Bila hujung tahun dan nak masuk tahun baru, perkara yang disukai oleh pelabur-pelabur adalah tentang jumlah dividen ASB yang akan diperolehi. Simpanan ASB boleh dikatakan agak lumayan juga jumlah yang diterima berbanding simpanan instrumen lain.
Nak tahu cara kira dividen ASB 2017 dibuat?
Selamat menghadam artikel daripada Tuan Amir Syahir cara perkiraan dividen ASB 2017 beserta bonus.
Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan dividen 7.00 sen sesaham, beserta bonus 0.25 sen sesaham dan ‘bonus istimewa ulang tahun’ sebanyak 1.00 sen sesaham bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB).
Alhamdulillah dividen ASB 2017 cecah 7% + 0.25% bonus + 1% bonus khas. Syukur. Siapa kata dividen ASB tak naik-naik dah. Siapa kata asyik turun je.
Tahniah kepada pelabur. Yang buat pembiayaan ASB sedap la.
Baki Minimum Bulanan (BMB) adalah merujuk kepada baki yang terendah di antara 1 haribulan hingga hujung bulan bagi setiap bulan.
Formula pengagihan pendapatan di atas boleh diringkaskan seperti berikut:
Jumlah *BMB dari bulan Januari 2017 hingga Disember 2017 / 12 bulan X KADAR DIVIDEN (7%)
Jika buat pembiayaan ASB (ASBF) bermula Januari 2017.
ASBF x Kadar Dividen(7%) X 12/12
Contoh : RM50K X 7% = RM3500
Dulu, pengiraan bonus adalah berdasarkan kepada purata baki terendah bulanan untuk jangka masa 10 tahun ataupun 120 bulan terdahulu. Sekarang dah untuk jangka masa 12 bulan dah. Sama macam perkiraan dividen. Lagi masyukk tak perlu bahagi 120 bulan dah.
Formula seperti berikut:
Jumlah *BMB dari bulan Januari 2017 hingga Disember 2017 / 12 bulan X KADAR BONUS (0.25%)
Jika buat pembiayaan ASB (ASBF) bermula Januari 2017 ;
ASBF x Kadar Bonus (0.25%) × 12/12
Contoh : RM50K X 0.25% X 12/12 = RM125
Untuk baki sehingga 10,000 unit. Maksudnya maksimum bonus dikira sehingga 10,000 unit pertama sahaja. Korang ada ASBF RM50K tapi dikira RM10K sahaja. 1 Mac 2018 baru dapat ye.
Formula seperti berikut:
Jumlah *BMB dari bulan Januari 2017 hingga Disember 2017 / 12 bulan X KADAR BONUS KHAS (1%)
Kalau lebih RM10,000 ataupun korang buat pembiayan ASB atas RM10,000 terus jadi;
RM10,000X 1%= RM100
Jika korang buat ASBF tahun ni. Senang kira macam ni. Contohnya ASBF RM200K.
Dividen & Bonus ASB 2017
= ASBF x (Dividen + Bonus) × 12/12
= RM200,000 × 7.25/100 × 12/12
= RM14,500
Bonus Khas Ulang Tahun ASB
= 10,000 unit pertama (tunai/sijil ASBF) x 1.00%
= RM10,000 x 1/100 × 12/12
= RM100
Pengiraan Dividen ASB dan bonus adalah bersifat “Pro Rata Bulanan”. Maksudnya jika korang baru buat ASBF 8 bulan setakat tahun 2017 ini, maka kena guna (8/12) dan bukannya (12/12). 12 ni adalah 12 bulan.
Jelas? Dividen berdasarkan baki terendah bulanan dalam ASB kau tu.
Mana lagi untung jika baki terendah bulanan kau ada RM50K banding dengan kau simpan RM263 tiap bulan. Tapi tiap bulan komitmen sama saja RM263. Kalau lambat masuk dalam ASB kira bulan depan ye.
Jom buat ASBF.