Bina Rumah Sendiri Guna KWSP. Tahukah anda dengan pengeluaran akaun 2 KWSP, anda boleh membina rumah sendiri. Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembinaan sebuah rumah. Ini membolehkan ahli memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah sebagai tempat perlindungan apabila bersara.
Anda dikira layak memohon jika anda ahli bertaraf Warganegara Malaysia atau Bukan Warganegara. Anda juga merupakan ahli yang belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan. Satu lagi kelayakan anda merupakan ahli masih mempunyai simpanan dalam Akaun 2 (minimum RM 500.00).
Sebelum anda ingin memohon pengeluaran KWSP untuk membina rumah sendiri, anda perlu tahu syarat-syaratnya.
Ahli membina sebuah rumah kediaman / rumah kampung di atas tanah milik sendiri atau milik suami / isteri;
Suami / isteri ahli membina sebuah rumah / rumah kampung di atas tanah milik ahli;
Rumah panjang (bagi Sabah & Sarawak) dibina oleh ahli;
Membina sebuah rumah oleh ahli di atas tanah FELDA atau tanah milik agensi kerajaan lain yang diiktiraf. Dengan syarat mendapat pengesahan daripada agensi tersebut untuk menentukan status pemilikan tanah.
Pemohon mestilah sudah mempunyai tanah milik sendiri. Tanah tersebut hendaklah berstatus tanah perumahan, bukan tanah kebun. Proses menukar status tanah dari tanah kebun kepada tanah perumahan biasanya mengambil masa 6 bulan.
Anda juga perlu mengenal pasti tanah anda berada dalam lokasi majlis perbandaran atau tidak, kerana ia akan memudahkan penyediaan dokumen nanti.
Pembiayaan pembinaan rumah melalui : Pinjaman perumahan daripada mana-mana institusi seperti berikut :-
ATAU
Perlu dipastikan ahli tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan;
ATAU Ahli telah membuat pengeluaran untuk membina rumah pertama dan telah menjualnya. Ia juga atau berlaku pelupusan pemilikan dan kemudian membina rumah kedua. Bukti penjualan / pelupusan pemilikan rumah pertama perlu dikemukakan.
Kos membina rumah adalah amaun yang dinyatakan di dalam Surat Perjanjian Membina Rumah. Kos membeli tanah juga boleh diambil kira. Ini dengan syarat tarikh Perjanjian Jual Beli Tanah adalah dalam tempoh dua (2) tahun dari tarikh Perjanjian Membina Rumah.
Ahli membeli tanah dan membina rumah di atasnya serentak secara pakej. (Tarikh perjanjian beli tanah dengan tarikh perjanjian bina rumah hendaklah dalam tempoh 6 bulan).
Ahli tidak layak memohon sekiranya :-
Anda mesti mempunyai pelan rumah yang diluluskan. Ia sebenarnya bukan syarat dari KWSP. Tetapi, sebagai langkah berjaga-jaga, adalah tindakan yang bijak untuk sentiasa bersedia dengan pelan yang lengkap. Siapa tahu, tengah-tengah buat rumah, ada berlaku kesilapan atau kekurangan bajet. Pelan rumah yang ada boleh digunakan untuk membuat pinjaman bank untuk topup duit yang tidak cukup.
Selain itu, pelan rumah juga boleh digunakan untuk mendapatkan kelulusan dari pihak berkuasa tempatan (Sekiranya lokasi tanah anda berada dalam majlis perbandaran).