Mungkin ada beranggapan kos sara hidup menyebabkan ada sesetengahnya tidak mampu menabung. Hal ini adalah berpunca daripada tanggapan sesetengah orang bahawa menabung itu hanya ketika ada wang lebih atau memerlukan sejumlah wang yang besar. Sebenarnya ada cara menyimpan duit gaji walaupun gaji anda kecil.
Hakikatnya, inilah kesilapan ramai pihak yang gagal menghayati konsep berdikit-dikit, lama-lama jadi bukit yang telah diterapkan sejak kecil. Pada saat ramai yang mengeluh dan memberikan alasan gaji kecil mahupun sederhana sebagai halangan utama mereka untuk menabung.
Amalkan tabiat menyimpan terlebih dahulu. Biasanya, bila dapat gaji terus simpan 10% daripada gaji. Jangan kacau duit tu dan jangan keluarkan. Kalau boleh, simpan di tempat yang susah korang nak keluarkan seperti Tabung Haji, ASB, unit amanah.
Bajet ataupun perancangan bulanan amat penting bagi mengelakkan duit gaji anda hilang entah ke mana. Dan untuk memastikan korang dapat membayar komitmen bulanan dengan tepat.
Pastikan setiap kali merangka bajet bulanan, ada peruntukan untuk takaful.
Hidup di bawah kemampuan ni bukan bererti anda kena hidup miskin sepanjang masa. Bukan begitu. Ia bererti anda kena meminimumkan perbelanjaan.
Dengan adanya bajet bulanan, anda dapat tahu setakat mana kemampuan anda.
Belanja ikut keperluan. Bukan ikut nafsu dan bukan semata-mata mahu nampak hebat dan mewah di mata orang. Biarlah tak nampak hebat di mata orang pun, janji poket sentiasa penuh.
Jangan jadi hamba kepada barang kemewahan. Tak fikir panjang terus beli walaupun berhutang.
Kita selalu membeli sebab emosi. Bukannya perlu sangat pun barang tu.
Lalu kita cuba cara sebab pembelian tersebut supaya diri kita boleh terima, kononnya dah rasional masa berbelanja.Hakikat, kita selalu beli barang yang kita takkan pakai, jarang pakai dan tidak perlu pun.
Masa mahu beli barang keperluan, buat perbandingan. Ada kedai yang menjual barang yang sama tetapi dengan harga yang lebih murah. Buatlah rekod perbelanjaan yang membolehkan kau monitor perbelanjaan tersebut dengan jelas.
Ada individu yang bergaji sehingga RM25,000 sebulan tetapi masih lagi ‘gagal’ menyimpan selain ada hutang kad kredit mencecah RM400,000.
Semestinya ia bukanlah satu jumlah yang kecil. Agak menyedihkan kerana hal ini berlaku adalah disebabkan oleh sikap segelintir masyarakat yang terlalu gemar menjadikan gaya hidup mewah. Gaya hidup ini sebagai matlamat kepuasan dalam hidup mereka.
Bagi golongan ini, keutamaan memenuhi nafsu kehendak pada masa ini lebih dititikberatkan. Berbanding mengambil peduli akan kepentingan penabungan awal dalam menjamin kesejahteraan masa hadapan yang lebih indah.
Justeru tidak menghairankanlah, apabila beliau melihat trend menyimpan wang dalam kalangan mereka yang berumur antara 20 hingga 60 tahun. Perkara ini adalah sangat kritikal.
Oleh yang demikian selesaikan semua hutang kad kredit supaya anda dapat menabung.
Jangan takut miskin jika kita menderma. Mendermalah pada mereka yang memerlukan. Sekali-sekala, belanjalah kawan makan atau bagi hadiah hari jadi.
Duit pada mak ayah jangan lupa. Bagi ikut kemampuan diri-sendiri. Belanja la adik-beradik makan bila dah dapat gaji tu. Membahagiakan keluarga sendiri dan orang tersayang itu lebih utama. Lagi murah rezeki kita.
Rezeki ni bukan duit sahaja. Ia wujud dalam pelbagai cara seperti cepat naik pangkat ataupun tiap bulan dapat makan percuma. Tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima.
Jangan tunggu kaya dulu baru nak derma. Kita pun tak tau bila nak kaya. Takutnya, ajal dulu sebelum kaya. Tak sempat nak derma. Rugi kan. Ingat, dalam gaji kita ada rezeki orang lain.