Masih ramai yang tidak membeli rumah lagi kerana duit tidak cukup untuk membayar deposit rumah. Deposit rumah perlu dibayara 10% daripada harga rumah tersebut. Tidak termasuk dengan barang kelengkapan rumah seperti perabut, barang dapur, TV dan lain-lain lagi.

Anda memerlukan duit lebih 10% daripada harga rumah tersebut. Dari mana mahu dapatkan duit deposit yang banyak?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 9 cara-cara mencari duit untuk membayar deposit rumah. Info ini dikongsikan oleh Encik Amir Syahir. Beliau gemar berkongsikan tips mengenai ilmu hartanah dan pengurusan wang. Selain itu, beliau juga berkongsikan tentang tips ASBF.

9 Cara mencari duit untuk membayar deposit rumah

cari deposit rumah
Imej via sinarharian.com

1. Pinjaman Peribadi

Kalau nak buat pinjaman peribadi pastikan kena lulus pinjaman perumahan dulu. Kalau tak lulus lagi dah buat akan meningkat kita punya DSR. Cari yang kelulusan segera. (Tidak digalakkan oleh otai hartanah)

2. Pinjaman Adik-Beradik / Ibu Bapa

Yang ni paling bagus. Pinjaman dari keluarga, saudara mara. Kadar faedah 0%. Dah pinjam jangan buat-buat lupa pulak. Ingat jasa okay?

3. KWSP

Melalui simpanan dalam akaun 2. Baki minimum selepas pengeluaran perlu ada dalam akaun adalah RM500. Pengeluaran ambil masa dalam kurang 2 minggu. Maklumat lanjut boleh bertanya di kaunter KWSP berdekatan dengan anda sebab aku tak tahu. Haha.

4. Mark Up Pinjaman

Jika tuan rumah bersetuju untuk buat mark up pinjaman, dan harga tuan rumah nak jual rendah daripada harga pasaran. Bincang dengan agen anda okay?

5. Rumah Underconstruction

Pemaju memberi insentif seperti early bird diskaun dan tanpa deposit. Hanya perlu bayar harga booking. Ada juga pemaju bagi diskaun dan rebat.

6. Simpanan

Emm… simpanlah 10% daripada gaji. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

7. Skim Rumah Pertamaku

Cuba cari maklumat tentang skim ini. Skim ini boleh membiayai pinjaman perumahan kita sehingga 100%. Jadi tak perlu membayar deposit rumah.

8. Emas

Beli emas masa harga jatuh, masa nak beli rumah, pajakan di tempat dijamin selamat. Boleh jalan ke?

9. ASB Financing

Buat ASB Financing RM100K, bulanan RM600. Tiga tahun dapat dividen tak payah usik. Biarkan compounding. Bayar bulan-bulan selama tiga tahun. Lepas terminate hasil pulangan lebih kurang RM27,800. Keluar universiti umur 24, tiga tahun buat ni umur 27 tahun dah ada deposit rumah. Kad kredit, pinjaman peribadi, kereta mahal-mahal jangan fikir lagi.

*Bukan mudah untuk membeli rumah. Anda perlu disiplinkan diri untuk menabung dan perlu konsisten. Dalam banyak-banyak cara di atas, no.9 yang paling cepat dan mudah untuk anda kumpulkan duit deposit rumah malah boleh lebih. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang,

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Copy

Penulis: aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.