2019 bakal menjelma. Tirai baru bakal dibuka, dijangkakan tahun 2019 lebih mencabar. Jadi bersediakah anda untuk mencari duit lebih? Tak ada masa? Apa kata anda cari cara buat duit online.

Tak tahu nak buat macam mana? Jangan risau, saya akan kongsikan 5 peluang untuk anda buat duit melalui online sahaja. Kiranya anda tak perlu nak keluar. Hanya buat dari rumah.

cara buat duit online

Imej via Pixabay

5 Cara Buat Duit Online

Berikut adalah 5 cara buat duit online hanya dari rumah. Modal pun kecil sahaja.

Dropship

Dropship adalah cara paling mudah untuk anda. Tak perlu keluar modal. Cari mana- mana produk yangg ada buat dropship.

Tapi sebelum itu, anda juga perlu kaji dan buat SWOT analisis untuk memilih produk yang bagus.

Kenapa dropship bagus? Ini perkongsian dari SifuFBads

  • Tak perlu keluar kos untuk dapatkan produk.
  • Kos marketing ditanggung oleh owner.
  • Mengurangkan risiko.
  • Tiada modal besar untuk permulaan.
  • Stok tak perlu disimpan.
  • Barang sedia ada.
  • Tak perlu fikirkan macam mana nak up lagi produk tersebut.
  • Delivery kepada pelanggan diuruskan oleh owner

Kalau anda tiada bajet, boleh mulakan dengan kaedah percuma sahaja. Boleh menjual dengan rakan-rakan sendiri dan keluarga terlebih dahulu.

Gunakan Facebook personal atau Instagram anda untuk menjual. Jual secara softsell jangan terlalu hardsell. Nanti orang menyampah pula.

Jika 5 tahun lalu terma ‘dropship’ merupakan sesuatu yang baru kini tidak lagi. Malah dropship merupakan kerja dari rumah yang boleh dipercayai salah satu altenatif terbaik cara tambah pendapatan suri rumah.

Ada agen-agen dropship yang aktif bagi pasaran Malaysia juga terdiri daripada para pelajar serta suri rumah. Hal ini kerana mereka mempunyai banyak masa terluang serta komited dalam mencari rezeki yang lebih untuk memenuhi keperluan harian.

Jual Barang Online

Trend online shopping semakin mendapat tempat di Malaysia, dengan adanya laman web seperti Lazada, 11Street, Lelong, Mudah, Carousell dan sebagainya.

Cakap je nak apa, mesti jumpa punya. Daripada anda menjadi seorang pembeli, apa kata anda menjadi seorang penjual online pula.

Anda boleh mula jual pakaian anda yang masih elok. Atau jual barangan di dalam rumah dahulu.

Affiliate

Perniagaan affiliate ialah salah satu cara buat duit online tanpa modal. Anda boleh mulakan perniagaan affiliate ini dengan segera tanpa memerlukan sebarang kos.

Affiliate adalah perniagaan yang tidak memerlukan anda untuk membuat atau mencipta sebarang produk. Pada masa kini affiliate bukan lagi satu perniagaan yang rahsia.

Semua orang telah terdedah dengan perniagaan jenis affiliate ini. Ramai sudah menceburinya. Affiliate sudah terkenal dan ia telah pun menjadi satu trend terbaharu untuk menambah pendapatan di mana tidak memerlukan sebarang modal.

Melakukan Kerja Penulisan

Jadi freelance writer. Tidak kisah jika pendapatan yang diperoleh tidak begitu tinggi. Ini kerana peluang anda bakal terbuka lebih luas sekiranya anda konsisten menjalankan tugas yang diberikan.

Anda boleh mengambil upah menulis artikel, iklan, ebook ataupun buku.

Jadi Seorang Blogger

Menjadi seorang blogger sebenarnya membuka seribu satu peluang untuk anda menjana pelbagai pendapatan secara online. Antaranya ialah affiliate, review berbayar, melalui iklan adsense / nuffnang /innity dan sebagainya.

Bagi mereka yang ingin berblogging langkah pertama anda hanya satu iaitu memilih niche yang anda minati. Dan dalam masa yang sama dapat membantu orang lain sambil menjana pendapatan.

Kesimpulan

Oleh itu tiada lagi alasan kata tiada modal untuk jalankan bisnes. Banyak cara buat duit online.

Copy

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka kongsi bagaimana hobi boleh jadi duit.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.