Di Malaysia ini, berapa ramai orang yang bekerja dalam bentuk ada kontrak. Selalu yang bekerja dalam kontrak ini gajinya agaknya banyak berbanding gaji orang yang bekerja tetap. Hal ini boleh menyebabkan ramai orang yang bekerja kontrak lalai dalam bab penyimpanan.
Simpanan adalah sangat penting kerana ia akan digunakan semasa waktu kecemasan. Jika tiada simpanan, hidup kita akan susah kerana tidak dapat membeli barang-barang kepentingan diri. Bagaimanakah cara untuk membuat simpanan semasa bekerja dalam kontrak?
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai cara membuat simpanan semasa bekerja dalam kontrak. Info ini dikongsikan oleh Encik Azizul Azli Ahmad. Encik Azizul bekerja merupakan penulis dan Rumah Buku. Selain itu, Encik Azizul selalu berkongsi tips kewangan dan membeli rumah di laman Facebooknya.
1. Bagi setiap duit yang dapat, belajar buat 50%-70% simpanan.
2. Kebanyakkan golongan ini statusnya kontrak sahaja, sama ada dua tahun sampai 5 tahun. Manfaatkan waktu itu untuk simpan duit sebanyak mungkin.
3. Daftar pendapatan dengan LHDN, cepat atau lambat pasti akan kena cukai punya. Semakin kita bijak cukai makin mudah kita beli harta.
4. Fahami apa aset dan apa liabiliti.
5. Apa yang akan jadi harta lepas kontrak kita tamat. Rumah jadi harta, kereta jadi liabiliti.
6. Mohon jasa baik pasukan bola, agensi kerja, pasukan sukan, kementerian beri pendidikan kewangan buat semua ahli sukan agar mereka tahu hayat gaji mereka.Mereka perlu cemerlang untuk 10 tahun untuk sara hidup selama sepanjang hayat.
7. Negosasi dengan kerajaan negeri yang kita wakili, minta imbuhan dalam bentuk tanah atau rumah sebagai bonus. Bukan wang.
8. Pengajaran buat kita semua, kerajaan sekarang makin banyak status kontrak berbanding tetap. Jangan mudah teruja, gaji kita besar atau banyak.Jika mampu beli Alphard apa salahnya naik Inova sahaja. Sampai juga kepadang bola.
9. Sentiasa guna formula ini, Gaji-Simpan-Labur = Baki Baru Belanja.
*Berikut adalah cara-cara untuk membuat simpanan semasa bekerja dalam kontrak. Ingat, setiap pekerjaan ada kelemahan dan kebaikannya tersendiri. Sebelum membuat pilihan, fikir sebaik-baiknya dahulu. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.