Cara yang terbaik dalam membuat keputusan untuk melabur adalah membuat pelaburan dalam ASBF. Hal ini kerana ASBF adalah tempat pelaburan yang dipercayai dan dijamin selamat. Sesiapa juga boleh membuat pelaburan di ASBF.

Pelaburan dalam ASBF dapat memberi keuntungan kepada pihak pelabur dalam masa yang ditentukan. Pembayaran tiap-tiap bulan perlu konsisten selama masa yang dijanjikan. Makin banyak wang yang dilaburkan, semakin banyak keuntungan yang diperolehi.

Tetapi ada cara yang mudah untuk memaksimumkan keuntungan dalam pelaburan ASBF. Bagaimana?

Mari kami kongsikan kepada anda info sebenar mengenai cara untuk memaksimumkan pelaburan dalam ASBF. Info ini dikongsikan oleh Encik Afyan Mat Rawi. Beliau merupakan Consultant di INFAQ Consultancy dan Islamic Financial Planner (IFP). Beliau juga gemar berkongsikan tips mengenai kewangan di laman Facebook nya.

Imej via afyan.com

Cara memaksimumkan keuntungan dalam pelaburan ASBF

Cara untuk untung memaksimumkan keuntungan dalam pelaburan ASBF (ASB Financing);

  • Maksimumkan tempoh financing, secara automatik akan meminimumkan bayaran installment bulanan.
  • Maksimumkan jumlah pembiayaan sehingga RM200,000.
  • Minimumkan profit financing. Lagi minimum lagi bagus.
  • Bayar sepanjang tempoh pembiayaan supaya keuntungan dan pokok turut terkompoun.
  • Jangan langgan takaful untuk cover financing supaya dapat kurangkan kos dan installment.

Kelebihan ASBF

  • Permulaan pelaburan tak perlu modal besar.
  • Leverage sebab guna duit bank yakni OPM / Others People Money.

Kekurangan & Kelemahan ASBF

  • Ada limit sebagaimana limit ASB 200,000 seorang. Bermakna, banyak duit macamana pun seseorang tetap mempunyai had maksima dalam membuat pelaburan melalui ASBF
  • Akan memberi kesan dalam DSR seseorang. Bermakna, bayaran bulanan ke atas ASBF akan diambil kira dalam kiraan hutang berbanding bayaran bulanan ASB tanpa financing.

PERHATIAN PENTING

  • ASBF adalah pelaburan yang mempunyai potensi keuntungan dan risiko kerugian.
  • ROI ASBF akan dilihat besar tapi perlu dibandingkan dengan CAGR (Compounded Annual Growth Return) untuk membandingkan dengan ASB tanpa financing.
  • Membandingkan pulangan ASB tanpa financing dengan ASB Financing perlu dibuat apple-to-apple supaya perbandingan itu adil untuk membuat keputusan tepat.
  • Naik turun BFR akan memberi kesan kepada ASBF.
  • PASTIKAN ASBF patuh syariah supaya dapat memaksimumkan keuntungan ASBF di dunia hingga ke akhirat.

*Selepas ketahui cara untuk memaksimumkan keuntungan dalam ASBF, bolehlah cuba cara ini. Apa yang penting perlu konsisten membuat pembayaran tiap-tiap bulan tanpa putus. Cara ini dapat membuatkan wang dalam ASBF bertambah. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.