Zaman sekarang ramai orang yang kata, jika ingin hidup senang di masa akan datang, kita perlu buat pelaburan. Apakah itu pelaburan? Pelaburan bermaksud komitmen wang atau modal untuk membeli instrumen kewangan atau aset lain untuk mendapatkan hasil yang menguntungkan dalam bentuk bayaran faedah, pendapatan, atau penambahan nilai instrumen.

Bahasa mudahnya, ia ibarat tabung simpanan lain kita selain wang yang kita simpan di Tabung haji atau bank-bank yang lain. Cuma ia melibatkan aset seperti rumah. Jika rumah kita ada dua buah rumah dan salah satu rumah itu kita duduk manakala rumah lagi satu tidak diduduki. Rumah itu kita boleh menyewakan kepada orang lain. Wang sewa itu kita boleh guna untuk tujuan lain.

Harga rumah juga semakin tahun semakin meningkat. Oleh sebab itu ia satu pelaburan yang sangat berbaloi dan bagus. Tetapi, jika kita ingin berjaya dalam membuat pelaburan, kita perlu berfikir seperti pelabur yang bijak. Bagaimana pelabur yang bijak berfikir?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai cara-cara berfikir seperti pelabur yang yang bijak. Info ini dikongsikan oleh Encik Azizul Azli Ahmad. Encik Azizul bekerja merupakan penulis dan Rumah Buku. Selain itu, Encik Azizul selalu berkongsi tips kewangan dan membeli rumah di laman Facebooknya.

Imej via sageinvestmentmanagement

4 Cara berfikir seperti pelabur yang bijak

1. Pelaburan hartanah itu perlukan masa, bukan beli hari ini boleh jual lusa.

Nak beli rumah pertama juga begitu, ia perlukan masa untuk cari rumah yang baik dan betul. Kata R. Kiyosaki saya lihat 100 rumah, melawat 10 rumah dan beli satu rumah. Tiada jalan pintas dalam pelaburan kecuali skim cepat kaya sahaja. Beli hari ini besok dah kaya raya katanya. Semua pelaburan bermain dengan masa, semakin kita awal bermula. Semakin ramai gegadis akan suka lihat kocek kita.

2. Pelabur itu biasanya berbeza, mereka bukan seperti orang biasa biasa.

Memiliki kereta jenama H itu biasa bagi graduan mula kerja yang gaji luar biasa. Mereka memilih membeli rumah, naik kancil atau LRT sahaja. Mereka tak kisah ada pakai kasut sukan kemana mana. Mereka makhluk berbeza. Ayat “kufur nikmat itu” biasa mereka telan sebab mereka ini memang berbeza. Semua orang berjaya didunia kelihatan berbeza.

80% Kekayaan didunia dikuasai oleh 20% manusia yang pelik ini. Jangan malu jadi berbeza. Apa salahnya ketua Jabatan naik Viva sahaja, tidak hilang bisannya.

3. Bina hidup dan hidup sendiri, jangan malu atau takut silap.

Kata bijak pandai, tak semua yang ramai orang buat itu betul dan yang sikit orang buat itu salah. Beli rumah buruk, rumah lelong atau rumah terpakai bukan benda yang salah. Jika itu yang kita mampu apa salahnya. Lukis sendiri jalan hidup kita dan keluarga, jangan malu untuk kelihatan berbeza. Teroka jalan sendiri, ia memang berisiko tetapi itu indahnya kehidupan ini. Jadi berbeza.

4. Hidup akan mati, jangan sebut “Bila lagi nak merasa”. Jika kita tak merasa kita tetap mati pejam mata.

Sediakan pelan kewangan dan rumah untuk keluarga, ambil takaful dan hibah agar mereka terlindung bencana. Hidup untuk berbakti bukan sebok nak merasa bawak Lamborghini. Bina kebaikkan dan harta bukan untuk kita, tetapi untuk semua umat dan keluarga yang kita bakal tinggalkan pergi.

*Setiap pelaburan mengambil masa yang lama, tiada pelaburan yang singkat. Kesabaran dan strategi diperlukan semasa membuat pelaburan. Sebelum membuat pelaburan, cuba buat kaji selidik dan bertanya kepada orang-orang yang sudah berjaya membuat pelaburan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Copy

Penulis: aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.