Mencari informasi cara daftar Luno untuk beli Bitcoin? Terlebih dahulu, apa itu yang dimaksudkan dengan Bitcoin? Bitcoin merupakan matawang maya atau digital yang dikategorikan sebagai kriptowang (cryptocurrency). Bitcoin ialah wang dalam bentuk dalam talian yang boleh digunakan untuk membeli barangan dan perkhidmatan terutamanya perniagaan dalam talian.

Setiap ‘duit’ Bitcoin ini sebenarnya sebuah fail komputer yang disimpan di dalam aplikasi dompet digital telefon pintar atau komputer. Sebagaimana transaksi kewangan dalam talian yang lain, kita boleh menghantar dan menerima Bitcoin antara satu sama lain. Setiap transaksi ini direkodkan dalam senarai awam yang dipanggil ‘blackchain.’

Imej via ilabur

Terdapat 3 cara untuk mendapatkan Bitcoin iaitu:

  • Beli Bitcoin menggunakan duit anda.
  • Jual sesuatu barangan dan terima Bitcoin sebagai transaksi pembayaran.
  • Dihasilkan menggunakan komputer.

Penggunaan Bitcoin sebagai matawang untuk transaksi pembelian dan jualan ini semakin popular apabila Elon Musk, orang terkaya di dunia yang berpengaruh mengeluarkan kenyataan berkenaan Bitcoin dan menyatakan sokongannya terhadap Bitcoin. Sehingga kini, nilai 1 Bitcoin boleh mencecah menyamai RM200 000.

Maka, pembelian Bitcoin semakin menjadi kegilaan orang ramai terutamanya mereka yang berminat dengan pelaburan. Pembelian Bitcoin boleh dilakukan dengan pelbagai cara dan melalui pelbagai platform. Namun, pemilihan platform yang tepat perlu diambil kira supaya tidak tersilap langkah menggunakan platform atau cara yang merugikan kita atau lebih teruk, merupakan scam.

Artikel ini pula akan membincangkan dengan lebih lanjut tentang cara membeli Bitcoin menggunakan akaun Luno.

Apa Itu Luno?

Luno ialah salah satu platform perdagangan aset digital khususnya untuk urusan kriptowang yang beroperasi di Malaysia bagi tujuan penduduk negara kita. Pada 7 Julai 2020, Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah memutuskan bahawa perdagangan aset digital ini dibenarkan. Jadi, anda tidak perlu was-was dengan hukum penggunaan dan transaski kriptowang di Luno ini. Selain Luno, platform lain yang turut diakui sah oleh Penasihat Syariah tersebut ialah Sinergy dan Tokernize.

Cara Daftar Luno untuk Beli Bitcoin

1. Pertama sekali, jika anda menggunakan telefon pintar, anda perlu memuat turun aplikasi Luno ini di Google Play (Android) atau Apple Store (iPhone).

Jika anda menggunakan PC atau komputer riba, laman web yang perlu anda kunjungi ialah https://www.luno.com/en/my Bagi pendaftaran akaun perlu, anda digalakkan untuk menggunakan aplikasi telefon pintar bagi memudahkan urusan pendaftaran tersebut. Klik sini untuk DAFTAR

2. Kemudian, anda akan melihat dua pilihan masuk iaitu Sign in (bagi mereka yang sudah mempunyai akaun semasa) atau Sign Up (untuk pendaftaran baru).

Bagi mendaftar akaun baru, anda boleh terus mendaftar menggunakan akaun Google atau akaun Facebook yang sedia ada dalam aplikasi anda. Anda juga boleh mendaftar baru dengan memasukkan alamat e-mel yang aktif beserta kata laluan.

Selepas itu, anda akan diberi pilihan untuk menerima hebahan secara berkala melalui e-mel atau abaikan jika anda tidak mahu menerima hebahan tersebut.

Seterusnya, anda perlu mengesahkan pendaftaran anda menerusi pesanan e-mel yang dihantar Luno di dalam kotak e-mel anda.

Setelah klik pengesahan e-mel dilakukan, anda perlu mencipta 4-kod nombor pin sebagai langkah keselamatan untuk urusan log masuk dan apa-apa transaksi pada masa akan datang.

3. Langkah seterusnya ialah anda perlu mendaftarkan nombor telefon yang aktif bagi tujuan keselamatan dengan memasukkan 4 digit kod sms yang diterima selepas mendaftarkan nombor telefon anda. Bagi mereka yang mendaftar menggunakan PC, langkah ini dilihat sebagai langkah terakhir, tetapi untuk anda mula membeli Bitcoin, anda perlu mengemas kini Profil anda untuk langkah berikut seperti mengisi maklumat peribadi dan pengesahan identiti.

4. Jika anda mendaftar menggunakan aplikasi telefon pintar, adalah lebih mudah kerana anda akan terus diminta untuk mengemas kini profil peribadi anda (anda perlu mengisi beberapa maklumat peribadi seperi alamat rumah, pekerjaan, pendapatan dan sebagainya).

5. Akhir sekali, anda akan diminta untuk mengesahkan identiti anda dengan memuat naik dokumen peribadi seperti kad pengenalan atau lessen memandu. Selepas itu, anda perlu memuat naik gambar selfie anda.

Langkah ini amat penting supaya pihak Luno dapat memproses dan menerima pendaftaran anda dengan cepat. Langkah ini juga wajib dilakukan jika anda mahu melakukan transaksi deposit pemindahan wang dari dompet Bitcoin ke dalam akaun bank anda. Jika anda menggunakan PC untuk mendaftar akaun Luno, pastikan anda sudah mempunyai gambar-gambar yang diperlukan tersebut di dalam PC anda.

6. Proses pendaftaran yang berjaya mengambil masa beberapa hari dan anda akan diberikan e-mel makluman berkenaan pendaftaran akaun Luno anda yang sudah berjaya.

Selepas lengkap proses pendaftaran, anda boleh mula melakukan transaksi berkaitan Bitcoin di platform Luno ini.

Kelebihan Luno untuk Beli Bitcoin

  • Hukum penggunaannya yang sah di sisi Islam.
  • Diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia.
  • Dipantau oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
  • Membeli dan menerima Bitcoin dalam kadar tukaran Ringgit Malaysia
  • Penyimpanan dan penghantaran Bitcoin yang selamat dan terjamin dengan sistem keselamatan yang terbaik.
  • Digunakan hampir 8 juta pengguna di seluruh dunia di 40 buah negara.
  • Berjaya menguruskan transaksi hampir 21 bilion USD dengan lancar sejak ditubuhkan pada tahun 2013.
  • Transaksi boleh digunakan pada bila-bila masa, 24 jam.
  • Penggunaan yang mudah dan mesra pengguna.
  • Pautan terus dengan FPX (akaun bank anda) untuk memudahkan urusan membeli atau menerima wang ke dalam akaun bank peribadi.
  • Platform ‘orang tengah’ yang menjadikan transaksi pembelian atau penukaran Bitcoin ke dalam akaun bank yang paling cepat dan mudah.
  • Analisis pelaburan dan trend nilai matawang Bitcoin yang jelas dan mudah difahami halaman Luno.
  • Kemas kini nilai semasa Bitcoin yang terkini.
  • Jika anda rekemen rakan anda untuk mendaftar Bitcoin menggunakan pautan anda, anda akan diberikan RM25 oleh Luno!
  • Klik sini untuk DAFTAR

Semoga bermanfaat!

Copy

Penulis: Jefri Yusof

Berminat dengan kajian Malaysia. Rajin mengupas isu semasa.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.