Pelaburan emas adalah salah satu pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan.

 

Ini kerana ianya adalah pelaburan yang stabil dan selamat walaupun wujudnya krisis kewangan di masa akan datang.

 

Benarkah tanggapan sedemikian? Artikel ini akan mengupas apa yang dimaksudkan dengan pelaburan emas dan kaedah untuk menyertainya.

 

 

Setiap pelaburan mempunyai mempunyai pulangan dan risiko yang tersendiri.

 

Hari ini ramai orang memilih pelaburan emas kerana harga emas sentiasa meningkat setiap tahun.

 

Bagi mereka yang baru nak melabur, anda boleh bermula dengan membeli emas dan menyimpannya. 

 

Manfaat Pelaburan Emas

 

Terdapat beberapa kelebihan yang anda bakal dapat dengan melabur emas.

 

  1. Penyimpan Nilai Yang Baik

 

Emas sememangnya berfungsi sebagai instrumen kewangan yang terbaik sepanjang zaman. Ini telah terbukti sejak zaman berzaman bahawa emas sentiasa dilihat sebagai objek yang mempunyai nilai yang tinggi.

 

Sebagai contoh, anda membeli 5 gram emas hari ini. Katakan harga emas itu bernilai RM1000. Nilai emas tidak akan turun. Bayangkan berapa nilainya selepas 10 tahun nanti?

 

  1. Kukuh dan Stabil

 

Dalam ilmu kewangan, sesuatu aset akan terikat dan berkait dengan satu sistem tertentu. 

 

Sebagai contoh, kenaikan dan penurunan saham bergantung kepada prestasi sesebuah syarikat. Kekuatan mata wang sesebuah negara bergantung kepada tahap kekuatan negara tersebut.

 

Emas pula tidak terikat dengan mana-mana sistem dan keadaan. Ini menjadikan emas adalah satu-satunya instrumen pelaburan yang kukuh dan mampu memberikan pulangan yang lumayan kepada pelabur.

 

  1. Elak Boros

 

Simpanan emas boleh mengelakkan diri anda daripada boros.

 

Bandingkan situasi di bawah: 

 

Anda diberikan 1 gram jongkong emas, 100 dinar emas dan duit kertas RM500. Kemudian anda perlu ke pusat membeli belah AEON untuk membeli belah.

 

Yang mana satu akan habis digunakan dahulu? Sudah tentu wang kertas.

 

Walaubagaimanapun, emas amat bernilai dan diperlukan di kala situasi genting seperti krisis kewangan. Anda boleh menukarkan jongkong emas atau dinar emas kepada wang ringgit untuk membeli barang keperluan.

 

  1. Kalis Inflasi

 

Krisis ekonomi yang meruncing boleh memberikan kesan kepada inflasi.

 

Oleh kerana kebanyakan negara menggunakan wang kertas sebagai transaksi jual beli, ia potensi untuk menyebabkan nilai mata wang menjunam akibat inflasi.

 

Kita dapat lihat senario krisis ekonomi yang berlaku di negara-negara seperti Zimbabwe, Venezuela dan Greece di mana penyusutan nilai mata wang negara mereka yang sangat drastik.

 

Contoh yang paling mengejutkan dunia adalah negara Zimbabwe pernah mengejutkan dunia apabila nilai 100 billion dollar Zimbabwe hanya mampu untuk membeli 3 biji telur.

 

Namun, masalah ini tidak berlaku sekiranya kita menggunakan emas sebagai instrumen untuk jual beli kerana emas tidak bersandarkan pada apa-apa nilai wang.

 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang emas, berikut adalah beberapa jenis pelaburan emas di Malaysia.

 

Pelaburan Emas Public Gold

pelaburan emas public gold

Ini adalah di antara pelaburan emas yang diminati ramai kerana:

 

–  konsepnya yang patuh syariah, 

–  mudah, 

– cepat, 

– senang untuk lock harga beli dan jual

– harga jualan rendah di pasaran dan 

– kadar spread yang rendah.

 

Bukan itu sahaja, Public Gold juga diyakini mempunyai stok yang mencukupi, mempunyai cawangan di seluruh negara dan urus niaga yang tidak cerewet.

 

Mereka juga menerima apa jua keadaan emas yang kemek dan calar.

 

Pelaburan Emas Al-Rajhi Gold-i

 

Khidmat pelaburan emas ini juga berlandaskan patuh syariah. Anda boleh membuka akaun dengan membeli emas minima 10 gram dan penambahan seterusnya 5 gram.

 

Jenis emas yang diniagakan adalah Pamp Suisse Gold Bar 999.9.

Kuwait Finance House Gold Account-i

 

Bank ini juga menawarkan pelaburan yang patuh syariah di mana anda boleh membuka akaun simpanan emas dengan minima 10 gram 995 (ketulenan 99.5%) dan penambahan 1 gram untuk seterusnya.

 

Untuk syarat pengeluaran pula, anda dikehendaki meninggalkan minima 2 gram emas di dalam akaun simpanan emas anda.

 

Anda tidak dibenarkan untuk membuka plastik balutan emas. Sekiranya didapati terbuka atau terkoyak, harga emas anda akan susut sehingga 25%.

 

Pelaburan Emas Bank Islam/Bank Rakyat/Agrobank

pelaburan emas ar rahnu

 

Istilah pelaburan emas Ar-Rahnu berkaitan rapat iaitu kaedah pajak gadai berlandaskan syariah.

 

Walaubagaimanapun, wujud kekeliruan tentang keuntungan di dalam terma beli-pajak dan beli-pajak emas.

 

Sebenarnya ada banyak lagi bank yang menawarkan perkhidmatan pelaburan emas.

 

Namun anda kena memastikan sama ada ianya berlandaskan syariah atau sebaliknya untuk mengelakkan amalan riba.

 

Tidak salah untuk anda mula menyimpan emas kerana aset ini akan melindungi kekayaan anda berbanding menyimpan wang kertas yang mungkin mudah susut nilainya.

 

Suka diingatkan supaya anda sesekali tidak terpedaya dengan skim pelaburan emas yang hanya menjanjikan pulangan palsu. Sudah ramai yang dah terkena dengan skim ini.

 

Pastikan anda hanya memperuntukkan sebahagian kecil daripada jumlah simpanan anda untuk melakukan pelaburan ini.

 

Jadilah pelabur yang bijak dan mempunyai perancangan jangka masa panjang. Anda pasti dapat mengaut keuntungan yang lumayan.

Penulis: Khairul

Avatar

Menulis tentang artikel yang popular topik kewangan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.