Pernah dengar orang yang membuat duit tabungan dengan cara mengasingkan warna wang kertas? Ia mungkin bunyi agak pelik dan susah tetapi ia boleh berlaku. Zaman sekarang ramai orang yang menabung mengikut warna wang. Jika dulu ramai yang menabung duit syiling tetapi sekarang orang mula menabung dengan wang kertas.

Ia bukan satu tugas yang susah tetapi ia juga bukan satu tugas yang senang. Ia memerlukan kesabaran dan perlu konsisten. Selain itu, kekuatan untuk tidak menggunakan duit tabungan juga diperlukan. Jika kita tidak kuat, duit yang disimpan itu akan digunakan untuk benda lain.

Bagi pemula yang baru ingin menabung mengikut warna, ada cara-caranya.  Bagaimana?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai cara-cara menyimpan duit tabung berwarna. Info ini dikongsikan oleh Encik Azizul Azli Ahmad. Encik Azizul bekerja merupakan penulis dan Rumah Buku. Selain itu, Encik Azizul selalu berkongsi tips kewangan dan membeli rumah di laman Facebooknya.

Imej via Facebook

Tabung berwarna

Tabung bewarna ini mudah sebenarnya. Wujudkan tabung berdasarkan warna wang yang anda ingin simpan.  Boleh biru(RM1), hijau (RM5) merah(RM10, jingga(RM20) dan unggu(RM100). Ikut kemampuan kita. Jangan buat semua, kebuluran kita nanti. Jika anda ingin menabung wang hijau sediakan satu tabung, jika anda ingin wang jingga sediakan satu untuknya.

Cara-caranya :

1. Sediakan sebuah bekas kuih raya yang tembus pandang. Boleh dilihat.

2. Tebuk bahagian penutupnya agar wang muat muat masuk dan tak boleh keluar.

3. Lilit penutupnya dengan tape agar tidak boleh dibuka.

4. Tandakan tabung dengan tarikh projek bermula. Genap setahun kita buka.

5. Jelaskan matlamat tabungan ini untuk keluarga, biar mereka sokong usaha kita. Buat diam diam dipejabat juga sempurn.

6. Selamat bermula dan jangan buang masa. Semakin lambat anda bermula semakin kurang wang anda.

*Ikuti 6 langkah ini untuk memulakan tabung berwarna. Ingat, menabung mengikut kemampuan tersendiri bukannya mengikut orang. Mulakan dengan wang kertas hijau iaitu RM5. Cuba setiap kali ada wang kertas RM5 dalam dompet, cepat-cepat masukkan ke dalam tabung sebelum digunakan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Copy

Penulis: aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.