Anda sering tertanya-tanya, bagaimanakah cara untuk menyemak status bankrap atau muflis secara di atas talian? Status bankrap dan muflis pasti akan merosakkan rekod kewangan anda yang dicatatkan oleh institusi kewangan secara peribadi.

Sebelum kita ketahui cara semak status bankrap online, mari kita lihat kenapa bankrap dan muflis ini sering berlaku secara kerap.

Mungkin sebelum ini anda mempunyai banyak hutang tertunggak dan pernah menjadi penjamin kepada mana-mana individu yang tidak bertanggung jawab.

Sekiranya anda berada dalam situasi seperti berikut, disarankan untuk memeriksa status bankrap anda kerana bimbang mungkin anda telah jatuh ke dalam kancah ini. 

Definisi Bankrap Dan Muflis

muflis
Imej via [azhan]

Bankrap atau muflis biasanya merujuk kepada proses di mana seorang penghutang diisytiharkan bankrap atau muflis dengan perintah Mahkamah. Akta Kemuflisan terkini telah berkuat kuasa sejak 6 Oktober 2017 yang lalu.

Tahukah anda bahawa terdapat perubahan undang-undang kebankrapan di Malaysia yang digubal pada masa kini? Untuk pengetahuan anda, seorang individu boleh diisytiharkan bankrap atau muflis sekiranya mempunyai hutang sebanyak RM50,000 atau lebih pada masa kini.

Jika sudah diisytiharkan bankrap, maka kesemua harta milik individu bankrap akan diserahkan kepada Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM). Pihak JIM bertanggungjawab untuk mentadbir, menghasilkan dan menjual semua harta tersebut untuk menyelesaikan hutang yang ditanggung oleh individu yang bergelar bankrap atau muflis ini.

Hasil penjualan harta tersebut akan diagihkan kepada pemiutang yang mengemukakan bukti hutang sekiranya berlaku status bankrap terhadap individu terbabit.

Jadi, bagaimanakah cara untuk semak status bankrap secara online? Jom kami sediakan cara semak status bankrap atau kemuflisan secara online boleh anda ikuti.

Cara Semak Status Bankrap Online

Terdapat beberapa cara untuk mengetahui sama ada anda telah diisytihar sebagai bankrap atau tidak iaitu dengan membuat semakan secara online di beberapa laman web seperti berikut.

cara semak status muflis
Imej via [jobcari]

1. Membuat Semakan Di Laman Web E-Insolvensi

Portal e-Insolvensi merupakan satu modul perkhidmatan yang terkandung di dalam Sistem. Insolvensi Bersepadu yang merupakan sistem pentadbiran bagi Jabatan Insolvensi

Malaysia atau JIM. Portal ini dibangunkan bertujuan menyediakan perkhidmatan carian status kebankrapan individu, perkhidmatan carian status penggulungan syarikat dan banyak lagi maklumat yang boleh didapati menerusinya.

  • Pertama sekali, untuk menggunakan aplikasi e-insolvensi, anda harus mendaftar terlebih dahulu di https://e-insolvensi.mdi.gov.my/ dan klik pada ‘ruangan daftar baru’.
  • Kemudian, lengkapkan borang maklumat yang dipaparkan dan sila pastikan maklumat yang diisi adalah lengkap. Kemudian, klik pada butang ‘hantar’.
  • Selepas itu, log masuk semula ke laman web e-insolvensi menggunakan ID Pengguna dan Kata laluan yang anda buat tadi dan klik pada butang ‘login’. Jadi, apabila telah berjaya masuk ke laman utama, maka anda akan melihat pelbagai pilihan perkhidmatan yang anda mahukan.
  • Untuk menyemak status kebankrapan, maka anda perlu memilih ‘Carian Status Kebankrapan Individu’ dan caj yang dikenakan adalah RM10.

Di sini, anda perlu memasukkan nama individu, nombor kad pengenalan baru dan nombor kad pengenalan lama jika ada. Seandainya, anda polis atau tentera, masukkan nombor polis atau tentera. Jika ada pasport, masukkan nombor pasport. Apabila anda sudah mengisi butiran yang diperlukan, klik butang ‘tambah’.

Kemudian, klik ‘teruskan’ dan anda harus membuat proses bayaran sebanyak RM10 seperti yang diperkatakan tadi. Jadi, apabila pembayaran selesai, anda boleh mula klik pada ‘lihat senarai transaksi’ dan pilih pada ruangan ‘Cetak KCR’.

Selepas itu, keputusan akan dipaparkan dengan klik pada ‘Papar’. Di sini anda akan melihat sama ada status anda bankrap ataupun tidak.

2. Membuat Semakan Di Laman MYEG

cara semak muflis online
Imej via [says]

Dengan menggunakan laman web MYEG juga, anda boleh menyemak status bankrap anda secara online. Caranya adalah dengan melayari laman web MYEG di https//www.myeg.com.my/ .

  • Anda perlu mendaftar terlebih dahulu dengan menekan butang ‘sign up’ dan isikan segala maklumat yang diperlukan.
  • Selepas selesai, masukkan nama pengguna dan kata laluan. Kemudian klik pada butang ‘login’. Selepas itu, anda akan melihat paparan utama di laman web MYEG tersebut.
  • Klik pada pilihan ‘Jabatan Insolvensi Malaysia’. Kemudian, klik pada ruangan ‘bankcruptcy status enquiry’ untuk menyemak status bankrap secara individu. Di sini, anda akan melihat paparan untuk mengisi maklumat yang diperlukan seperti nama dan alamat.

Bagi bayaran pula caj sebanyak RM12.12 akan dikenakan selepas semua maklumat diisi dan klik ‘proceed’. Oh, ya, sebelum lupa, jangan ketinggalan untuk memilih ‘online search result only’. Selepas itu, anda akan melihat paparan untuk mengisi nama dan nombor kad pengenalan, dan klik ‘proceed’ apabila semuanya sudah selesai.

Bahagian bayaran pula, pilih mengikut cara bayaran yang anda kehendaki. Apabila bayaran sudah berjaya anda lakukan, maka anda akan menerima keputusan status bankrap anda. 

3. Membuat Semakan Di Laman Web Rilek

cara semak status muflis
Imej via [says]

Pernahkah anda mendengar akan laman sesawang rilek? Ia adalah singkatan kepada Rangkaian Interaktif Laman Elektronik Kerajaan. Laman web ini juga merupakan alternatif lain untuk menyemak status bankrap online anda. Caranya mudah sahaja, terus layari laman web mereka di https://www.rilek.com.my/

Bagi anda yang belum mendaftar, haruslah mendaftar terlebih dahulu di ruangan ‘register’ dan isikan segala maklumat yang diperlukan. Apabila sudah selesai, maka isikan nama dan kata laluan serta klik pada pautan ‘login’.

Jadi, anda akan ke laman utama dan pilih pada JIM. Namun buat masa kini, semakan di laman web ini tidak dapat diakses kerana masih ‘dalam maintenance’.

Kesimpulannya, cara semak status bankrap secara online ini tidaklah susah, malah lebih mudah dilakukan. Anda tidak perlu ke cawangan JIM berhampiran tempat tinggal untuk membuat semakan bankrap. Dengan online, semuanya semudah ABC!

Rujukan

  1. Semak status kebankrapan secara dalam talian di web MYEG https://faizatulnazira.blogspot.com/2016/10/semak-status-kebankrapan-secara-online.html
  2. Semakan Status Bankrap Secara Online https://www.addindeen.com/2019/09/semakan-status-bankrap-secara-online.html
  3. 4 Cara Semak Status Bankrap dan Muflis Secara Online https://aurajutawan.com/semak-status-bankrap-atau-muflis-secara-online.html
Copy

Penulis: rinazul

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.