ditangan akan terus habis. Kita mungkin seorang yang suka berjimat tetapi setiap manusia ada dugaannya tersendiri, mana tahu satu hari nanti kita juga akan membazirkan wang ke arah lain tanpa sedar.

Oleh itu kita memerlukan seorang pasangan yang boleh membimbing kita untuk berjimat.

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai ciri-ciri wanita yang boleh membimbing pasangan untuk berjimat. Info ini dikongsikan oleh Encik Amir Syahir. Beliau gemar berkongsikan tips mengenai ilmu hartanah dan pengurusan wang. Selain itu, beliau juga berkongsikan tentang tips ASBF.

Imej via mingguanwanita

7 Ciri-ciri wanita yang boleh membimbing pasangan untuk berjimat

1. Minat menyimpan wang

Dia jenis yang minat menyimpan wang. Tak suka membazir kepada perkara yang bukan-bukan. Kau nak belikan hadiah ke dia terus keluar ayat dia, “Tak payahlah lah Biey, rugi je”, “Tak payahlah lah Sayang, simpan la duit tu”. Bukan tiap kali dating, asyik perabih duit kau je suruh beli patung beruang besar.

2. Tak apa jika kau ajak makan kedai biasa-biasa

Kalau kau ajak dia makan kedai biasa atau kat warung, dia tak kisah pun. Asalkan halal dan bersih dan makanan sedap. Tak macam makwe lain, pakai tudung lilit, apa kelas makan kedai murah. Paling kurang pun KFC. Kalau makan kedai makan murah-murah je terus muncung mulut, sampai boleh sangkut penyakut baju.

3. Naik kereta secondhand kau pun dia tak segan

Dia jenis tak kisah pun kau pakai kereta apa. Tak malu dengan keluarga dan kawan-kawannya. Bukannya setiap hari suruh kau tukar Honda City je. Nak nampak kelas sikit.

4. Tak minta hadiah mahal

Setiap kali hari jadi dia takde nak minta barang yang mahal-mahal. Contohnya macam beg tangan LV, jam tangan Rolex, Iphone, make up mahal-mahal. Setiap kali dating tak minta bunga ros bagai. Nak nampak sweet kononnya.

5. Nak buat kenduri kahwin biasa-biasa saja

Dia jenis nak buat kenduri kahwin setakat yang mampu. Takde nak buat “Wedding Of The Year” bagai sampai nak buat pinjaman peribadi. Hantaran pun tak letak tinggi. Ijazah untuk minta kerja, bukan untuk minta hantaran RM30K.

6. Tak minta nak bercuti sana sini sebelum kahwin

Dia bukan jenis nak ajak pergi bercuti sana sini sebelum kahwin. Nak cipta sweet moment kononnya. Biarlah cipta kenangan terindah selepas kahwin. Ni tak, setiap tahun ajak travel. Sampai kau terpaksa meminjam sana sini.

7. Gaji kau sikit

Dia tak kisah pun kalau gaji kau rendah daripada dia. Takde nak berlagak. Dia terima kau seadanya. Yang penting kau jenis bertanggungjawab. Kau jenis caring dan pandai jaga hati dia, dia okey ke kau kerja apa pun.

*Jika jumpa wanita yang mempunyai ciri-ciri ini, jangan lepaskannya kerana dia boleh membantu pasangannya untuk berjimat. Setiap kejayaan seorang lelaki, ada seorang wanita dibelakangnya, ayat ini bermaksud setiap kejayaan yang lelaki dapat kerana ada seorang wanita yang membantunya ketika susah dan senang. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Copy

Penulis: aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.