Anda sedang berusaha untuk menurunkan berat badan? Ada pelbagai jenis diet yang popular pada masa kini seperti suku suku separuh, ketogenik, intermittent fasting, general motor, dan sebagainya. Bila kita sedang berdiet, buah-buahan adalah pilihan terbaik untuk dipilih sebagai snek untuk mengisi perut yang lapar.

Namun tak semua buah sesuai diambil jika sedang berdiet. Jom lihat perkongsian info tentang 15 buah untuk diet untuk mereka yang tengah aim nak kurus yang boleh anda amalkan.

Sumber: Globalvillagspace

1.  Betik

Betik bukan sahaja membuatkan kita kenyang dengan cepat dan lama, malah ia kaya dengan enzim yang dipanggil papain . Salah satu fungsi papain ialah untuk menggalakkan penghadaman dan mencegah ulser perut. Selain itu betik juga kaya dengan vitamin A dan C.

Jika anda amalkan betik dalam diet seharian, sistem penghadaman akan menjadi semakin baik dan berat juga akan berkurangan.

2. Oren

Buah oren bukan sahaja kaya dengan Vitamin C yang merupakan bahan utama dalam penghasilan kolagen, malah ia juga mempunyai kandungan protein yang tinggi. Di antara fungsi protein ialah untuk membina otot. Serat yang ada dalam oren akan membantu anda kenyang dengan lama dan protein akan membantu mengelakkan masalah kulit menggeleber.

3. Blueberry

Blueberry juga adalah salah satu buah untuk diet yang anda boleh amalkan. Kajian menunjukkan bahawa blueberry membantu memecahkan sel lemak dengan lebih cepat dan pengambilan yang konsisten akan membantu berat untuk turun dengan laju.

4. Avokado

Avokado adalah buah yang kaya dengan lemak sihat. Selain itu ia juga kaya dengan:

  • Protein
  • Zat besi
  • Fosforus
  • Kalsium
  • Sodium
  • Potasium
  • Vitamin A
  • Vitamin C
  • Niasin.

Lemak baik dan khasiat lain dalam avokado membantu untuk meningkatkan metabolisme dan dalam masa yang sama membantu meningkatkan pengeluaran testosterone iaitu hormon yang membantu dalam membakar lemak.

5.  Pear

Pear adalah buah yang mengandungi kandungan serat yang tinggi dan menjaga kesihatan sistem pencernaan agar mampu untuk berfungsi secara optimum. Apabila sistem penghadaman berada dalam keadaan yang sihat, bahan buangan di dalam tubuh badan akan dibersihkan dengan efisien lalu mengurangkan masalah perut buncit.

6. Epal

Nak kurus? Banyakkan makan epal. Epal bukan sahaja membantu meningkatkan metabolisme, malah ia kaya  dengan serat larut yang digelar pectin. Pektin membantu anda kenyang dengan lebih lama dan untuk menghadkan lemak yang diserap oleh sel-sel badan. Ramai yang tak tahu bahawa dengan makan epal sebelum makan, ia membantu menghadkan jumlah lemak yang diserap oleh tubuh badan.

7. Tembikai

Tembikai penuh dengan air. Kandungan air yang tinggi dalam tembikai akan membantu anda kenyang dengan lama. Apa yang menarik, jumlah kalori dalam tembikai juga sangat rendah. Anda tak perlu risau untuk makan tembikai dalam jumlah yang banyak. Bonus untuk anda, tembikai juga berfungsi untuk mengurangkan pengumpulan lemak, meningkatkan penyerapan lipit yang sihat dan mengurangkan berlakunya kesakitan otot.

8. Peach

Peach sangat berkesan untuk membersihkan usus anda daripada najis yang terkumpul. Apabila usus menjadi bersih, makanan akan dapat diserap dengan baik oleh tubuh badan dalam akan mengurangkan masalah perut buncit. Peach juga kaya dengan fenolik iaitu sejenis sebatian yang menghalang pengumpulan lemak di perut.

Sumber: Brittanica

9. Lemon

Lemon kaya dengan serat yang membantu mengurangkan sembelit dan dalam masa yang sama membantu mengatasi masalah pencernaan. Kajian menunjukkan bahawa lemon mampu mencegah obesity dan juga membantu mengatasi masalah obesiti.

10. Aprikot

Aprikot segar adalah pilihan yang sangat baik untuk anda yang sedang berdiet kerana ia kaya dengan serat larut yang menyerap air. Serat larut air akan membuatkan anda berasa kenyang dengan cepat dan kekal kenyang untuk masa yang lama. Dalam masa yang sama, aprikot juga menggalakkan pergerakan makanan dengan lebih cepat melalui saluran pencernaan.

11. Strawberi

Percayakah anda bahawa strawberi juga membantu anda yang sedang berdiet. Strawberi kaya dengan leptin dan adiponectin yang berfungsi untuk meningkatkan metabolisme dan membakar lemak dengan cepat.

12. Kelapa

Buah kelapa mengandungi minyak yang mempunyai kesan termogenik iaitu keupayaan untuk meningkatkan suhu badan. Apabila suhu badan meningkat, kadar metabolism dan pembakaran tenaga juga akan meningkat lalu membantu anda kurus dengan cepat.

13. Delima

Buah delima membantu menghapuskan toksin dalam badan dan mengurangkan penyimpanan kolesterol yang tidak baik atau Low Density Lipoprotein (LDL). Malah delima membantu mengurangkan selera makan.

14. Tembikai susu

Buah tembikai susu tinggi dengan serat. Dalam masa yang sama ia membantu membakar lemak dengan cepat dan menghalang penyimpanan lemak berlebihan dalam tubuh badan. Tembikai susu juga akan membuatkan anda kenyang dengan lebih lama.

15. Blackberry

Blackberry kaya dengan serat. Pengambilan buah blackberry akan menyebabkan tubuh badan perlu menggunakan lebih banyak tenaga untuk mencerna makanan yang masuk ke dalam tubuh badan. Apabila lebih banyak tenaga digunakan, ini bermakna anda akan membakar lemak dengan lebih banyak. Blackberry sangat sesuai untuk dijadikan snek di antara makanan berat.

Sumber: Healthline

Itulah dia info tentang 15 buah untuk diet untuk mereka yang tengah aim nak kurus yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang intermittent fasting.

Rujukan:

1. Sini

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.