Terdapat cara beli rumah lelong yang perlu diikuti bagi mereka yang mahu membeli rumah seperti ini.

Memang harga rumah lelong adalah murah dan menjadi pilihan pembeli rumah pertama. Tapi tidak semua proses membeli rumah itu sama.

Sebab itu pembeli rumah perlu mengetahui selok belok membeli rumah agar tidak tersalah beli dan mengalami kerugian.

Anda tak perlu risau kerana artikel ini akan menerangkan cara-caranya dengan lengkap, dan selok belok dalam membeli rumah lelong.

Teruskan membaca.

Sebelum anda membeli rumah, anda harus tahu dua jenis lelongan hartanah di Malaysia.

cara beli rumah lelong
  • ‘Loan Agreement Cum Assignment’ (LACA) atau Lelongan Perjanjian Pinjaman Dan Serah Hak

Lelongan jenis ini bermaksud, lelongan yang dilakukan bank untuk hartanah yang tidak mempunyai hak milik individu atau strata.

Deposit pula hanya diserahkan kepada pelelong biasanya sebanyak 5% daripada hara hartanah.

Jika lelongan untuk hartanah ini tidak ada pembeli, harga rizab untuk setiap lelongan seterusnya akan berkurangan sebanyak 10% dari harga sebelum

Selepas bidaan berjaya, baki bayaran perlu dibayar dalam masa 90 hari selepas bidaan telah berjaya.

  • ‘Non-loan Agreement Cum Assignment’ (Non-LACA) atau Lelongan Perjanjian Bukan Pinjaman Dan Serah Hak 

Lelongan ini pula adalah dijalankan melalui Mahkamah Tinggi untuk hartanah mempunyai hak milik individu atau strata.

Jika tiada lelongan berlaku atas hartanah ini, lelongan susulan akan berlaku dalam enam bulan kemudian.

Jika lelongan untuk hartanah ini tidak ada pembeli, harga rizab untuk setiap lelongan seterusnya akan berkurangan sebanyak 10% dari harga sebelum

Tidak seperti lelongan LACA, baki bayaran boleh diselesaikan dalam masa 120 selepas bidaan telah berjaya.

Selepas anda mengetahui jenis hartanah yang dilelongkan, anda perlu mengambil langkah yang betul sebelum, semasa dan selepas pembelian.

Sebelum Memiliki Rumah Lelong

cara beli rumah lelong
  1. Cari Rumah Lelong

Pasti ada kawasan yang anda inginkan seperti dekat dengan tempat kerja, atau kemudahan awam. Bila anda dah jumpa kawasan rumah lelong yang dihajati, siap sedialah dari segi kewangan.

Selain mencari maklumat di laman web tentang kawasan rumah lelong itu, lawat kawasan di situ supaya anda lebih tahu selok belok rumah itu sendiri.

Kadangkala apa yang diiklankan di laman web tak sama seperti keadaan sebenar. Bandingkan harga rizab lelong yang anda inginkan dengan harga hartanah di kawasan itu. 

Dengan itu, barulah anda tahu rumah yang anda inginkan itu berbaloi ataupun tidak untuk dibida.

  1. Berjumpa Dengan Pemaju Dan Pejabat Tanah

Anda perlu semak tentang hartanah lelong tersebut dengan pemaju dan pejabat tanah. Ambil tahu semua butiran penting seperti:

  • Nombor lot hartanah
  • Alamat
  • Status hak milik
  • Lokasi
  • Harga Rizab Lelongan

Dapatkan juga Pengisytiharan Jualan atau ‘Proclamation of Sale’ (POS).

  1. Tengok Rumah Lelong dan Kawasan Sekitar Dengan Lebih Teliti

Dah pasti dengan rumah yang anda inginkan? Langkah seterusnya adalah dengan melawat lagi sekali kawasan rumah tersebut. 

Periksa rumah berikut, kalau ada kerosakan yang akan memakan kos untuk dibaiki. Ketahui juga kawasan kejiranan di situ.

Betul-betul pasti dengan keputusan anda selepas melihat sendiri rumah itu? Jadi ya, anda perlu dapatkan satu salinan Pengisytiharan Jualan yang mempunyai maklumat tentang hartanah lelongan.

  1. Dapatkan Perkhidmatan Peguam

Untuk menyelesaikan urusan membeli hartanah, anda perlu mendapatkan khidmat peguam, lebih-lebih lagi untuk hal-hal yang berkaitan dengan cukai taksiran dan cukai tanah.

Peguam perlu membantu anda untuk mengkaji pembayaran penyenggelaraan yang tertunggak dengan pemaju serta terma dan syarat yang ada dalam dokumen POS.

  1. Bersiap Sedia Untuk Lelongan

Seperti pembelian rumah yang biasa, anda perlu menyediakan wang deposit. 

Di dalam dewan lelongan, anda perlu menunjukkan bank draf dan kad pengenalan anda untuk dibawa ke lelongan hartanah.

Semasa Lelongan

Apabila anda sudah dapatan semua dokumen pening dan wang deposit, sudah tiba masanya anda membuat lelongan. Jadi, bagaimana pula lelongan hartanah berfungsi?

Hartanah lelongan biasanya dilelongkan di tempat fizikal ataupun dalam talian.

cara beli rumah lelong
  • Lelongan Hartanah Di Tempat Fizikal

Anda perlu mendaftarkan diri dengan memberikan maklumat peribadi dan menghantar deposit kepada pelelong.

Dua cara untuk menghantar deposit adalah dengan pemindahan bank ATAU melalui bank draf.

Bayaran yang berbentuk bank perlu menggunakan Pos Laju atau diberikan sendiri dalam beberapa hari bekerja yang ditentukan.

Ejen hartanah anda boleh mewakilkan anda jika anda tidak mempunyai masa untuk ke lelongan.

  • Lelongan Hartanah Dalam Talian

Daftarkan diri anda di portal e-lelong. Selepas diluluskan pendaftaran anda, anda boleh melayari penyenaraian hartanah.

Maklumat yang anda boleh dapatkan adalah:

  • Harga rizab
  • Lokasi
  • Jenis hartanah
  • Tempoh pemegangan hartanah
  • Kawasan binaan atau saiz tanah

Di laman berikut, jika anda sudah jumpa dengan hartanah yang ingin dibida, anda perlu daftarkan diri anda sebagai pembida, dan selepas itu, bayar deposit yang ditetapkan.

cara beli rumah lelong
  1. Permulaan Lelongan

Tiba awal di tempat lelongan, bawa semua dokumen yang anda perlukan.

Kalau di atas talian pula, anda perlu ada di portal pembida  sekurang-kurangnya 10 hingga 15 minit sebelum bidaan bermula.

  1. Mulakan Bidaan

Semasa membina hartanah yang anda inginkan, pastikan anda sentiasa membuat bidaan dalam peruntukan yang telah ditetapkan.

Di dalam dewan lelongan, anda mungkin terbawa emosi, jadi anda perlu sentiasa beringat supaya tidak membida tawaran harga yang mungkin anda sesal di kemudian hari.

Selepas Pembidaan

Dah dapatkan apa anda inginkan? Lihat pula proses selepas pembidaan untuk anda ‘lock’ rumah impian anda.

  1. Tandatangan Dokumen.

Selepas anda dapatkan hartanah lelongan yang anda inginkan, anda akan dipanggil untuk membuat pembayaran deposit dan menandatangani dokumen POS.

Selepas dokumen itu dicop, anda akan diberikan salinan asli.

Kalau e-lelongan pula, anda perlu menandatangani Kontrak Jualan dan membayar baki deposit (jika ada) melalui pemindahan bank dalam talian, Pos Laju atau dengan sendiri pada hari bekerja tertentu.

cara beli rumah lelong
  1. Bayar Baki Harga Belian

Proses akhir untuk anda adalah membayar baki harga belian daripada harga bidaan yang berjaya dalam masa 90 hingga 120 hari dari hari lelongan.

Masih Ragu-ragu Dengan Rumah Lelong? Ini sedikit tips ringkas untuk anda yang dikongsikan oleh Tuan Azizul Azli Ahmad.

  1. Jangan Tunggu Harga Rendah

Rumah yang anda inginkan pasti ada orang lain juga ingin bida. Jika anda tunggu harga menjadi betul-betul rendah, berkemungkinan  anda akan terlepas. Masuk sahaja kawasan lelongan itu.

  1. Bukan Kawasan Tumpuan

Cari kawasan yang bukan menjadi kawasan tumpuan orang. Ramai pembida menang dengan harga 30% – 45% bawah harga pasaran sebenar.

  1. Jangan Putus Asa

Kalah dalam lelongan itu normal, memang adat nak dapatkan rumah yang terbaik pastinya memerlukan usaha yang berlipat ganda.

  1. Semakin Rendah Harga, Semakan Ramai Pembida

Jangan terkejut jika anda lihat bukan hanya seorang yang inginkan hartanah yang anda inginkan. Boleh berkemungkinan bertemu dengan 44 pembida dalam satu masa. 

  1. Semak Harga Pasaran

Tanya harga pasaran dengan bank berhampiran, rujuk dengan penilai juga jika anda inginkan lebih kepastian.

  1. Pastikan Layak Meminjam

Hutang PTPTN anda perlu dibayar, barulah anda layak meminjam, bawa payslip anda ke bank dan tanya berapa harga rumah yang anda layak pinjam.

  1. Rumah Buruk Itu Biasa

Rumah yang anda bida kalah atau menang mungkin hanya nampak cantik di dalam gambar, rupanya jadi tempat longgokan sampah. Jadi, rumah buruk itu biasa.

  1. Buat Semakan Kaveat

Kalau anda dapatkan perkhidmatan Kaveat, lakukan dengan segera atau jika anda tidak dapatkan perkhidmatan agen, anda boleh buat semakan sendiri di pejabat tanah berhampiran.

  1. Jangan Gunakan Agen Khidmat Yang Mahal

Pastikan bayaran anda kepada agen itu berbaloi. Tanyakan skop kerja mereka, jika anda rasa puas hati baru bayarkan mereka. Bayar separuh pada awalnya dan bayar selebihnya bila kerja selesai.

Beli rumah lelong memerlukan banyak penelitian dan kajian. Jika anda betul-betul inginkan rumah lelong, moga cara membeli rumah lelong dari artikel ini membantu anda untuk mendapatkan hartanah yang anda inginkan.

Anda boleh share artikel ini supaya lebih ramai boleh mendapat manfaat.

Copy

Penulis: Khairul

Menulis tentang artikel yang popular topik kewangan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.