Cara Selesaikan Hutang Dan Teknik Yang Sesuai
Padah bila berhutang dan tak tahu cara selesaikan hutang dengan betul. Akhirnya melingkup dan terpaksa mencari solusi dari bawah. Sabar ya, bunyinya…

Ringkasan Kunci
- Menilai keadaan kewangan sebenar sebelum memilih teknik penyelesaian hutang.
- Teknik Snowball dan Avalanche adalah antara kaedah popular untuk selesaikan hutang.
- Konsolidasi hutang dan teknik pembayaran minimum turut membantu menguruskan hutang.
- Penting untuk mengelakkan hutang baru dan membuat bajet perbelanjaan yang ketat.
- Berunding dengan pemberi pinjaman boleh memberi kelonggaran bayaran hutang.
Padah bila berhutang dan tak tahu cara selesaikan hutang dengan betul. Akhirnya melingkup dan terpaksa mencari solusi dari bawah. Sabar ya, bunyinya sangat sukar, tapi ada caranya. Ada harapan dan penyelesaiannya.
Jom lihat antara cara selesaikan hutang dan teknik yang sesuai buat anda guna. Yang penting, perlu ada usaha, disiplin dan kerja keras. Anda juga boleh memilih cara atau teknik untuk selesaikan hutang mengikut situasi atau keadaan anda.

via bmoney
Menilai Keadaan Kewangan Sebenar
Langkah pertama untuk selesaikan hutang adalah dengan membuat penilaian kewangan yang menyeluruh terhadap hidup anda terdahulu dan sekarang. Ia bukan sahaja hutang-hutang, tetapi pendapatan kini dan kadar faedah hutang, seberapa banyak perlu bayar dan strategi bayar hutang tersebut.
Berikut adalah langkah penilaian kewangan perlu dilakukan:
Senaraikan semua hutang yang anda ada termasuklah pinjaman peribadi, kad kredit, pinjaman rumah dan komitmen lain lagi.
Tentukan berapa yang perlu dibayar setiap bulan dan jumlah yang dikenakan.
Kaji bajet bulanan untuk mengetahui bajet dan kemampuan anda untuk membayarnya.
2. Pilihan Teknik Penyelesaian Hutang
Cara selesaikan hutang boleh dilakukan oleh beberapa teknik yang boleh anda pilih. Anda boleh bermula dengan bayar hutang yang paling kecil jumlahnya dahulu atau faedah yang kecil. Apapun, ada setiap teknik mempunyai kebaikan dan kelemahan yang tersendiri. Ia bergantung kepada jenis hutang dan keadaan kewangan anda.
Teknik Snowball (Salji)
Teknik snowball adalah cara selesaikan hutang yang popular dan jadi pilihan ramai. Dalam pendekatan ini, anda perlu membayar jumlah hutang yang nilainya kecil dahulu.
Setelah selesai bayar hutang kecil, anda akan gunakan wang yang diperuntukkan untuk bayar hutang tersebut untuk membayar hutang yang lebih besar jumlahnya pula. Teknik ini memberi kesan yang positif kerana dapat semangat selepas selesai bayar satu hutang dengan cepat.
Cara Selesaikan Hutang: Teknik Snowball
- Senaraikan hutang dari yang nilai kecil sehinggalah nilai besar.
- Bayar hutang kecil sepenuhnya sambil membayar jumlah minimum hutang yang lebih besar.
- Setelah hutang kecil selesai, pindahkan wang tersebut kepada hutang seterusnya.
Teknik Avalanche (Awan)
Berbeza dengan teknik snowball, Avalanche adalah cara selesaikan hutang yang menekankan pembayaran hutang dekat kaedah bayar hutang paling tinggi nilainya dahulu. Dengan cara ini, anda akan mengurangkan faedah atau interest yang perlu dibayar dalam jangka panjang. Jelas?
Cara Selesaikan Hutang: Teknik Avalanche
- Senaraikan hutang yang mempunyai kadar faedah tertinggi sehingga terendah.
- Fokus pembayaran hutang yang pada faedah tinggi sahaja dulu.
- Setelah hutang pada faedah yang paling tinggi selesai, barulah guna wang seterusnya untuk bayar hutang yang lain pula.
Konsolidasi Hutang
Cara selesaikan hutang seterusnya pula adalah melibatkan penggabungan semua hutang anda menjadi satu pinjaman besar dengan kadar faedah yang lebih rendah. Anda boleh buat satu pembayaran bulanan yang lebih mudah dikendalikan. Teknik bayar hutang ini sesuai jika anda berhadapan dengan pelbagai hutang.
Cara Selesaikan Hutang: Teknik Konsolidasi Hutang
- Semak tawaran pinjaman konsolidasi hutang dari bank atau institusi kewangan.
- Pilih pinjaman konsolidasi yang menawarkan kadar faedah yang lebih rendah.
- Gunakan pinjaman untuk lunaskan semua hutang dan bayar satu pinjaman sahaja.
Teknik Pembayaran Minimum
Jika anda tidak mampu bayar lebih dari jumlah minimum, bayar sahaja jumlah minimum bagi setiap hutang. Walaupun teknik bayar hutang ini tidak cepat kurangkan hutang anda, ia tetap membantu untuk mengelakkan denda dan kegagalan pembayaran.
Cara Selesaikan Hutang: Teknik Pembayaran Minimum
- Senaraikan hutang mengikut kadar faedah atau jumlah.
- Bayar pembayaran minimum untuk setiap hutang.
- Apabila keadaan kewangan bertambah baik, mulakan pembayaran lebih daripada jumlah minimum.

imej liputan
3. Elakkan Hutang Baru
Setelah mulakan usaha selesaikan hutang, sangat penting untuk anda elakkan tambah hutang baru. Mengambil hutang baru akan burukkan lagi keadaan kewangan anda dan memperlahankan proses penyelesaian hutang.
Tips Elak Hutang Baru
- Kurangkan penggunaan kad kredit dan pembelian secara berhutang.
- Pastikan semua perbelanjaan dalam bajet dan tidak melebihi had yang ditetapkan.
- Guna wang tunai atau debit untuk pembelian harian.
4. Buat Bajet Dan Kurangkan Perbelanjaan
Buat bajet bulanan untuk pastikan bajet bulanan anda dipantau dengan teliti. Kurangkan perbelanjaan yang tidak perlu seperti makan di luar atau melanggan aplikasi yang tidak digunakan. Setiap penjimatan ini boleh digunakan untuk mempercepatkan bayar hutang yang lain.
Bagaimana cara buat bajet perbelanjaan?
- Tetapkan had perbelanjaan setiap kategori dalam bajet.
- Kurangkan perbelanjaan yang tidak penting dan lebihkan bayar hutang.
- Cari sumber pendapatan tambahan seperti kerja sambilan atau jual barang yang tidak digunakan.
5. Berunding Dengan Perunding Pinjaman
Jika anda menghadapi kesukaran dalam menyelesaikan hutang, berunding dengan pinjaman adalah langkah bijak perlu anda buat.
Banyak bank atau institusi kewangan bersedia beri kelonggaran seperti menurunkan kadar faedah atau memberi tempoh bayaran yang lebih fleksibel.
Apa Yang Perlu Dibuat Untuk Berunding?
- Hubungi pemberi pinjaman dan jelaskan keadaan kewangan anda.
- Minta mereka struktur semula pembayaran atau tempoh penangguhan.
- Berusaha untuk mendapatkan pelan bayaran yang lebih mampu.

imej via uzone
Apa pun cara selesaikan hutang yang anda pilih dan gunakan untuk teknik-teknik yang dinyatakan, anda perlu ada disiplin dan kesungguhan. Dengan usaha berterusan dan bijak, anda pasti mampu selesaikan hutang dan kembali menguasai kewangan peribadi anda.
Jom baca juga,
Syarikat terbaik di Malaysia untuk perkembangan kerjaya
Rujukan
- Syarikat terbaik di Malaysia untuk perkembangan kerjaya
- Jenis pasif income jangka masa panjang
- Cara atasi blacklist di Malaysia
Maklumat dalam artikel ini disediakan berdasarkan sumber yang boleh dipercayai. Pengguna digalakkan merujuk sumber asal untuk kepastian lanjut.