Ingin tahu cara menguruskan wang dengan bijak? Pengurusan wang yang bijak bukan sahaja akan membuatkan hidup anda bebas stress akibat masalah kewangan. Dalam masa yang sama, ia juga akan memberikan jaminan bahawa anda mempunyai simpanana untuk digunakan pada hari tua dan semasa kecemasan. Jom kami ingin kongsikan cara menguruskan wang dengan cara bijak yang terbukti berkesan.
Langkah pertama untuk menguruskan wang dengan bijak ialah dengan cara mengenal pasti berapakah jumlah gai bersih yang anda terima setiap bulan. Gaji bersih bermaksud jumlah wang yang dimasukkan ke dalam akaun anda setiap bulan oleh majikan setelah semua tolakan wajib ditolak dari gaji kasar anda. Jika anda mempunyai pekerjaan sampingan, masukkan juga pendapatan tersebut sebagai gaji bersih anda. Dengan mengetahui berapakah gaji bersih anda setiap bulan, ia adalah langkah pertama anda untuk merancang perbelanjaan bulanan dan tahunan.
Seterusnya, anda boleh pergi ke langkah seterusnya iaitu catatkan setiap wang yang dibelanjakan setiap bulan. Kenal pasti jutga hutang yang wajib dibayar setiap bulan. Dengan mencatat semua perbelanjaan dan bayaran hutang, anda boleh lihat sendiri ke mana duit anda pergi. Bahagian mana yang menelan belanja paling besar, apa yang paling penting, anda akan sedar perbelanjaan manakah yang boleh dikurangkan dan bukan keperluan.
Seorang yang berbelanja secara bijak akan memastikan dia mengasingkan sejumlah wang sebagai simpanan sebelum berbelanja. Jika anda seorang yang tidak berdisiplin untuk menyimpan duit, nasihat kami ialah paksa diri untuk menyimpan secara wajib setiap kali gaji anda masuk. Bergantung kepada kemampuan anda, sebaik sahaja gaji masuk, terus simpan jumlah tersebut di tabung simpananan.
Seorang individu yang bijak menguruskan wang pastinya akan mempunyai belanjawan bulanan dan tahunan yang akan menjadi pegangan semasa berbelanja. Jika anda baru mula menyediakan belanjawan bulanan, anda boleh download aplikasi belanjawan yang akan memudahkan anda. Cuma isi sahaja maklumat yang berkaitan. Selain belanjawan bulanan, belajawan tahunan juga adalah tidka kurang pentingnya. Dengan memiliki belanjawan bulanan dan belanjawan tahunan yang diikuti dengan disiplin, kewangan anda akan stabil.
Adalah sangat penting untuk anda pandai membezakan di antara keperluan dan kehendak semasa berbelanja. Katakana anda sedang lapar. Adakah makan di hotel lima bintang adalah kehendak atau keperluan? Jika anda boleh kenyang dengan makan di restoran biasa, kenapa anda makan di hotel yang mahal sedangkan kedua-duanya akan mengenyangkan anda. Jika anda boleh berjalan dengan selesa dengan memakai kasut berharga RM60.00, kenapa bazirkan duit untuk membeli kasut berjenama dengan harga RM500.00 semata-mata untuk kelihatan bergaya?
Jadikan berbelanja mengikut kemampuan sebagai amalan. Jangan berbelanja mengikut nafsu kerana ia akan menjadi punca anda kesempitan di tengah bulan semasa lama lagi untuk menunggu gaji seterusnya. Jika anda hanya mampu memakai kereta dengan bayaran bulanan RM500.00, jangan pakai kereta dengan bayaran ansuran RM1000.00 kerana ia akan membebankan diri anda. Belum lagi termasuk duit minyak, tol, parking, dan bengkel.
Jadikan langsaikan hutang dengan secepat mungkin sebagai salah satu target utama dalam hidup anda. Jika anda merasakan bahawa pendapatan bulanan anda Cuma cukup-cukup makan, apa kata mulakan dengan melangsaikan hutang yang paling kecil. Sebaik sahaja anda langsaikan hutang paling kecil, perasaan seronok yang anda rasa akan menjadi dorongan untuk anda melangsaikan hutang lain dan akhirnya hidup secara bebas hutang.
Inginkan hidup bahagia tanpa masalah kewangan? Nasihat kami ialah disiplinkan diri agar tidak membuat hutang jahat yang baru. Elakkan daripada menambah hutang kecuali terpaksa. Jika kereta anda masih elok dan mampu berjalan jauh dengan selesa, jangan beli kereta baru semata-mata kerana anda berkenan dengan kereta model baru di pasaran dan sudah jemu dengan kereta yang ada. Jika telefon bimbit anda masih elok, tak usah bertukar kepada model terbaru di pasaran semata-mata untuk kelihatan bergaya dan trendy.
Cara menguruskan wang secara bijak yang seterusnya ialah lindungi diri anda daripada terikut-ikut dengam trend terkini dan viral yang memerlukan anda berbelanja dengan banyak. Anak-anak muda pada hari ini agak mudah untuk terjebak dengan trend terkini seperti makan di restoran instagramable yang mahal dan melancong ke tempat yang mewah agar kelihatan bergaya di media sosial. Trend sebegini akan memakan diri sendiri walau pun anda mempunyai pendapatan yang tinggi.
Adalah sangat penting untuk anda mempunyai perancangan kewangan masa depan. Ia adalah target anda dalam hidup. Di antara perkara yang perlu dimasukkan di dalam perancangan kewangan anda ialah:
Itulah dia info tentang cara menguruskan wang dengan bijak yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang: