Huh! Kenapa Beli Loan Rumah Bersama (Suami Isteri )Sangat Merbahaya?
Ramai tidak tahu risiko apabila membeli rumah nama suami dan isteri. Kebanyakkan menganggap bahawa rumah itu akan milik mereka setelah salah seorang…

Ringkasan Kunci
- Pemilikan rumah bersama suami isteri membahagikan hak masing-masing kepada 50% jika salah seorang meninggal.
- Bahagian almarhum menjadi harta pusaka dan boleh dituntut oleh waris lain seperti ibu bapa atau adik beradik mertua.
- Hibah bersyarat antara suami isteri adalah penyelesaian terbaik untuk memastikan rumah sepenuhnya milik pasangan yang masih hidup.
- Tuntutan harta sepencarian di Mahkamah Syariah memerlukan kos tinggi dan bukti sumbangan yang kukuh.
- Menukar nama rumah kepada pasangan atau anak tidak semestinya lebih selamat kerana waris mereka juga boleh menuntut hak.
Ramai tidak tahu risiko apabila membeli rumah nama suami dan isteri. Kebanyakkan menganggap bahawa rumah itu akan milik mereka setelah salah seorang meninggal. Tidak! Sebenarnya bukan begitu. Artikel ini bertujuan untuk berkongsikan tentang salah faham dalam urusan pusaka. Semoga artikel ini dapat memberi kesedaran tentang pentingnya ilmu urusan harta pusaka.

Imej via coombesy
Keadaan Normal Kongsi Loan
Kebiasaanya, suami isteri akan membeli rumah bersama untuk kuatkan dokumen. Di SPA/SNP pula akan ada dua nama. Nama si suami dan nama si isteri. Dua duanya mengambil MRTA/MRTT ( takaful). Sekarang apa akan berlaku jika salah seorang meninggal? Jika harga rumah RM600,000 Rumah itu terbahagi 2 ( sebab 2 penama)
- 50% SI SUAMI ( RM300,000)
- 50% SI ISTERI ( RM300,000)
Jika suami meninggal, 50% bahagian suami sudah tidak perlu dibiayai, kerana takaful sudah bayarkan Betul kan? Manakala bahagian isteri, 50% selebihnya perlu terus dibayar oleh pihak si isteri.
Isu Yang Mungkin Tidak Faham
Bahagian si suami sudah pun menjadi HARTA PUSAKA. Jika suami masih ada mak ayah,mereka boleh tuntut hak mereka daripada 50% tersebut. Saya dapat mesej, seorang balu yang baru kehilangan suaminya, anak ada dua. Mak dan ayah mertua tidak mahu lepaskan hak. Mereka tetap mahukan bahagian mereka dalam rumah Si isteri tidak mampu bayar, kerana jumlah bahagian mereka hampir RM140,000! Ya, RM140,000 Sudahlah harta ini saja tinggal kepada balu dan anak anaknya. Tetapi tetap mak ayah mertua tidak lepaskan Bila ditanya kenapa? ” Ayah mahu sedekah duit kepada anak yatim dan bagi anak-anak ayah”. Gamaknya, mertua beliau dan cucu beliau bukan anak yatim rasanya Allah Ini kes biasa yang ada di Malaysia. Penunggang agama tahap tertinggi Ini baru mak ayah mertua, bagaimana pula kalau dengan adik beradik mertua? Di sinilah anda perlu mempelajari ilmu faraid. Kenali siapa waris suami anda dan isteri anda sekarang. Kenali perwatakannya.Namun, itu pun belum menjamin apa apa. Kes lain saya jumpa, ayah mertua kata buatlah rumah di atas tanah dia. Nanti dah siap, ayah mertua tukar nama. Tetapi sampai sekarang tak tertukar. Sudahlah si isteri guna tunai buat rumah dengan orang kampung. Tiada hitam putih, Sekarang, suaminya sudah lumpuh(anaknya si ayah ini) dan sudah nyanyuk kerana kemalangan Tiap tiap hari ayah mertua remind menantunya, jangan tukar bil elektrik. Sebab ingin rumah itu kepada dia jika anaknya sudah tiada nanti Saya rasa kasihan dengan si isteri.Anak sudah 4 orang. Sekarang isteri tengah memikirkan bagaimana nak dapatkan rumah yang telah dibina dengan duitnya Moga Allah swt lindungi mereka dan mencukupkan rezeki mereka
Apa Yang Anda Perlu Buat?
Untuk elakkan perkara di atas berlaku dan anda ingin pasangan hidup senang, tidak mahu merempat selepas anda tiada nanti 1. Buat hibah bersyarat Si suami hibahkan bahagian(50%) beliau ke si isteri Si isteri hibahkan bahagian(50%) beliau ke si suami Hibahkan antara satu sama lain Jika suami meninggal, bahagian suami akan dapat sepenuhnya kepada isteri. Jadi 100%. Begitulah sebaliknya.Selamat.Tidak pergi ke sesiapa sudah Prosesnya anda perlu berjumpa consultant untuk melakukan hibah ini Rumah yang belum habis bayar pun boleh dihibahkan. Ini diambil atas ijtihad Dr Wahbah Zuhaili. Dengan syarat hutang(loan) itu dilangsaikan jika meninggal Apa maksudnya? Perlu ada MRTA/MRTT
Bagaimana Dengan Harta Sepencarian?
Untuk harta sepencarian, roses perlu di Mahkamah Syariah. Di mana kos amat tinggi Biasa rate peguam buka kes sahaja RM5K-RM10K. Untuk dapatkan hak penuh rumah. Isteri perlu menunjukan bukti beliau ada sumbangan terhadap rumah tersebut. Contoh:
- Resit bayaran bulanan
- Resit renovation
- Resit yang berkaitan dengan rumah
Pihak isteri perlu membawa perbuktian Barulah Hakim akan memberi pertimbangan sewajarnya Sangat susah kes isteri dapat hak penuh terhadap rumah. Oleh itu, rancanglah sebaiknya tentang rumah ini. Kerana rumah paling kritikal jika berlaku perceraian atau kematian.
Boleh Ke Saya Tukar Ke Nama Isteri Atau Anak? Lebih Selamat
Proses ini dibuat di Pejabat Tanah. Borang 14A Jawapannya: Tidak juga, kerana jika isteri mati. Warisnya juga boleh menuntut hak Jika tukar kepada nama anak. Anak pula mati awal dari mak ayah. Jika anak itu sudah berkahwin. Sudah ada waris lain yang berhak. Contohnya, isteri atau suaminya Penyelesaian yang terbaik ialah yang pertama ‘Hibah bersyarat’.
Kepada suami dan isteri
Buatlah perancangan sekarang.Kebanyakan yang sangat jumpa saya ialah mereka yang telah menghadapi masalah. Merasai keperitan keluarga retak kerana harta Beza orang merasai dan tahu. Yang merasai sudah tidak mahu warisnya susah begini Yang tahu hanya tenang sahaja. Alangkah sedihnya, kita sudah berada di taman taman syurga, tetapi waris kita berada di neraka dunia. Merempat kerana tiada lagi rumah untuk berehat dan bersuka ria Sila tag dan share kepada pasangan anda jika anda termasuk dalam golongan ini