Segala informasi dan maklumat kini amat mudah untuk check saman Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Antara saman yang dikeluarkan terhadap pengguna jalanraya dan pemandu kenderaan seperti saman PDRM, JPJ dan saman AES (Automated Enforcement System (had laju).
Kecanggihan teknologi media dan tekomunikasi masa kini membantu kita untuk menjalani kehidupan di zaman yang serba pantas dan mencabar ini. Mengapa perlu bersusah payah keluar dari rumah dan menghadapi kesesakan jalan raya serta sanggup beratur panjang di kaunter bayaran?
Sedangkan semakan saman semuanya boleh dilakukan secara atas talian dan juga melalui perkhidmatan SMS.
Segalanya di hujung jari sahaja. Anda juga boleh bayar saman online menggunakan kaedah perbankan internet melalui portal SSO PDRM, MyEG Online dan RILEK.
Kemudahan perkhidmatan check saman kereta, motor dan kenderaan kini lebih mudah. Banyak cara untuk menyemak dan buat pembayaran saman di internet dengan menggunakan sistem semakan online PDRM untuk saman polis, JPJ dan AES.
Sila check saman dan harga saman yang dikenakan supaya mudah untuk anda membayarnya nanti melalui kaedah yang anda pilih. Sebagai panduan, anda boleh mengikut cara dan langkah-langkah berikut yang dikongsikan untuk buat semakan.
Melalui laman web MyEG online anda boleh semak saman yang dikenakan oleh JPJ, PDRM atau AES dan ikuti cara yang ditunjukkan seperti berikut:
Melalui portal JPJ anda boleh menyemak saman online tanpa perlu buat pendaftaran, walau bagaimanapun, ianya untuk menyemak senarai saman yang telah dikeluarkan oleh pihak JPJ sahaja.
Menerusi laman Rilek anda boleh menyemak saman polis trafik dan sebagainya. Jangan lupa double check selepas senarai saman dipaparkan.
Anda akan dapati jumlah saman yang dikenakan, selain boleh juga buat pembayaran saman segera di Rilek online yang berkerjasama dengan beberapa bank yang terlibat seperti MAYBANK, CIMB, BANK ISLAM, PUBLIC BANK dan lain-lain.
Sistem Semakan Online PDRM (SSO) dan Laman Interaktif Trafik dibangunkan oleh Polis Di Raja Malaysia. Ia untuk memudahkan orang ramai yang ingin menyemak status saman trafik, status report saman polis dan banyak lagi yang berkaitan.
Untuk membuat semakan, anda harus mendaftar sebagai pengguna baru terlebih dahulu sebelum buat semakan. Sila layari portal SSO PDRM dan LAMAN INTERAKTIF TRAFIK untuk keterangan lanjut.
Perkhidmatan untuk semak saman melalui SMS dikenakan bayaran caj perkhidmatan sebanyak 15 sen bagi setiap penghantaran dan 20 sen bagi setiap penerimaan mesej pesanan ringkas ini. Sila ikuti cara untuk menyemak saman menggunakan SMS atau MySMS seperti berikut:
Sila taip
POLIS SAMAN [No Kad Pengenalan atau No kenderaan]
pada telefon bimbit dan hantarkan SMS ke 15888 atau 32728.
Contoh
POLIS SAMAN 761112025527 atau POLIS SAMAN KDR 4424
Jika anda mahukan jawapan yang lebih terperinci, sila taip mesej seperti berikut:
POLIS SAMAN [No Kad Pengenalan atau No kenderaan] [email]
Dan hantarkan ke 32728. Semakan saman yang lengkap milik anda akan dihantarkan ke alamat email yang anda berikan.
Contoh
POLIS SAMAN 761112025527 [email protected]
Sila taip
JPJ SAMAN [No IC/Kad Pengenalan atau No plat kenderaan]
di paparan telefon bimbit anda dan hantarkan SMS tersebut ke 15888.
Contoh
JPJ SAMAN 761112025527 atau JPJ SAMAN KDR 4424
Diharap dengan perkongsian ini cara check saman, anda dapat mengelakkan daripada disenaraikan dalam senarai hitam JPJ dan PDRM serta tiada saman tertunggak. Sekiranya anda mempunyai jumlah tunggakan, segeralah buat bayaran saman tersebut sama ada secara atas talian di MyEG online atau pergi ke kaunter bayaran di jabatan terbabit