Apa Itu Asasi Pengguna (Consumer Staples) Di Dalam Ekonomi

Asasi pengguna atau dalam bahasa Inggerisnya, “consumer staples” adalah satu kategori syarikat yang mengeluarkan atau menghasilkan dan menjual makanan dan minuman, tembakau, ubat-ubatan dan produk-produk kelengkapan rumah. Secara umumnya, ia merujuk kepada barangan atau perkhidmatan yang akan dibeli atau digunakan oleh masyarakat tanpa mengira keadaan ekonomi.

Syarikat-syarikat asasi pengguna menghasilkan produk-produk yang dibeli oleh masyarakat di dalam keadaan ekonomi yang baik mahupun buruk. Sebagai contoh, sabun, produk-produk penjagaan kesihatan, makanan dan pakaian.

Selain itu, produk-produk asasi pengguna adalah berlawanan dengan produk-produk pertimbangan pengguna, yang mana barang-barang ini dibeli berdasarkan pertimbangan pengguna seperti barangan-barangan mewah.

Rujukan