Bagi para pesara, menjana pendapatan pada usia tua juga dapat menampung keperluan harian dan dapat mengisi masa lapang dengan lebih bermakna. Dapatlah buat duit lebih dan jana ekonomi diri dan keluarga.
Nak harap pada simpanan sahaja, lebih baik ada lagi kemasukan wang yang berterusan kan? Usaha ini sangat relevan, walaupun telah mencapai usia persaraan. Jom lihat beberapa cara jana pendapatan bagi pesara yang sesuai dengan keadaan fizikal serta minat individu.
Dalam usia muda, kita sudah menambah pelbagai jenis aset. Jadi, bagi pesara yang memiliki aset seperti rumah, bilik tambahan atau kenderaan boleh menjana pendapatan pasif melalui penyewaan. Ini adalah antara cara paling mudah untuk mendapatkan pendapatan tanpa perlu banyak usaha.
Jika ada rumah atau bilik kosong, anda boleh sewakannya melalui platform seperti Airbnb atau kepada penyewa tetap. Jika ada kenderaan pula, anda boleh gunakan platform seperti TREVO untuk menyewakan kenderaan kepada pengguna lain.
Dengan cara jana pendapatan bagi pesara ini, anda boleh mendapat pendapatan pasif yang konsisten tanpa memerlukan modal tambahan. Anda sudah boleh mula pastikan aset dalam keadaan baik dan menarik minat penyewa.
Pelaburan adalah pilihan terbaik bagi pesara yang ingin menambah pendapatan secara pasif. Fokus kepada instrumen kewangan berisiko rendah untuk mengelakkan kerugian besar.
Ini adalah cara jana pendapatan bagi pesara untuk mendapatkan pulangan yang konsisten tanpa risiko besar. Apapun, cabarannya pulangan mungkin lebih rendah berbanding pelaburan yang berisiko tinggi.
Memulakan perniagaan kecil adalah cara jana pendapatan tambahan untuk pesara yang ingin aktif dan memanfaatkan masa lapang. Mulakan perniagaan berdasarkan minat atau kemahiran sedia ada adalah sangat penting.
Dengan menjalankan perniagaan, anda akan dapat fleksibiliti dari segi masa dan berpeluang untuk menambah pendapatan. Untuk permulaan, ia memerlukan usaha awal bagi pemasaran dan menarik pelanggan.
Pengalaman kerja selama bertahun-tahun boleh dimanfaatkan dengan menjadi konsultan atau mentor. Pesara boleh menawarkan khidmat ini secara freelance atau bekerjasama dengan agensi tertentu.
Jika anda mempunyai bidang kepakaran yang tersendiri, anda boleh berikan konsultasi dalam bidang kewangan, perniagaan, atau kejuruteraan. Anda juga boleh menjalankan program bimbingan dan menjadi mentor kepada generasi muda yang memerlukan nasihat profesional.
Bagi servis mentoring ini, tidak perlukan modal dan anda juga akan lebih puas hati. Namun, untuk bermula, anda perlu bina reputasi dan ada kepercayaan dalam pasaran. Perlu tunjuk kepakaran dan buat orang kenal.
Pesara yang memiliki kemahiran khusus boleh menjana pendapatan dengan mengajar atau menawarkan latihan kepada orang lain. Cara jana pendapatan ini mudah, anda boleh ajar subjek tertentu kepada pelajar sekolah atau universiti. Juga anda boleh menawarkan kelas seperti memasak, menjahit, berkebun, atau muzik mengikut kepakaran anda.
Sambil tu, dapatlah anda berkongsi ilmu, masa pun fleksibel. Bagi pesara yang betul berminat, anda cuma perlu cari pelajar atau peserta untuk anda mula mengajar.
Bagi pesara yang gemar menulis, cara jana pendapatan ini adalah cara kreatif dan membolehkan anda berkongsi pengalaman, hobi, atau ilmu melalui platform digital.
Contoh jika anda menulis blog, anda boleh hasilkan blog berkaitan topik seperti kehidupan selepas bersara, pelancongan, atau kewangan. Selain itu, anda boleh menulis E-book dan menjual di platform seperti Amazon Kindle.
Kerja penulisan ini boleh dilakukan dari rumah dengan kos rendah. Pada permulaan, ia memerlukan masa untuk membina pembaca dan pendapatan pasif.
Ekonomi gig menawarkan peluang fleksibel kepada pesara untuk menjana pendapatan tambahan. Anda boleh memilih pekerjaan yang sesuai dengan masa dan kemampuan anda.
Sebagai contoh, jadi pemandu e-Hailing dengan menyertai platform seperti Grab atau inDriver. Bukan itu sahaja, jika anda berminat jadi freelance, anda boleh menawarkan perkhidmatan seperti menulis, reka bentuk grafik, atau terjemahan melalui platform Fiverr atau Upwork.
Bagi pesara yang komited dan ingin pendapatan pasif dan aktif, program affiliate adalah yang terbaik. Ia adalah peluang untuk menjana pendapatan tanpa perlu menyimpan stok atau menyediakan perkhidmatan.
Anda hanya perlu mempromosikan produk. Contohnya, sertai Shopee Affiliate atau Lazada Affiliate dan Kongsi pautan produk di media sosial dan dapatkan komisen daripada pembelian. Mudah bukan?
Walaupun dah bersara, siapa kata tak boleh jana pendapatan? Banyak cara buat duit yang anda boleh lakukan. Sudah pasti ia perlukan proses dan perlu belajar.
Ada yang baru bermula dan berjinak-jinak dengan cara buat duit ini, tetapi tak perlu bimbang. Selagi anda komited dan tahu strategi yang betul. Ia pasti menjadi! Mulakan dari sekarang, masih belum terlambat.
Jom baca artikel lain di bawah:
Tips beli kereta lelong wajib buat!