Zaman sekarang, susah bagi graduan muda untuk mencari kerja. Hal ini kerana kerja yang mereka cari tidak ada yang sesuai dengan kursus yang mereka ambil ketika zaman mereka belajar. Kemungkinan peluang pekerjaan dalam sektor bidang mereka tidak ada atau sedikit dan mengakibatkan mereka tidak dapat bekerja.

Selain itu, sesetengah syarikat, mereka mahukan pekerja yang mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 2 hingga ke 3 tahun dalam bidang pekerjaan yang mereka mahu. Mereka tidak mengambil pekerja daripada golongan graduan muda yang baru tamat belajar. Ini juga salah satu sebab, kenapa masih ramai graduan yang menganggur.

Oleh sebab-sebab ini, graduan muda terpaksa mencari idea untuk menambah pendapatan diri sebagai contoh membuat bisnes online atau bekerja di luar bidang mereka. Walaupun mereka mempunyai ijazah tetapi terpaksa bekerja di luar bidang mereka untuk mencari rezeki. Antara contohnya, membuat Grab, Food Panda, dan sebagainya.

Tetapi masih ramai lagi orang yang mengatakan bahawa graduan muda memilih pekerjaan, sebab itu tidak dapat kerja sehingga kini. Segelintir orang ada juga yang menganggap graduan muda adalah pemalas dan tidak mahu bekerja. Pandangan-pandangan negatif ini kita perlu elakkan kerana ia mungkin boleh menjatuhkan semangat graduan muda.

Kita sebagai orang yang lebih banyak pengalaman dan makan garam daripada mereka perlu membuat sesuatu dan memberi nasihat kepada graduan muda. Bukan mengeluarkan komen-komen negatif. Jika dulu peluang pekerjaan amat luas kerana graduan muda tidak ramai tetapi zaman sekarang, graduan muda lebih ramai dibandingkan dengan peluang pekerjaan.

Jadi, apakah yang perlu kita buat untuk graduan muda?

Mari kami kongsikan kepada anda perkara yang patut kita buat untuk bantu graduan muda. Info ini dikongsikan oleh Encik Azizul Azli Ahmad. Beliau bekerja di Rumah Buku. Beliau gemar berkongsikan tips kewangan untuk orang-orang muda. Selain itu, beliau juga berkongsikan tips untuk membeli rumah.

Imej via afterschool

5 Perkara yang boleh kita bantu graduan muda

1. Sokong anak muda apa sahaja kerja mereka.

2. Selagi ia Halal dan baik, bantulah mereka.

3. Jangan ada pemikiran belajar bidang kejuruteraan mesti jadi jurutera. Apasalahnya jadi peniaga jubah online!

4. Sediakan peluang untuk mereka bermula.

5. Jangan pandang rendah idea dan kreativiti mereka.

*Jangan sesekali kita memandang rendah terhadap graduan muda. Kemungkinan mereka adalah generasi yang akan membantu negara kita berkembang pesat dan diketahui seluruh dunia. Idea-idea baru mereka lebih sesuai dengan peredaran masa. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Sila baca artikel asal di sini.

Copy

Penulis: aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.