Ruginya Kalau Tidak Tahu Cara Paling Mudah Menabung Di Maybank2u
Hampir 80% orang tak perasan 3 step mudah menabung dalam Maybank2u ini! Pertama sekali, set berapa anda mahu simpan duit setiap bulan. Kemudian Maybank…

Maybank2u (Flexi Saver Plan-i)
Perbankan Internet / Simpanan Automatik
Platform Maybank2u membolehkan pengguna menyimpan wang secara automatik menggunakan Flexi Saver Plan-i.
Medan Input
Hampir 80% orang tak perasan 3 step mudah menabung dalam Maybank2u ini! Pertama sekali, set berapa anda mahu simpan duit setiap bulan. Kemudian Maybank akan auto tolak duit dari akaun anda. Bila sudah tiba tempoh matang, jumlah duit terkumpul akan masuk semula ke akaun bank anda, bestkan. Contoh sekarang umur anda 22 tahun, anda target pada umur 24 tahun ingin menunaikan umrah menggunakan duit anda sendiri. Maka, -Setiap bulan simpan RM300 -Set masa dalam 24 bulan (2 tahun) -RM300 x 24 = RM7200 Wah! Bayangkan di umur 24 tahun anda sudah ada duit simpanan sebanyak RM7200! Dan Alhamdulillah anda boleh menunaikan umrah di usia muda hasil simpanan 2 tahun lepas. Contoh lain, anda mahu buat simpanan untuk kenduri kahwin iaitu kos RM10000. Jadi boleh start menyimpan dari sekarang dalam tempoh 2-3 tahun. Selain itu, contoh mahu pergi travel ke Korea kos RM3500, anda cuma perlu saving dalam masa 1 tahun saja. Sangat mudahkan bila kita mula menyimpan dari awal. Di bawah ini telah disediakan tutorial bergambar, boleh rujuk untuk anda buat step by step ya. Dan boleh mula rancang simpan duit tujuan untuk apa dan bila. All the best!
Anda ready buat simpanan? Jom click dulu Accounts & Banking

Imej via Facebook
1. Step Pertama : Click button “Go”

Imej via Facebook
2. Step Kedua : Click “Setup Flexi Saver Plan-i”
Kalau tak keluar, call branch Maybank anda.

Imej via Facebook
3. Step Ketiga
- Tenure - pilih berapa lama yang anda nak menyimpan
- Contribution Amount - berapa jumlah yang anda nak simpan, min RM50 dan max RM300
- Purpose of Flexi Saver Plan i - Pilih tujuan kenapa anda nak menyimpan ni, contohnya Holiday, Business dan
- Wedding.
- Effective Date - Tarikh bila anda nak duit ini ditolak terus dari akaun bank anda pada setiap bulan.

Imej via Facebook
4. Step Keempat : Dah siap, click “Continue”.

Imej via Facebook
Anda telah berjaya membuat saving dengan bijak! Sila like dan kongsikan kepada kerabat dan keluarga anda. Semoga perkongsian ini menambahkan ilmu dan bermanfaat untuk kita semua.