Adakah anda sedang berfikir, “Mana satu patut saya beli dulu, kereta atau rumah?”
Tentu, ini adalah keputusan besar yang melibatkan kewangan yang perlu anda pertimbangkan dengan teliti. Ada tips yang perlu anda tahu untuk buat keputusan yang tepat.
Penting supaya anda dapat menggunakan aset yang dibeli untuk kegunaan harian dan dalam masa yang sama, kewangan peribadi anda bertambah stabil dan mencapai matlamat kewangan yang anda inginkan.
Pertama sekali, tanya diri sendiri dahulu. Apa yang lebih penting sekarang buat diri anda, adakah ereta atau rumah?
Kalau anda masih perlu bergerak ke tempat kerja atau sering keluar untuk urusan harian, kereta adalah kemudahan yang sangat penting. Tak ada kereta, mungkin hidup jadi lebih sukar, terutama kalau tempat tinggal anda jauh dari pengangkutan awam.
Jika tempat tinggal sekarang kurang selesa atau jika anda merancang untuk keluarga yang lebih besar, rumah mungkin perlu menjadi keutamaan. Memiliki rumah memberikan kestabilan jangka panjang dan ianya pelaburan yang lebih menguntungkan.
Jika pengangkutan adalah isu utama, beli kereta dahulu. Tetapi jika tempat tinggal adalah keperluan utama, rumah adalah pilihan terbaik.
Bercakap soal kewangan, ini adalah soalan yang wajib anda fikirkan. Adakah anda mampu untuk beli kereta dan rumah sekali gus? Mampu bayar tiap-tiap bulan?
Untuk kereta, anda hanya perlu sediakan wang pendahuluan yang lebih rendah dan ansuran bulanan yang lebih kecil berbanding dengan rumah. Kos bulanan seperti bahan api, insurans, dan servis juga perlu diambil kira.
Jika membeli rumah, wang pendahuluan yang diperlukan lebih tinggi. Kos bulanan pula lebih tinggi disebabkan oleh pinjaman rumah dan kos penyelenggaraan.
Jika bajet anda terhad, mungkin lebih baik utamakan kereta dahulu. Tetapi, jika kewangan anda stabil dan anda boleh mengurus kedua-dua, maka beli rumah dulu sebagai pelaburan masa depan.
Suka atau tidak, kereta akan menyusut nilai dengan cepat. Walaupun ia sangat praktikal, namun ia bukanlah aset yang memberi pulangan pada masa depan.
Sebaliknya, rumah cenderung meningkat nilainya dengan masa, dan ia memberi pulangan pelaburan yang baik jika dijaga dengan baik. Rumah bukan sekadar tempat tinggal, tetapi ia adalah aset yang akan memberi keuntungan lebih banyak dalam jangka panjang.
Jika anda mahu membina kekayaan jangka masa panjang, rumah adalah pilihan lebih bijak. Ia memberi pulangan yang lebih baik berbanding kereta.
Apakah matlamat jangka panjang anda? Adakah anda mahu menstabilkan hidup dengan rumah sendiri, atau membeli kereta untuk kemudahan harian? Tanya diri anda, apa matlamat dan anda inginkan.
Jika matlamat utama anda adalah membina kestabilan dan masa depan, rumah adalah pelaburan yang lebih bijak. Tetapi jika anda perlu kereta untuk mobiliti harian, terutama jika kerja jauh atau pengangkutan awam tidak mencukupi, kereta adalah lebih praktikal.
Matlamat jangka panjang anda akan menentukan pilihan yang lebih sesuai. Pastikan ia selaras dengan apa yang anda ingin capai dalam hidup.
Adakah anda terfikir untuk membeli kedua-duanya serentak? Sekiranya anda mempunyai pendapatan dan simpanan yang kukuh, ini mungkin pilihan yang baik.
Anda hanya perlu memastikan kewangan anda cukup dan banyak lagi bakinya untuk kehidupan anda. Jangan jadikan beban atau tertekan akibat komitmen bulanan yang banyak.
Anda boleh menguruskan dua pinjaman dalam satu masa tanpa menjejaskan kestabilan kewangan. Sekiranya mampu, membeli kedua-duanya boleh dilakukan. Namun, pastikan anda merancang dengan bijak supaya kewangan tidak terganggu.
Jadi, beli kereta atau rumah dahulu? Mana satu yang lebih penting. Tidak ada jawapan yang tepat untuk semua orang. Anda perlu pertimbangkan situasi kewangan, keperluan hidup, dan matlamat masa depan anda.
Yang paling penting, pastikan keputusan anda tidak memberi tekanan kepada kewangan jangka pendek dan jangka panjang. Apapun, sama ada kereta atau rumah, anda perlu merancang kewangan dengan bijak.
Pastikan apa yang anda beli, mendatangkan hasil dan memudahkan urusan untuk anda bekerja, jana pendapatan dan menjadi seorang yang lebih berjaya kelak. Semoga bermanfaat.
Jom baca juga,
Cara kurangkan hutang dan komitmen bulanan
Senarai penyakit boleh claim SOCSO
Cara urus kewangan sebelum raya