Pihak Bank tidak akan meluluskan pembiayaan rumah dengan mudah kepada pemohon. Hal ini kerana merek perlu pastikan pemohon tersebut sememangnya layak dan mampu membayar duit rumah setiap bulan dengan pendapatannya sendiri. Jika mereka tidak yakin akan kita, maka sukar untuk kita dapatkan kelulusan daripada mereka.

Tetapi, jika rekod CCRIS kita baik dan pembayaran balik pinjaman bagus, dengan mudahnya pihak Bank akan meluluskan pembiayaan rumah. Pihak Bank akan meluluskan pembiayaan rumah dengan mudah jika pemohon ada ciri-ciri ini.

Apakah ciri-ciri tersebut?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai ciri-ciri pemohon dapat kelulusan pembiayaan rumah dengan mudah. Info ini dikongsikan oleh Encik Amir Syahir. Beliau gemar berkongsikan tips mengenai ilmu hartanah dan pengurusan wang. Selain itu, beliau juga berkongsikan tentang tips ASBF.

7 Ciri-ciri pemohon dapat kelulusan daripada Bank

Ciri pemohon dapat kelulusan bank
Imej via mhonline.com

1. Mempunyai Kerjaya /Perniagaan Yang Stabil

Pemohon sudah mempunyai kerjaya yang stabil dan sudah bekerja lebih daripada 6 bulan. Pemohon juga bekerja di tempat yang tidak berisiko untuk dibuang kerja pada tanggapan pihak bank.

2. Laporan CCRIS Yang Cun Melecun

Sebarang hutang dengan pihak bank akan masuk dalam laporan CCRIS. Hutang kad kredit dan PTPTN juga akan masuk dalam laporan CCRIS. Jadi, apabila dah buat hutang, korang kena jaga betul-betul. Bayar hutang dengan jumlah yang tetap dan pada waktu yang ditetapkan.

3. Debt Service Ratio (DSR) Yang Rendah

Pemohon mesti pandai kawal nisbah hutang kepada pendapatan. Kebiasaanya dibawah 60%-70%

4. Hartanah Yang Strategik Dan Terletak Di Kawasan Hot / Sedang Membangun

Bank mungkin kurang berminat dengan hartanah yang berada di pinggir kampung ataupun di dalam hutan. Hartanah yang masih dalam Master status lebih 10 tahun juga kurang menarik perhatian pihak bank.

Kaji dan selidik terlebih dahulu kawasan yang kau nak beli hartanah tu. Dengan itu akan memudahkan urusan kau juga supaya pembiayaan perumahan kau mudah diluluskan.

5. Mempunyai Tabungan / Simpanan

Pemohon mempunyai simpanan yang mantap. Biasanya mempunyai 6 bulan pendapatan sebagai simpanan kecemasan. Simpanan di Tabung Haji, ASB, ataupun di akaun simpanan misalnya.

6. Pemohon Telah Menyediakan / Melampirkan Dokumen-dokumen Penting

Dokumen-dokumen berikut adalah mustahak untuk membuat permohonan pinjaman perumahan:

– Borang permohonan pinjaman yang telah diisi dengan maklumat yang benar dan tepat

– Salinan kad pengenalan pemohon

– Salinan Perjanjian Sewa Beli (Sales & Purchase Agreement/SPA) atau surat tawaran daripada pemaju

– Salinan slip gaji untuk 3 bulan yang terkini

– Salinan slip bayaran komisen untuk 6 bulan jika ada

– Salinan penyata KWSP yang terkini

– Salinan Borang EA terkini

– Salinan penyata akaun simpanan bank untuk 6 bulan yang terkini

– Surat Pengesahan Tawaran Kerja dan Pembayaran Gaji

– Simpanan ASB / Tabung Haji

– Dokumen sokongan yang berkaitan.

Jika guna khidmat ejan hartanah, lagi memudahkan kerja korang.

7. Pemohon Yang Tidak Disenarai Hitam Oleh Mana-mana Syarikat

Bank juga akan check kau punya CTOS. Jika ada hutang tertunggak mungkin nama kau ada dalam CTOS. Jadi, kau kena semak balik sama ada kau pernah jadi penjamin ke atau ada ada bil utiliti yang kau pernah tak bayar.

*Untuk pastikan anda dapat kelulusan pembiayaan rumah dengan mudah daripada pihak Bank, pastikan anda ada ciri-ciri seperti di atas. Jika laporan CCRIS anda bagus, Insyaallah, anda akan dapat kelulusan daripada Bank. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.