Bisnes homestay atau inap desa sebuah bisnes yang menguntungkan. Terutama jika anda tahu cara sebenar melakukannya.
Homestay merupakan satu cabang bisnes dalam bidang hartanah yang kian popular. Tertumpu di kawasan yang mempunyai potensi untuk dibangunkan sebagai kawasan pelancongan dan lokasi percutian.
Memulakan bisnes homestay boleh dikatakan mudah sekiranya anda mempunyai rumah atau bilik yang kosong. Walau bagaimanapun, bisnes ini boleh menjadi sebuah cabaran kerana pemilik-pemilik homestay sering berasa risau jika homestay mereka ditinggalkan kosong.
Untuk memulakan sebuah bisnes homestay, perkara berikut perlu diambil perhatian:
Anda perlu ada kediaman untuk dijadikan homestay. Tidak kira rumah sendiri atau keluarga. Lebih elok kalau rumah itu rumah anda sendiri.
Rumah perlu mempunyai keluasan yang baik. Homestay akan jadi tempat penginapan pilihan terutama sekali bagi pengunjung yang ingin bercuti bersama-sama dengan keluarga yang besar.
Lokasi yang sesuai semestinya tempat percutian atau berdekatan dengan pusat pengajian. Menginap di homestay adakalanya berkali ganda lebih jimat dan menyeronokkan berbanding menginap di hotel.
Kebiasaannya waktu majlis konvokesyen, ataupun waktu pendaftaran masuk, permintaan untuk homestay akan meningkat. Biasanya untuk keluarga yang datang dari jauh, mereka akan menginap sekurang-kurangnya semalaman apabila menghantar anak-anak mereka untuk mendaftar masuk ke universiti.
Sebuah homestay ialah ia perlu lengkap dengan perabut dan peralatan elektrik. Kos mungkin akan meningkat andai anda bercadang untuk melengkapkan dengan segala perabot dan peralatan elektrik yang baru.
Namun, untuk jangkamasa panjang, anda mungkin perlu mencari atau mendapatkan perabot dan peralatan baru. Pilih perabot dan peralatan yang berkualiti dan tahan lama.
Kemudahan wifi. Ini sudah pasti adalah merupakan kemudahan yang paling diperlukan oleh para tetamu dalam era media digital ini. Pilihlah pelan Internet yang sesuai dan saksikanlah peningkatan dalam tempahan anda.
Selain daripada wifi, kemudahan yang boleh disediakan adalah seperti peralatan bbq, seterika, pengering rambut, peralatan memasak dan penghawa dingin dalam setiap bilik.
Di sebabkan banyak saingan, setiap pemilik homestay perlu memikirkan hiasan dan tema untuk menarik penyewa. Ramai pemilik homestay mempunyai tanggapan bahawa perkara ini adalah kurang penting.
Tetapi hakikatnya, dengan mencurahkan sedikit usaha dalam menghiasi homestay berdasarkan tema yang tertentu akan menjadikan homestay lebih unik. Pengubahsuaian homestay boleh menjadi sebuah proses yang menarik terutamanya apabila anda telah mempunyai tema yang sesuai untuk homestay anda.
Pengusaha homestay, perlu menetapkan peraturan khusus.. Anda juga sepatutnya mempunyai peraturan ringkas untuk setiap penyewa homestay anda. Sediakan dokumen ini dan letakkan dalam perjanjian sewaan. Tanpa peraturan dan dokumen, anda mungkin berisiko kepada kehilangan, kemalangan, kerugian dan sebagainya.
Peningkatan kemudahan teknologi menjadikannya lebih senang kepada kita untuk mempromosikan bisnes secara online. Cara yang paling senang dan murah adalah untuk menangani aspek media sosial.
Menyediakan sebuah halaman atau akaun untuk homestay anda merupakan perkara yang boleh dilakukan dengan senang. Tambahan pula, media sosial membolehkan anda untuk berhubung dengan tetamu yang berminat dengan lebih senang.
Mempunyai gambar yang berkualiti untuk homestay anda merupakan asset utama untuk menjayakan bisnes homestay. Gambar yang berkualiti akan memberikan tanggapan yang positif kepada tetamu yang sedia membuat penempahan.