Pada hari ini ramai yang sedang mencari idea untuk menjana duit dari rumah. Bukan sahaja ibu suri rumah memilih untuk mencari pendapatan sambil menjaga anak dan menyelesaikan kerja rumah, malah ibu yang berkerja juga ramai yang mula melakukan kerja dari rumah untuk menambahkan pendapatan. Hari ini kami akan kongsikan 10 cara cari duit lebih dari rumah yang boleh anda cuba.

Sumber: Finances-algeria

1. Perniagaan online

Hari ini semuanya di hujung jari termasuklah membeli-belah. Semua orang sangat sibuk dengan aktiviti harian dan membeli-belah secara online adalah sangat memudahkan. Cuma buat pesanan dan tunggu barang sampai di depan pintu rumah. Anda boleh ambil peluang untuk menjana duit dengan melibatkan diri dalam perniagaan online.

Anda boleh pilih barang yang sesuai dengan diri anda sama ada ingin menjual pakaian, makanan, wangian atau set penjagaan kulit. Anda juga boleh memilih sama ada untuk menjadi ejen atau dropship, bergantung kepada keadaan kewangan semasa anda.

Anda juga boleh memilih sama ada ingin fokus kepada satu jenama sahaja atau mempelbagaikan produk yang dijual. Ada juga pelbagai platform untuk anda menjual sama ada instagram, facebook. Atau shopee. Pendek kata da banyak peluang untuk anda berniaga online. Rugi kalau anda tak ceburkan diri.

2. Personal shopper

Satu masa dulu khidmat personal shopper tidak begitu dikenali di Malaysia namun pada hari ini ianya sangat diperlukan oleh orang ramai terutamnya para ibu. Satu contoh personal shopper yang terkenal di Malaysia ialah personal shopper Ikea. Ramai yang duduk jauh dari Ikea tidak mampu untuk ke sana untuk membeli-belah. Anda selaku personal shopper akan membelikan barang yang diingini oleh pelanggan dan hantarkan ke rumahnya melalui pos.

3. Tukang jahit

Dari dulu hingga kini tukang jahit adalah satu cara untuk membuat duit dari rumah. Ramai yang mencari tukang jahit untuk menjahit pakaian atau langsir. Malah pada musim perayaan selalunya tukang jatih tak menang tangan menerima tempahan. Mungkin ini adalah salah satu cara buat duit dari rumah yang boleh anda pertimbangkan.

4. Home baker

Kalau anda mempunyai bakat dalam membakar kek atau pastri, anda boleh gunakan bakat tersebut untuk menjana duit dari rumah. Pada hari ini home baker sangat popular. Para pelanggan lebih suka menempah kek atau pastri dari home baker berbanding dari kedai kerana sentuhan peribadi yang ada pada hasil tangan home baker berbanding kek atau pastri dari kedai yang sama dan tiada keistimewaan.

Sumber: Kateringmalaysia

5. Katering

Selain menjadi home baker anda juga boleh memberikan khidmat catering untuk makan tengah hari atau makan malam. Atau anda juga boleh memasak untuk majlis seperti sambutan hari jadi, rumah terbuka atau kenduri-kendara. Anda boleh iklankan khidmat katering anda dalam kumpulan whatsapp kawasan perumahan anda atau kumpulan facebook setempat.

Anda boleh menyediakan menu seperti berikut:

  1. Makanan berat seperti set nasi, mee sup,bihun goreng, Anda boleh sediakan menu makanan tempatan atau western.
  • Kuih-muih tradisional
  • Kuih-muih moden

6. Makanan ibu berpantang

Menyediakan khidmat makanan untuk ibu berpantang adalah cara buat duit dari rumah yang baru di Malaysia. Kalau dulu-dulu kebiasannya ibu baru bersalin akan berpantang di rumah ibu atau ibu mertua. Pada hari ini ramai ibu moden yang memilih untuk berpantang di rumah sendiri. Khidmat menyediakan makanan ibu berpantang sangat diperlukan oleh ibu yang berpantang sendiri.

Anda boleh sediakan beberapa pakej mengikut bajet bermula dari yang paling murah sehingga yang paling premium. Masakan ibu dalam pantang adalah sangat mudah. Secara amnya masakan mereka adalah berasaskan sup, kukus atau bakar yang dipadankan dengan sayur dan buah-buahan. Kebiasaannya ibu yangt berpuas hati akan mencadangkan anda kepada kenalan dan sahabat-handai.

7. Mengasuh anak

Jika anda sukakan anak kecil, anda boleh menjadi pengasuh. Ramai ibu bapa yang lebih suka untuk meninggalkan anak di rumah pengasuh berbanding taska di mana terlalu ramai anak dijaga dalam satu masa. Untuk menjad seorang pengasuh yang berdaftar dengan Kementerian Kebajikan Masyarakat anda perlu memiliki Sijil Asas Asuhan Kanak-kanak dan berdaftar sebagai pengasuh berdaftar dengan kementerian tersebut.

8. Home tuition

Cara buat duit dari rumah yang seterusnya ialah dengan menyediakan khidmat home tuition. Anda boleh mengajar dari rumah pada waktu petang atau malam. Terpulang kepada anda, subjek mana yang anda minat untuk mengajar. Anda juga boleh pilih sama ada ingin mengajar anak tadika, sekolah kebangsaan atau sekolah menengah.

9. Mengajar mengaji

Guru mengaji sentiasa dicari oleh ibu bapa yang tidak mempunya masa untuk mengajar anak sendiri. Malah pada hari ini bukan sahaja anak-anak yang dihantar untuk belajar mengaji Al-Quran. Ramai orang dewasa yang mula membuka hati untuk belajar membaca Al-Quran. Anda boleh menyediakan pakej keluarga yang lebih murah berbanding individu.

10. Urutan tradisional dan bekam

Akhir sekali anda boleh menyediakan khidmat urutan tradisional dan bekam dari rumah. Anda boleh menghadiri kursus untuk mendalami ilmu dalam bidang tersebut dan mengeluarkan sedikit modal permulaan. Hari ini ramai yang mencari kihdmat urutan tradisional dan bekam dari rumah kerana ianya lebih selesa.

Sumber: Freemalaysiatoday

Itulah dia info tentang 10 cara cari duit lebih dari rumah yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang tips hidup di bandar dengan gaji rendah.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.