Apabila hutang bertambah, komitmen makin besar, emosi pun dah jadi tak menentu. Lebih stress pula rasa. Sebab itu, penting untuk tahu cara kurangkan hutang dan menguruskan komitmen bulanan dengan lebih bijak.

Tapi bagaimana nak kurangkan hutang dan komitmen bulanan? Jangan risau, jom lihat panduan praktikal dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencapai matlamat kewangan anda.

cara kurangkan hutang
via [smart]

1. Kenal Pasti Semua Hutang Anda

Cara kurangkan hutang yang pertama adalah anda perlu kenal pasti dahulu berapa sebenarnya jumlah hutang anda. Senaraikan semua jenis hutang, seperti:

  • Kad kredit.
  • Pinjaman peribadi.
  • Pinjaman kereta.
  • Pinjaman rumah.

Setiap senarai harus merangkumi jumlah baki hutang, kadar faedah, dan tempoh pembayaran. Ini membantu anda mengenal pasti hutang mana yang memerlukan tindakan segera. Anda perlu bertindak segera dengan lebih agresif dan berbaloi.

2. Utamakan Hutang dengan Faedah Tinggi

Hutang dengan kadar faedah tinggi, seperti kad kredit, harus menjadi keutamaan untuk diselesaikan. Gunakan kaedah bayar hutang seperti berikut.

  • Kaedah Snowball: Bayar hutang kecil dahulu untuk membina momentum.
  • Kaedah Avalanche: Fokus kepada hutang dengan faedah tertinggi untuk mengurangkan kos keseluruhan.

3. Runding Semula Pembayaran Hutang

Jika anda sukar memenuhi pembayaran bulanan, hubungi institusi kewangan untuk berunding semula. Antara rundingan yang merupakan cara kurangkan hutang yang boleh anda lakukan adalah,

  • Memohon Penjadualan Semula Hutang: Contohnya, melanjutkan tempoh pembayaran.
  • Meminta Pengurangan Kadar Faedah: Sesetengah bank menawarkan kadar faedah lebih rendah jika anda menunjukkan kesungguhan membayar.

4. Gabungkan Hutang Anda (Debt Consolidation)

Penyatuan hutang adalah cara untuk menggabungkan semua hutang menjadi satu pinjaman dengan kadar faedah yang lebih rendah.

Dengan cara ini, anda hanya perlu membuat satu pembayaran bulanan yang lebih mudah diurus. Anda boleh pilih ikut kesesuaian keadaan anda.

5. Cara Kurangkan Hutang Dan Perbelanjaan Bulanan

Untuk membayar hutang dengan lebih cepat, anda perlu menjimatkan perbelanjaan. Beberapa cara mudah termasuklah,

  • Potong langganan yang tidak penting, seperti penstriman.
  • Kurangkan makan di luar.
  • Gunakan pengangkutan awam untuk menjimatkan kos bahan api.

Dengan menggunakan cara penjimatan seperti ini, anda boleh salurkan wang yang dijimatkan untuk membayar hutang.

Penting juga untuk anda jangan terpengaruh dengan gaya hidup orang lain yang sering berbelanja besar. Fokus kepada kewangan anda sendiri dan buat keputusan berdasarkan kemampuan anda.

6. Tambah Pendapatan Sampingan

Menambah pendapatan adalah cara terbaik untuk mempercepatkan proses mengurangkan hutang. Beberapa pilihan jana pendapatan sampingan adalah seperti berikut:

  • Kerja sambilan seperti penghantaran makanan.
  • Menjual barang terpakai atau barangan handmade.
  • Menawarkan perkhidmatan freelance seperti menulis atau reka bentuk.
  • Menjual produk tanpa menyimpan stok sendiri.
  • Menjual produk mengguna platform seperti Shopify atau WooCommerce.
  • Ajar mata pelajaran sekolah, bahasa, atau kemahiran tertentu di platform seperti Preply, iTalki, atau Tutor.com.
  • Buat duit dengan YouTube atau Podcasting dengan berkongsi pengetahuan, cerita, atau tutorial.
  • Tulis blog dan jana pendapatan melalui iklan atau affiliate marketing.
  • Fotografi dan videografi dan menjual gambar di platform seperti Shutterstock atau Adobe Stock.

7. Guna Wang Bonus Atau Duit Lebihan

Anda boleh gunakan sebarang wang bonus, dividen, atau wang lebihan untuk membayar hutang. Ini akan mengurangkan baki hutang dengan lebih cepat tanpa menjejaskan aliran tunai harian anda. Sebab itu, buat banyak pendapatan adalah terbaik untuk anda yang mempunyai komitmen bulanan yang tinggi.

8. Elak Tambah Hutang Baru

Nak berjaya kurangkan hutang, elakkan berhutang semula. Sebelum membuat pembelian besar, fikirkan sama ada ia benar-benar diperlukan dan cari alternatif yang lebih murah.

Jika tak boleh disiplin dalam menolak hutang, maka sampai bila pun komitmen anda besar dan anda takkan berjaya hapuskan hutang piutang yang ada.

9. Dapatkan Khidmat Nasihat Kewangan

Jika anda tidak pasti bagaimana untuk mengurus hutang dengan berkesan, dapatkan bantuan daripada penasihat kewangan bertauliah. Mereka boleh membantu anda merancang strategi pembayaran yang sesuai dengan situasi kewangan anda.

10. Urus Penggunaan Kad Kredit

Gunakan kad kredit hanya untuk pembelian penting dan pastikan bayaran dibuat sepenuhnya setiap bulan untuk mengelakkan faedah yang tinggi. Hindari dari menggunakan kad kredit untuk perbelanjaan harian, sebaliknya simpan untuk kecemasan atau perkara yang lebih penting.

cara kurangkan hutang
via [ mykmu]

Ikut Cara Kurangkan Hutang Dan Komitmen!

Mengurangkan hutang memerlukan disiplin, perancangan, dan tindakan yang konsisten. Dengan mengamalkan cara kurangkan hutang seperti di atas, anda boleh mencapai kebebasan kewangan dan dapat mengurangkan tekanan kewangan dalam jangka masa panjang.

Ia tidak sukar seperti yang dibayangkan. Anda perlu tambah pendapatan dan urus duit dengan cara yang betul.

Jadi, jom mulakan sekarang dan jadikan pengurusan hutang sebagai keutamaan dalam hidup anda. Semoga artikel ini bermanfaat dan dapat selesaikan masalah anda.

Jom baca juga,

Senarai penyakit boleh claim SOCSO

Cara urus kewangan sebelum raya

Cara claim insuran kereta sebab banjir

Copy

Penulis: rinazul

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.