Tak ramai yang tahu tentang cara claim insurans kereta kemalangan (tips dan panduan) sekiranya kereta anda mengalami kemalangan. Jom kami kongsikan caranya beserta tips dan panduan.

Jika kereta anda dilanggar

Sekiranya kereta anda dilanggar oleh kenderaan lain,  kenderaan yang melanggar mestilah turut membuat laporan polis supaya kos baik pulih kereta anda boleh ditanggung oleh insuran kereta milik kenderaan yang melanggar tadi. Berikut adlaah langkah yang perlu anda ambil:

  • Apabila berlaku kemalangan, letak kenderaan anda di bahu jalan agar tak menghalang lalu lintas dan menyebabkan kesesakan.
  • Periksa kerosakan kenderaan anda dengan teliti.
  • Ambil gambar kenderaan anda dan juga kenderaan yang melanggar. Pastikan gambar merekod detail kenderaan terbabit seperti nombor plat kenderaan dan cukai jalan.
  • Dapatkan maklumat pemandu kenderaan yang melanggar kereta anda.
  • Minta kad pengenalan beliau  dan ambil gambar. Sekiranya pemandu tersebut enggan menyerahkan kad pengenalannya, beritahu bahawa dia boleh didakwa di bawah Seksyen 52 (1) Akta Pengakutan Jalan 1987 kerana menghalang hak anda sebagai pihak yang dilanggar untuk mendapatkan maklumat diri pihak pelanggar.
  • Dapatkan nombor telefon pemandu kenderaan jika ia adalah kenderaan persendirian atau nombor telefon syarikat sekiranya yang melanggar ialah kenderaan milikan syarikat. Pastikan nombor telefon yang diberikan betul-betul dapat dihubungi bagi mengelakkan anda ditipu.
  • Jika kenderaan anda masih selamat untuk dipandu, pergi ke balai polis trafik berhampiran dan buat laporan polis.
  • Jika kenderaan anda rosak teruk dan sudah tidak boleh dipandu, hubungi syarikat insurans anda bagi mendapatkan khidmat tow truck. Elakkan menggunakan khidmat  tow truck yang datang menawarkan bantuan dan khidmat bengkel mereka.
  • Siasatan awal bagi kes kemalangan yang berlaku kepada anda akan dijalankan oleh pegawai penyiasat, penolong pegawai penyiasat atau ketua polis balai sebaik sahaja anda membuat laporan.
  • Tuntutan anda akan diputuskan dalam masa 15 hari selepas kemalangan oleh penyiasat. Dalam masa kurang daripada 3 hari bekerja, salinan report anda akan diberikan. Manakala rajah kasar dan gambar kemalangan akan diserahkan kepada anda dalam masa kurang daripada 15 hari.

Tips dan panduan penting buat anda

  • Pastikan anda datang semula ke balai polis selepas keputusan kes dibuat dan jangan lupa untuk gambar kemalangan dan lakaran rajah kasar yang dikeluarkan. Ini kerana ketiga-tiga perkara ini  diperlukan untuk membuat tuntutan insuran bagi kos baik pulih kerosakan kereta anda.
  • Buat tuntutan kepada pihak insurans secepat mungkin. Jika anda lewat membuat tuntutan, sila tulis surat beserta alasan kelewatan membuat tuntutan kerosakan kereta.
  • Laporan kemalangan mestilah dilakukan dalam masa 7 hari untuk membuat tuntutan. Sekiranya anda tercedera dan mendapat rawatan di hospital dalam masa 30 hari setelah kejadian, berikan bukti semasa membuat laporan.
  • Hantar kereta anda ke pusat baik pulih rasmi atau bengkel panel insuran anda untuk dibaiki bagi memastikan alat ganti yang digunakan adalah asli dan sesuai dengan model kereta anda. Pembaikan di pusat servis juga akan mempercepatkan proses tuntutan insuran yang anda lakukan.
  • Semasa membuat tuntutan kepada syarikat insurans, pastikan semua dokumen yang diperlukan adalah lengkap.
  • Apabila kemalangan berlaku bukan disebabkan oleh kecuaian anda, No Claim Discount anda tak akan terjejas langsung.
  • Di samping kos pembaikan kereta, anda juga layak menuntut loss of use daripada pihak  insurans. Loss of use ialah kos sewa kenderaan gantian atau kos pengangkutan selama masa baik pulih kenderaan anda.
Sumber: Newhorizonsmessage

Cara claim loss of use

Berikut adalah caranya:

  • Setelah kereta anda selesai dibaiki, maklumkan kepada pusat servis yang anda ingin membuat tuntutan loss of use. Laporan lengkap beserta dokumen yang diperlukan akan disediakan oleh pusat servis untuk keperluan tuntutan anda. Kebiasaannya laporan akan dikeluarkan dalam masa 3 hingga 5 hari kereta anda siap dibaiki.
  • Hantar dokumen dan laporan tadi  ke syarikat insurans kenderaan yang melanggar kereta anda.
  • Jangan lupa untuk follow up.
  • Biasanya proses ini akan mengambil masa 2 minggu hari bekerja.

Cara membuat tuntutan kemalangan sendiri

Untuk makluman anda, terdapat dua jenis tuntutan atau claim insurans kereta kemalangan iaitu tuntutan kerosakan sendiri dan tuntutan kerosakan pihak ketiga. Jika anda menggunakan plan perlindungan komprehensif, anda layak untuk membuat tuntutan kerosakan sendiri namun anda akan kehilangan diskaun tiada tuntutan (NCD). Bagaimana caranya?

  • Apabila berlaku kemalangan yang membabitkan kenderaan anda, berikan maklumat terus kepada syarikat insurans anda.
  • Kemudian hantar kenderaan anda ke bengkel panel syarikat insurans berkenaan.
  • Isi Borang Laporan Kemalangan Motor dan sertakan dokumen lain yang dikehendaki sebelum menghantar kereta anda.
  • Baik pulih akan dilakukan setelah syarikat insurans menerima dokumen lengkap dari anda.

Cara membuat tuntutan kemalangan pihak ketiga

Bagi kes tuntutan kemalangan pihak ketiga pula, ia adalah keadaan di mana anda tidak bersalah dalam kemalangan tersebut dan diskaun tiada tuntutan anda tak akan terjejas langsung. Anda boleh buat tuntutan insurans dari syarikat anda ataupun dari syarikat pihak yang bersalah. Untuk meminimunkan kerugian bagi penuntut pihak ketiga, berikut adalah beberapa tips untuk anda:

  • Lantik seorang penaksir berlesen untuk menilai jumlah kerugian.
  • Serahkan Borang Laporan Kemalangan Motor, laporan penaksir, dan lain-lain dokumen yang diperlukan kepada syarikat insurans anda.
Sumber: Sureplify

Itulah dia info  tentang cara claim insurans kereta kemalangan (tips dan panduan) yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang kelebihan takaful berbanding insurans dan insurans kereta third party.

Rujukan:

1. Duduk Bersila

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.