Latar Belakang

Bagi yang tidak mengenali Saiful Nang, beliau merupakan seorang jurugambar professional yang terkenal di Malaysia. Malah, beliau memiliki pengaruh yang cukup besar di kalangan juru gambar lain di negara ini. Seawal usia 7 tahun beliau telah mula menunjukkan minat dalam bidang perniagaan dengan menjual hasil lukisan beliau kepada rakan sebaya.

Saiful Nang berasal dari Felda Tementi, Bera Pahang dan dilahirkan pada tahun 1978. Beliau merupakan anak kedua daripada empat orang adik beradik. Telah mendirikan rumah tangga dengan pasangannya iaitu Dr Intan Salwani Ahamad pada tahun 2007 dan dikurniakan dengan lima orang cahaya mata perempuan dan seorang cahaya mata lelaki.

Saiful Nang

Imej via rakyatgraphy

Pendidikan

Mendapat pendidikan awal di English College Johor Bahru dalam bidang sains tulen dan kemudian menyambung pengajian dalam bidang media di Universiti Multimedia. Beliau dianugerahkan dengan Ijazah Sarjana Muda B.Sc (Media) Film & Animation di Multimedia University pada tahun 2000, kemudian mendapat anugerah Sarjana Muda dari Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT) Australia.  

Master Photographer, Licentiate

Beliau kemudian dianugerahkan Master Photographer, Licentiate oleh organisasi profesional dalam bidang fotografi yang berpusat di Birmingham, England (MPA) setelah berjaya mengagumkan panel penilai di sebuah pameran yang bertempat di Singapura pada tahun 2009. Kini, Saiful Nang sedang meneruskan pengajian di peringkat ijazah kedoktoran di Universiti Utara Malaysia dalam bidang pengurusan. 

Pengalaman dan Kerjaya

Pernah dianugerahkan sebagai juru gambar terbaik Asia oleh Mediacorp Asia serta tersenarai sebagai 20 usahawan berjaya dan paling kreatif di Malaysia oleh Dewan Ekonomi. Selain itu, beliau juga pernah tersenarai dalam Top 10 Malaysia, sebaris dengan nama – nama besar lain seperti Datuk Misbun Sidek, Datuk Lee Chong Wei dan Tan Sri Anthony Fernandes. Permulaan kejayaan beliau tercipta apabila berjaya membawa jenama Candidsyndrome ke persada dunia.

Candidsyndrome

Jenama ini bukan lagi nama biasa di negara seperti di Brunei, Indonesia, Singapura dan Sweeden.  Saiful Nang telah mengasas Candidsyndrome sejak tahun 2004 dan ianya telah diperbadankan pada tahun 2006 di bawah Akta Syarikat 1965. Malah, CandidSyndrome juga telah diperluaskan hingga ke negara Brunei.

Saiful Nang Academy of Photography

Saiful Nang seorang individu yang memperjuangkan martabat kerjaya fotografi supaya ianya diangkat menjadi lebih hebat serta dipandang tinggi di mata dunia. Beliau turut membangunkan akademi fotografi sendiri yang dikenali dengan nama SNAP (Saiful Nang Academy of Photography) dan berjaya melatih lebih dari 30,000 juru gambar di Malaysia. Akademi ini telah berjaya mendapat pengiktirafan akreditasi oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) sebagai salah satu pusat bertauliah dan merupakan akademi pertama menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia Aras 3 di dalam bidang Fotografi ketika itu.

Saiful Nang bukan sahaja menjadi Pengarah Urusan Colours of Asia Sdn Bhd, beliau juga merupakan Pengerusi Eksekutif di OMG Creative Sdn Bhd, Co-Founder Pertubuhan Kebajikan Rumah Pengasih Warga Prihatin dan Pengetua Akademi Insan Prihatin. Selain itu, Saiful Nang juga telah dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah PADU Care, (Fund for Medical Healing Support) bersama – sama Tan Sri Dato Anie Aripe, Datuk Roslani Abd Majid dan Tan Sri Mustafa Mansor. Pelantikan ini menjadikan beliau antara individu termuda dilantik memegang jawatan tertinggi dalam organisasi tersebut. Beliau juga telah dilantik sebagai salah seorang ahli panel bagi Projek K-Perak dan juga panel penilai untuk National Photography Skill Curriculum anjuran Jabatan Pembangunan Kemahiran (sebelum ini dikenali sebagai MLVK) berdasarkan sumbangan beliau dalam dunia seni visual.

Imej via Facebook

Saiful Nang telah menghasilkan foto – foto dengan keunikan yang tersendiri dan ianya boleh dilihat dari segi penghayaan, sudut serta suntingan. Ternyata gaya persembahan karya dalam fotonya sangat berbeza, malah ada diantara fotonya tidak disiarkan untuk tontonan ramai.

Semasa beliau mengerjakan haji suatu tika dahulu, beliau sempat merakamkan foto-foto di tanah haram. Malah, pihak Kerajaan Arab Saudi turut berbesar hati untuk mengadakan pameran bagi foto-foto tersebut. Beliau juga telah dihadiahkan kain Kiswah iaitu kain penutup Kaabah. Pameran foto-foto tanah haram juga turut diadakan di tanah air dan kain Kiswah ini turut dilelong bagi mendapatkan dana untuk badan kebajikan.

Senarai Anugerah Yang Pernah Diterima

  • 100 Tokoh English collage (EC) 2014 semperna perayaan 100 tahun EC , Johor Bahru 
  • Sijil Professional Photographer Apparentice Certificate (PPAC)
  • Lagenda Fotografi Malaysia, Dokumentari “Di Sebalik Nama”, RTM
  • Top Finalist Malaysian Achievement Award 2012
  • Top 10 of Malaysia 2011 Magazine 
  • Young & Successful Icon – Feature in The Entrepreneur by Astro Awani, 2011 
  • Most Outstanding Youth 2010 – Asian Youth Ambassador Award – International Judge for Reality TV program THE BIG SHOT ASIA, Mediacorp 2010 
  • 20 Most Successful Creative Entrepreneur – Dewan Ekonomi 2009 
  • Metz Vision Partner (Ambassador) 
  • Peak Design (USA) Product Ambassador for Malaysia 
  • Juru gambar untuk KDYMM Tuanku Sultan Muhammad V, Sultan Kelantan Darul Naim 
  • Juru gambar rasmi untuk KDYMM Tengku Dr. Muhammad Faiz Petra, Kelantan
  • Juru gambar bagi Sultan of Brunei Darussalam 
  • Signature Photographers (Malaysia top 7 Photographers) – First Malay to be conferred Mastership from MPA (UK), 2009
  • Certified Professional Photographer, WPPM / WPPAsia 
  • Anugerah Canon PhotoMarathon 2007

Prinsip Hidup

Beliau seorang yang berfikiran halus, kritis, mempunyai semangat yang tinggi jauh ke hadapan serta memiliki pandangan yang unik. Selain itu, beliau sentiasa berfikiran matang dalam setiap tindakan yang diambil. Bagi dirinya, ‘biarlah orang mencemuh, yang penting kita tahu apa yang kita lakukan.

Jemput baca biodata Abdullah Ariff dan biodata Leeyanarahman

Rujukan  

Copy

Penulis: Itawrah

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.