Kenali Siapa Itu Carlos Slim! Warren Buffet Mexico
Menurut majalh Forbes, setakat bulan November 2017, nilai bersih kekayaan Carlos Slim Helú adalah sebanyak $65 bilion, menjadikan beliau individu keenam…

Fakta Ringkas
- Nama Penuh
- Carlos Slim Helú
- Nama Lain
- Warren Buffett Mexico
- Peranan
- Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Telmex dan América Móvil (AMX), Pelabur
- Dikenali Kerana
- Falsafah pelaburan yang bijak dan memimpin syarikat telekomunikasi Telmex dan América Móvil
- Nilai bersih kekayaan (Nov 2017)
- $65 bilion
- Kedudukan terkaya di dunia (Nov 2017)
- Keenam terkaya
- Panggilan telefon talian tetap di Mexico (Telmex)
- 80% hingga 90%
- Talian selular di Mexico (AMX)
- 70%
- Konglomerat yang dimiliki
- Grupo Carso / Grupo Sanborns SAB
Pencapaian
- Pernah menduduki tangga pertama individu terkaya di dunia
- Menjadi jutawan pada usia 42 tahun hasil pelaburan agresif semasa krisis ekonomi Mexico 1982
- Memperoleh syarikat telefon monopoli Mexico, Telmex, pada tahun 1990
- Meningkatkan pangkalan pelanggan Telefon bimbit Telmex sebanyak 66% setiap tahun selama 15 tahun
- Membangunkan jenama Telefon bimbit TracFone ke seluruh dunia
Menurut majalh Forbes, setakat bulan November 2017, nilai bersih kekayaan Carlos Slim Helú adalah sebanyak $65 bilion, menjadikan beliau individu keenam terkaya di dunia. Beliau pernah menduduki tangga pertama dan tahun 2017 merupakan tahun pertama beliau tidak berada di dalam senarai 5 terbaik untuk tempoh lebih dari 10 tahun. Falsafah pelaburan beliau yang bijak dan rekod pencapaian yang sempurna sebagai seorang pelabur telah menganugerahkan beliau dengan gelaran “Warren Buffett Mexico”. Beliau lebih dikenali sebagai pengerusi dan ketua pegawai eksekutif (CEO) untuk Teléfonos de México, S.A. (Telmex), yang menguruskan di antara 80% sehingga 90% daripada panggilan telefon talian tetap di Mexico. Beliau juga berkhidmat untuk jawatan yang sama untuk Am**érica Móvil (AMX), yang bertanggungjawab terhadap 70% talian selular di dalam negara itu. Kedua-dua syarikat di atas sekarang ini diketuai oleh anak lelaki beliau, Carlos Slim Domit. Konglomerat Slim, Grupo Carso atau Grupo Sanborns SAB, memiliki dan menguruskan perniagaan di dalam bidang pendidikan, media, sukan dan hiburan, penjagaan kesihatan, perkilangan, hartanah, syarikat penerbangan, perlombongan, perhotelan, teknologi, minyak, peruncitan dan perkhidmatan kewangan.

Imej via Academy of Achievement
Kisah Kejayaan Carlos Slim
Carlos Slim menjadi seorang jutawan apabila beliau melabur secara agrefif dan membeli keseluruhan syarikat semasa krisis penurunan nilai matawang dan ekonomi di Mexico pada tahun 1982 yang mana telah pulih selepas itu. Pada masa tersebut beliau berusia 42 tahun. Peluang besar yang seterusnya untuk Slim muncul pada tahun 1990 apabila kerajaan Mexico menjual syarikat telefon monopolinya, Telmex. Konglomerat Slim, Grupo Carso terus menyambar peluang tersebut. Tidak lama selepas pembelian syarikat tersebut, Slim memberi perhatian ke dalam perkhimatan telefon bimbit Telmex. Dengan menawarkan telefon prabayar, pangkalan pelanggan syarikat tersebut telah berkembang dengan drastik, meningkat sebanyak 66% setiap tahun untuk tempoh 15 tahun seterusnya. Perniagaan telefon bimbit, América Móvil, dengan jenama *“TracFone”*nya telah berkembang ke seluruh dunia. Secara keseluruhan, telekomunikasi merupakan dua pertiga daripada kekayaan beliau yang menakjubkan. Walau bagaimanapun, América Móvil baru-baru ini telah menghadapi beberapa cabaran baru hasil daripada perundangan baru Mexico yang secara khusus dibuat untuk memecahkan monopoli syarikat.
Rujukan
Rujukan
Maklumat dalam artikel ini disediakan berdasarkan sumber yang boleh dipercayai. Pengguna digalakkan merujuk sumber asal untuk kepastian lanjut.