Dengan taraf hidup yang tinggi sekarang ini, kita perlu mangambil langkah bijak dalam mencari peluang menjana perniagaan. Yang mana boleh menampung perbelanjaan kita. Namun ramai yang merungut tak cukup modal atau tak cukup masa. Kini itu semua alasan. Kita boleh mulakan bisnes dari rumah hanya dengan modal yang kecil. Paling penting adalah rajin.

Jom kita tengok bisnes dari rumah yang bakal memberikan keuntungan kepada anda jika kena pada cara yang betul.

bisnes dari rumah

Imej via Pixabay

Modal Kecil? Jom Buat Bisnes Dari Rumah

Memulakan perniagaan di rumah adalah cara bisnes terbaik yang boleh anda lakukan, terutama jika anda seorang suri rumah sepenuh masa. Anda tentu sedang memikirkan bagaimana meraih pendapatan yang dapat membantu melancarkan perjalanan ekonomi anda dan keluarga.

Tahukah anda, 52 peratus bisnes di Amerika Syarikat  beroperasi di rumah atau secara home-based? Kebanyakan jenama besar hari ini juga ditubuhkan oleh pengasas yang bekerja rumah. Seperti Gerber hasil ilham Dorothy, Fields (Debbi), dan Baby Eisteins (Julie AIgner-Clark ).

Freelance

Banyak kerja boleh dilakukan secara bebas atau freelancing tanpa memerlukan anda memenuhi komitmen masa di pejabat. Kerja ini membabitkan apa saja kemahiran anda seperti menulis, fotografi, rekabentuk grafik,  atau membangunkan laman web. Bekerja freelance memberikan  anda lebih fleksibiliti dan kebebasan serta dapat dimulakan dengan sedikit kos dan kertas kerja.

Sebagai freelancer boleh dimulakan dengan mendekati bekas majikan atau pelanggan yang mahu dapatkan manfaat daripada perkhidmatan anda. Dan tidak kurang mencabar serta memerlukan disiplin tinggi sama seperti menjalankan perniagaan juga.

Kesalahan biasa dilakukan pekerja freelance adalah tidak menguruskan bisnes dengan betul dan sah. Seperti mendapatkan lesen atau permit, termasuk memperuntukkan sejumlah wang untuk perancangan masa depan dan aliran tunai yang baik. Pastikan anda bekerja dengan betul.

Bisnes Bakeri

Anda boleh mencuba bisnes bakeri. Ramai usahawan-usahawan bakeri sebelum ini, sebenarnya mereka bermula dari minat buat kek dari rumah.

Bermula untuk anak-anak, selepas itu menjadi salah satu bisnes apabila memberi percubaan sedikit demi sedikit kepada saudara, jiran dan kawan. Sekarang bisnes bakeri ini bukanlah menjadi bisnes part time.

Pengeluaran makanan dari rumah agak leceh tetapi tidak mustahil. Contohi saja selebriti Martha Stewart yang mula menceburkan diri dalam bisnes makanan dengan sebuah syarikat katering pada 1976. Dan kini jadi begitu sukses.

Sebelum anda memulakan bisnes makanan dari rumah, anda mesti memahami dahulu peraturan dan syarat yang diperlukan untuk menghasilkannya. Misalnya menyediakan dua ruang dapur – kering dan basah; dan label bungkusan atau botol.

Anda boleh juga mencuba bisnes frozen food.

Bisnes frozen food ini kini telah mendapat tempat di hati pelanggan setelah sekian lama. Makin lama permintaan produk seperti ini semakin tinggi. Ini kerana sekarang orang lebih suka beli dan terus goreng ,mudah dan cepat kerana masa terlalu mengejar kita. Kepada keluarga yang bekerja, permintaan kepada produk frozen ini adalah salah satu kemestian.

Jual Produk Makanan Orang Lain

Jika anda tak pandai memasak, jangan risau. Anda boleh jual produk orang. Mereka masak, anda tolong pasarkan. Dengan ini anda bukan sahaja bisnes dari rumah malah mengeluarkan modal yang minima.

Contohnya nasi lemak. Anda cari penjual nasi lemak yang sedap di kawasan perumahan anda, kemudian anda promosi kepada kawan-kawan lain. Anda boleh jadi agen menjual dengan menghantar kepada mereka.

Berniaga Online

Jika anda ada banyak barang yang mahu dilupuskan dan suka menjual, sila pertimbangkan memulakan bisnes di platform atas talian. Seperti Mudah, Lelong, eBay, atau Amazon. Anda juga boleh dapatkan sumber barang anda daripada jualan gudang, jualan amal atau sanak saudara yang mahu membuang barang-barang di rumah mereka.

Anda juga boleh menjual secara drop ship. Iaitu menjadi ejen atau wakil penjual bagi sesuatu produk tanpa memerlukan anda mengeluarkan wang dan menghasilkan produk tertentu. Apa yang perlu dilakukan ialah mengenal pasti produk yang mendapat permintaan tinggi di kalangan pembeli. Contohnya kain hijab edisi terhad, ejen buku, ejen makanan herba atau kesihatan dan lain-lain.

Dropship antara best step untuk anda belajar selok belok bisnes. Anda boleh mula jadi dropship untuk produk yang anda suka dan dah penah guna produk tersebut.

Konsep Dropship masa kini amat popular di mana anda boleh lakukannya sama ada secara sambilan atau sepenuh masa.

Bisnes Trading 

Bisnes Trading ini sangat mudah di mana anda hanya menjadi orang tengah di antara pembekal dengan pembeli. Idea yang mungkin anda boleh cuba iaitu anda boleh cuba menjadi agen kepada pembekal. Di mana sudi bekerjasama mengeluarkan modal dan anda hanya perlu menjadi agen  pemasaran dan jualan sahaja.

Apabila anda mendapat sesuatu projek itu, anda boleh bincang dengan pembekal untuk bekalkan barang yang diperlukan kepada pelanggan. Setelah anda telah mengenalpasti akan margin keuntungan yang bakal anda perolehi.

Konsep tanpa modal yang saya maksudkan ini adalah kita menggunakan modal orang lain untuk operasi perniagaan kita. Jangan lupa tawarkan sesuatu kelebihan kepada pemberi modal untuk meyakinkan mereka untuk melabur dengan kita.

Modal anda boleh cuba dapatkan dengan orang yang terdekat, samaada ibu bapa, adik beradik, saudara mara ataupun kawan. Konsep yang lain anda boleh cuba runding dengan pelanggan, sebelum menjalankan projek untuk membekal barang yang dikehendaki. Pelanggan perlu membayar deposit yang telah ditetapkan oleh anda. Di mana anda tahu bahawa dengan deposit yang diberikan oleh pelanggan itu, bakal menyelesaikan kos operasi anda. Selebihnya selepas barang di hantar hanya perlu ambil untungnya sahaja.

Blogging

Ramai tak tahu dengan menulis blog dapat menjanakan duit. Ya, anda boleh buat duit dengan blog. Blog boleh dijadikan bisnes dari rumah tanpa modal.

Di luar sana ada ramai mereka menjadi penulis blog berjaya dengan idea-idea fesyen dan stail yang bagus. Jika anda boleh menulis dan meminati sesuatu topik atau hobi tertentu yang boleh menarik perhatian pembaca, kerja ini adalah terbaik buat anda.

Pusat Asuhan Kanak-Kanak

Bisnes mengasuh kanak-kanak menawarkan potensi besar jika anda berminat bekerja di rumah. Memandangkan pembabitan ramai kaum hawa dalam dunia kerjaya. Suasana seperti di rumah semestinya dapat menarik perhatian golongan ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke rumah anda.

Sudah tentu apa yang perlu dilakukan adalah memastikan bisnes anda mematuhi undang-undang sama ada dari segi penyediaan makanan, ruang minimum dan lesen.

Copy

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka kongsi bagaimana hobi boleh jadi duit.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.