“Bull Market” merupakan keadaan pasaran kewangan di mana harga sekuriti meningkat atau dijangka akan meningkat. Ianya merupakan satu istilah yang sering digunakan untuk merujuk kepada pasaran saham tetapi boleh juga digunakan untuk apa-apa sahaja yang diperdagangkan seperti bon, mata wang dan barang-barang dagangan (komoditi).

“Bull Market” ditunjukkan dengan sikap optimistik, keyakinan pelabur dan juga jangkaan yang tinggi untuk masa hadapan yang mantap. Ianya amat sukar untuk meramalkan sebarang perubahan dalam pasaran, terutamanya sekiranya psikologi dan spekulasi pelabur turut diambil kira yang mana ia turut memainkan peranan penting dalam perubahan dalam pasaran.

Istilah “bull” dan “bear” diambil atau berasal daripada cara setiap haiwan (bull: lembu jantan dan bear: beruang) menyerang lawannya. Lembu jantan (bull) menggerakkan tanduknya ke udara, manakala beruang (bear) pula meleretkan cakarnya ke bawah. Tindakan atau perilaku kedua-dua haiwan ini merupakan metafora yang digunakan untuk pergerakan dalam pasaran. Apabila corak (trend) pasaran naik, ianya adalah “bull market” dan apabila corak pasaran menurun, ianya adalah “bear market”.

Oleh kerana kedua-dua haiwan digunakan untuk corak pasaran yang berbeza, maka “bull market” adalah berlawanan dengan “bear market”“Bear market” menunjukkan harga jatuh dalam pasaran dan seringkali dikaitkan dengan sikap-sikap pesimistik di kalangan para pelabur.

“Bull dan bear market” selalunya bertepatan dengan kitaran ekonomi yang terdiri daripada empat fasa iaitu perkembangan, puncak, tekanan dan penamat. Permulaan “bull market” sering merupakan petunjuk utama untuk perkembangan ekonomi. Oleh kerana persepsi awam mengenai keadaan ekonomi pada masa hadapan mencorakkan harga saham, corak pasaran sering meningkat walaupun sebelum aktiviti-aktiviti ekonomi yang lebih luas seperti pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mula timbul.

Kesimpulannya, “bull market” menunjukkan corak pasaran yang meningkat atau akan meningkat dan sikap optimistik dan keyakinan para pelabur, manakala “bear market” pula menunjukkan corak pasaran yang menurun serta sikap-sikap pesimistik di kalangan para pelabur.

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.