Peminjam bertanggungjawab untuk membuat  bayaran balik pinjaman PTPTN yang dikeluarkan kepadanya. Ia termasuk kos-kos lain seperti kos upah, perlindungan takaful, cukai Setem Hasil dan lain-lain bayaran.

Semua bayaran adalah seperti yang dinyatakan dalam Dokumen Tawaran Pinjaman.

bayaran balik pinjaman

Peminjam hendaklah membuat bayaran balik pinjaman selepas 12 bulan tamat pengajian tanpa perlu menunggu Notis Bayaran Balik daripada PTPTN. Kos upah (Ujrah) secara bulanan akan dikenakan bermula pada bulan ke 13.

Peminjam yang membuat bayaran balik lebih awal tidak akan dikenakan kos upah dalam tempoh 12 bulan tersebut. Tempoh bayaran balik bagi peminjam yang membuat pertukaran Ujrah adalah berdasarkan baki pinjaman.

Terdapat 4 cara untuk membuat bayaran balik pinjaman PTPTN yang memudahkan peminjam. Boleh bayar di kaunter, secara online, melalui pemotongan gaji atau KWSP.

4 Cara Buat Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

Peminjam PTPTN boleh memilih beberapa cara untuk membuat pembayaran balik pinjaman. Sebelum itu, peminjam boleh buat semakan penyata pinjaman terlebih dahulu.

semakan penyata pinjaman

Bayar Di Kaunter

Bagi yang ingin membayar pinjaman di kaunter, PTPTN menyediakan kaunter di seluruh negara.

Bayaran tanpa tunai melalui Electronic Data Capture (EDC) Terminal menggunakan:

  • Kad debit dan kad ATM yang mempunyai logo MEPS.
  • Kad kredit (Visa dan Mastercard sahaja).

Pinjaman juga boleh di bayar di kaunter bank yang terpilih dan Pejabat Pos. Caj dikenakan antara 50 sen hingga RM 2.00

Bank tersebut adalah Bank Simpanan Nasional, Bank Islam, Bank Rakyat dan CIMB Bank.

Bayaran Secara Potongan Gaji

Mulai September 2015, semua penjawat awam yang menerima pinjaman PTPTN diwajibkan membuat bayaran balik pinjaman melalui potongan gaji.

Mulai 1 November 2015, potongan gaji untuk bayaran balik pinjaman diuruskan oleh PTPTN dan tidak melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Klik di sini untuk info bayaran balik pinjaman melalui potongan gaji terus kepada PTPTN.

Potongan gaji hendaklah berdasarkan Jadual Bayaran Balik (JBB) yang ditetapkan. Potongan gaji kurang daripada jadual adalah tidak dibenarkan.

Potongan melibatkan amaun melebihi jadual yang ditetapkan perlu dimaklumkan kepada PTPTN. Potongan gaji adalah untuk bulanan semasa sahaja dan sebarang tunggakan perlu dijelaskan melalui kaedah lain.

Jumlah baki pinjaman minimum untuk permohonan potongan gaji adalah RM500.00 dan baki tempoh bayaran balik yang dibenarkan untuk permohonan potongan gaji ialah 6 bulan. Klik disini untuk permohonan potongan gaji secara online.

Bayaran Secara Online

Bayaran balik pinjaman secara online boleh melalui Perbankan Internet, JomPay, myPay PTPTN dan melalui Portal Rasmi PTPTN.

Bayaran juga boleh dibuat secara Direct Debit.

direct debit

Langkah – langkah untuk melakukan transaksi melalui Direct Debit Online PTPTN adalah seperti berikut :

bank

  1. Mempunyai Akaun Semasa / Simpanan daripada bank – bank yang dinyatakan diatas dan berdaftar untuk perkhidmatan perbankan elektronik.
  2. Mempunyai akaun Pinjaman (Bayaran Balik Pinjaman) / Simpanan (Deposit SSPN-i) di PTPTN.
  3. Untuk Bayaran Balik Pinjaman, anda dikehendaki untuk mengetahui jenis akaun pinjaman anda sama ada akaun pinjaman Islamik (Ujrah) atau akaun pinjaman Konvensional.
  4. Klik Mohon Direct Debit Pinjaman untuk semak jenis akaun pinjaman dan buat bayaran balik.
  5.  Kemudian Klik Mohon Direct Debit SSPN-i untuk semak baki simpanan dan penambahan deposit.
  6. Transaksi yang berjaya akan dikemaskini di penyata pinjaman / simpanan dalam masa 3 hari bekerja.
  7. Sebarang pertanyaan atau aduan boleh dikemukakan pada Pusat Khidmat Pelanggan atau Aduan (iCare).

pusat khidmat pelanggan

Bayaran Secara Pengeluaran KWSP

Peminjam/ibu bapa peminjam (ahli akaun) boleh mengeluarkan Akaun II KWSP untuk membuat bayaran balik pinjaman PTPTN. Peminjam boleh memilih untuk membuat pengeluaran keseluruhan/sebahagian dari Akaun II KWSP untuk bayaran balik pinjaman.

Mulai 1 April 2016, peminjam boleh membuat permohonan pengeluaran untuk bayaran balik pinjaman PTPTN secara atas talian (online) dengan menggunakan e-Pengeluaran.

Kelebihan Bayaran Balik Melalui Pengeluaran KWSP

  • Boleh menggunakan Akaun II KWSP peminjam atau ibu bapa (tertakluk kepada syarat-syarat pengeluaran).
  • Tiada had pengeluaran.
  • Boleh membuat pengeluaran lebih daripada sekali selagi Akaun II masih berbaki.
  • Tiada caj pemprosesan dikenakan
  • Menikmati penjimatan kos upah/ pentadbiran dan pemendekan tempoh bayaran balik

Kesimpulan

Membuat pembayaran balik menurut jadual adalah perlu bagi membolehkan pelajar lain yang memerlukan pinjaman semasa menyambung pengajian dapat menikmati kemudahan pinjaman PTPTN yang sama seperti anda.

Sumber: PTPTN

 

Copy

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka kongsi bagaimana hobi boleh jadi duit.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.