Selalunya kalau orang tanya bila nak buat bisnes, mesti cakap tak cukup duit. Sebenarnya boleh sahaja bisnes modal kecil dahulu. Begitu juga apabila ada orang kata mereka tidak memulakan bisnes kerana tidak banyak wang. Banyak cara boleh buat bisnes tanpa menggunakan wang yang banyak.

Biasanya, ramai yang percaya bahawa nak mula buat apapun, sekecil manapun, apa saja jenis perniagaan, perlu ada modal. Memang betul, nak buat apapun perlu ada duit. Tapi ada satu perkara yang ramai orang silap atau terlepas pandang.

bisnes modal kecil

Imej via Unsplash

Memang anda perlukan modal atau duit untuk mulakan bisnes. Cuma bagi yang modal terhad boleh bulakan bisnes yang menggunakan modal kecil.

Banyak peluang perniagaan boleh diceburi, dan masyarakat juga tidak terlalu berkira untuk berbelanja. Memiliki perniagaan sendiri dilihat sebagai salah satu cara yang paling mudah untuk menaikkan taraf hidup seseorang itu.

Bagi mereka yang tiada pengalaman dalam perniagaan namun berminat membuka perniagaan sendiri, sebaik-baiknya pilihlah perniagaan yang memerlukan modal yang kecil.

Berikut adalah 5 idea yang anda boleh ambil untik mulakan bisnes modal kecil.

5 Cara Bisnes Modal Kecil

Mulakan bisnes dari rumah

Ramai orang memulakan bisnes dari rumah, dan apabila bisnes berkembang barulah berpindah ke ofis. Usah terikut-ikut dengan orang lain yang ghairah mempunyai pejabat besar pada awal bisnes.

Tapi apa bisnes dari rumah? Anda boleh mulakan dengan dropship. Ni antara bisnesyang biasa untuk mereka baru nak berjinak dengan bisnes. Dropship antara permulaan untuk anda belajar selok belok bisnes. Anda boleh mula jadi dropship untuk produk yang anda suka dan dah pernah guna produk tersebut.

Anda juga boleh jual barangan terpakai yang ada di dalam rumah anda. Sekarang banyak platform aplikasi yang boleh jual barangan terpakai seperti baju yang masih elok.

Buat Bisnes Berdasarkan Kemahiran Yang Ada

Jika anda pandai memasak, buat bisnes makanan. Jika sedap pasti ada pelanggan. Bisnes ini tidak memelukan modal yang besar.

Bagi yang tak pandai memasak, tetapi pandai menulis boleh juga guna kemahiran anda itu. Kalau anda yg jenis suka menulis, apa kata guna skill anda tu untuk buat income. Boleh kata bisnes ni hampir tak ada kos. Guna skill sahaja iaitu jadi penulis upahan atau ‘ghost writer’.

Mulakan Secara Separuh Masa

Usah berhenti kerja untuk memulakan bisnes. Mulakan dulu bisnes sewaktu bekerja. Untuk “set-up” bisnes, tak perlu berhenti kerja sepenuh masa.

Gunakan waktu malam atau rehat untuk buat bisnes. Sewaktu bekerja, anda tidak tertekan. Anda boleh gunakan waktu ini untuk berfikir dan merancang.

Perniagaan Produk Makanan

Di Malaysia, perniagaan produk makanan semakin mendapat tempat di hati masyarakat.  Bisnes jualan makanan boleh dilakukan di rumah, kedai atau pun di kiosk.  Ada juga usahawan yang menjual produk mereka di pasar tani dan pasar malam.  Di pasar raya besar juga sudah banyak yang turut membekalkan produk makanan yang halal.

Produk makanan yang sentiasa laris di pasaran terdiri daripada produk konfeksioneri seperti roti, kek dan biskut.  Serta produk sejuk beku contohnya karipap, nugget, bebola ikan, daging atau ayam, popia, sosej, daging kisar dan pau segera.

Anda juga boleh berniaga buah potong menggunakan motorsikal untuk senang bergerak mencari port orang ramai. Selain buah anda boleh juga jual air minuman. Jual air RM1 secawan depan sekolah masa pelajar pulang (2 kali sehari) iaitu sekolah biasa pada pukul 1 hingga 2 petang dan sekolah agama pukul 5 hingga 6 petang.

Jadi Orang Tengah

Bisnes ni merujuk pada bisnes makan atas angin atau ambil komisen. Kerja anda hanya promote dan deal. Kiranya jadi orang tengah la.

Tak tahu nak buat? Begini caranya .Jika anda minat berkaitan pengubahsuaian rumah tapi tiada kepakaran. Anda boleh deal dengan orang yang sediakan servis renovation. Dari situ, anda hanya ambil komisen dari situ tanpa perlu buat kerja sangat. Mudahkan? Kerja anda hanya buat promosi dan deal sampai jadi.

Copy

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka kongsi bagaimana hobi boleh jadi duit.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.