Langkau ke kandungan
iLabur
Menu

Cara Semak Kelayakan Beli Rumah Secara Online

Imej via Vakilhousing "Gaji saya RM 2000, berapa harga rumah saya layak beli?" "Gaji saya RM 2500, berapa bank dapat bagi untuk pembiayaan perumahan?" Itu…

HartanahKemas kini terakhir: 30 Julai 2018oleh Amir Syahir
Paparan laman web Laporan Kelayakan Pinjaman Perumahan untuk semakan kelayakan beli rumah.

Laporan Kelayakan Pinjaman Perumahan

Semakan kelayakan pinjaman perumahan online

Alat semakan PERCUMA untuk mengetahui kelayakan individu atau bersama, nisbah khidmat hutang, penilaian, dan kelayakan pinjaman maksimum perumahan sehingga 15 bank dalam satu laporan.

Medan Input

Jenis pekerjaan (makan gaji atau bekerja sendiri)Emel

kelayakan membeli rumah

Imej via Vakilhousing

“Gaji saya RM 2000, berapa harga rumah saya layak beli?” “Gaji saya RM 2500, berapa bank dapat bagi untuk pembiayaan perumahan?” Itu ialah antara soalan yang biasa saya terima. Mari saya jelaskan secara ringkas. Secara asasnya pihak bank akan melihat DSR, CCRIS dan CTOS untuk meluluskan pembiayaan perumahan serta aspek-aspek lain. Seterusnya bank akan tengok gaji dan pendapatan anda. Jadi, macam mana nak kira? Tahukah anda, ada satu akses secara PERCUMA untuk anda melalui “Laporan Kelayakan Pinjaman Perumahan” secara online. Laporan ini mengandungi kelayakan individu/bersama nisbah khidmat hutang, penilaian, kelayakan pinjaman maksimum untuk pinjaman perumahan sehingga 15 bank dalam satu laporan. Cara ini dapat membantu dan memperbaiki proses semakan pembiayaaan anda yang sedia ada. Bukan untuk yang bergaji saja, yang bekerja sendiri pun mudah untuk buat semakan. Kepada anda yang sibuk bekerja dan susah untuk “walk-in” ke setiap bank untuk semakan, boleh guna cara ini. Laporan ini dijana menggunakan input terus daripada pihak bank dan perubahan input semasa sentiasa dikemaskini. Anda boleh klik link di SINI. 1. Masuk ke dalam link yang kami berikan di atas. Berikut paparan depan laman web.

muka depan website laporan kelayakan pinjama perumahan

Imej via Facebook

2. Anda boleh pilih makan gaji ataupun bekerja sendiri.

Semak Kelayakan Beli Rumah Secara Online

Imej via Facebook

3. Keputusan

Semak Kelayakan Beli Rumah Secara Online

Imej via Facebook

4. Tekan teruskan untuk melihat laporan 15 bank yang lain. Masukkan emel untuk keputusan penuh.

Semak Kelayakan Beli Rumah Secara Online

Imej via Facebook

5. Laporan yang sampai ke emel kita.

Semak Kelayakan Beli Rumah Secara Online

Imej via Facebook

Semak Kelayakan Beli Rumah Secara Online

Imej via Facebook

Ini mungkin anggaran kasar sahaja. Akan berbeza keputusannya jika anda betul-betul mohon pembiayaan perumahan nanti. Sekurang-kurangnya anda sudah tahu had maksimum kelayakan harga anda boleh beli rumah. Kalau sudah tahu kelayakan, senang lah anda memburu hartanah nanti. Bank  pula takkan tolak permohonan pembiayaan perumahan anda nanti. Kongsikan jika bermanfaat. Simpan untuk rujukan sendiri.